Sunday, February 07, 2010

Mungkin ada 4 pilihanraya akan berlangsung lepas ni, setakat mana UMNO/BN dah berSEDIA?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sedar tak sedar, mungkin ada 4 pilihanraya yang diJANGKA akan diadakan TAK lama lagi.. Kesemua pilihanraya tersebut akan menguji TAHAP sokongan rakyat kepada UMNO/BN samada sokongan rakyat sudah kembali atau masih dok macam tu jugak.. 4 pilihanraya ini jugak mengukur keKUKUHan Pakatan Rakyat samada mereka masih diterima atau bakal diTOLAK oleh rakyat semula.. Tahukah anda apakah 4 pilihanraya tersebut?

1) PILIHANRAYA PEMBUBARAN DUN PERAK

Ini yang paling menDEBARkan.. Semuanya bergantung kepada MAHKAMAH.. Mahkamah Tinggi kata DS Nizar MB yang SAH, Mahkamah Rayuan pulak kata DS Zambry pulak MB yang SAH.. Jika DS Nizar diishtiharkan MB yang SAH, sudah pasti berlaku pemBUBARan DUN Negeri Perak kerana mereka tak cukup sokongan.. Maka jadiklah pilihanraya untuk pilih kerajaan BARU..

Di Perak ini, sokongan Melayu nampaknya macam kembali kepada UMNO/BN walaupun tidak sePENUHnya.. Yang menjadik masalahnya ialah sokongan bukan Melayu yang seolah-olah 'SOLID' kepada parti 'RACIST' lagi KOMUNIS tuh.. Itu yang RALATnya tuh terutamanya ketika ini komponen BN seperti MCA, MIC, PPP dan Gerakan masing-masing ada masalah dalaman parti sendiri.. Jika sokongan Melayu kepada PAS dan PKR kekal, dijangka tidak ada sangat perubahan dalam kerusi DUN seperti yang kita LIHAT hari ini.. UMNO nak tak nak kena KERJA lebih, jangan HARAPkan DS Zambry aje..

2) PILIHANRAYA KECIL DUN KOTA SIPUTEH

Akibat YBnya suka MC dan lambat pulak hantar MC sepada Speaker DUN Kedah, nasib DUN Kota Siputeh akan ditentukan oleh mahkamah.. Kita tidak TAHU lagi apa keputusan AKHIR, namun melihat perkembangan para pemimpin UMNO yang kerap ke kawasan ini hingga adakan siri 'Juara Rakyat' beberapa hari LEPAS, rasanya mungkin jadi la kot!

Jika jadi pilihanraya, PAS yang akan bertanding di sini.. Peluang UMNO untuk menang mungkin TINGGI kerana ketika ini sentimen pengundi kepada PAS berkurangan.. Ini semua kerana perangai Mursyidul AM PAS sendiri yang suka CAKAP tak serupa BIKIN hinggakan menyebabkan sokongan merosot.. Namun, sekali lagi kita INGATkan jangan leka.. Orang Kedah dilihat menyenangi kepimpinan DS Azizan sebagai MB.. Bukan itu aje, yang kita KHUATIR adalah wujudnya SABOTAJ daripada orang UMNO sendiri yang ingin meLENYAPkan legasi Tun Dr. Mahathir di negara ini..

3) PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN BATU

Pilihanraya ini jugak bergantung kepada keputusan MAHKAMAH ke atas wakil rakyatnya iaitu Tian Chua.. Kebarangkalian berlaku pilihanraya di sini sangat TINGGI kerana dia sendiri diFAHAMkan enggan merayu sekiranya didapati bersalah di mahkamah kerana keSALAHan 'keBULORan' melampau hingga GIGIT Polis! Kawasan Parlimen Batu yang mempunyai pengundi Melayu dan bukan Melayu hampir sama banyak bukan kawasan yang SELESA untuk BN..

Malah dia sudah pun menyediakan PERANGKAP untuk BN dengan menyatakan UMNO ada potensi MENANG di kawasannya itu berbanding Gerakan.. Dengan kata lain, dia dan PKR sudah pun menghalakan 'SERANGAN' mereka ke arah UMNO dan menunggu MASA untuk memetik 'TRIGGER' jika UMNO yang bertanding di sana.. Jika Gerakan pulak bertanding, sudah tentu SOKONGan yang akan mereka perolehi tidak seberapa berbanding PKR.. Jadik, apa strategi BN?

4) PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK

Pilihanraya Negeri Sarawak pasti akan berlaku kerana ianya tidak bergantung kepada keputusan MAHKAMAH seperti 3 pilihanraya lain.. Pada ZAHIRnya seolah-olah nampak Sarawak adalah KUBU kuat BN dan antara penyumbang kerusi Parlimen terbesar untuk BN.. Itu pandangan ZAHIR yang kita baca dalam BUKU-BUKU TEKS sahaja.. Kali ini belum tentu.. Kena ingat, UMNO tidak mempunyai JENTERA parti pun di Sarawak.. Di Sarawak sendiri BN berpecah kepada banyak parti-parti kecil yang lemah.. Sedangkan PKR yang mempunyai JENTERA parti lebih BAIK langsung tak ada SEKATAN untuk masuk ke Sarawak..

Tahukah BN bahawa pada walaupun perbicaraan KES 'menJUBOR' Penasihat PKR sedang berjalan, beberapa pemimpin terTINGGI PKR dah pun menjalankan gerak SARAF mereka untuk pengundi di Sarawak? Anda mungkin nampak para pemimpin PKR seolah-olah tidak HADIR di mahkamah untuk beri sokongan, namun para pemimpin PKR seperti Zaid Ibrahim sebenarnya dah pun ke Sarawak untuk menjalankan TUGAS parti.. Sedarke TS Taib pasal ni? Sarawak berPOTENSI besar untuk terlepas dari BN seperti apa yang berlaku terhadap Selangor dan Perak..

Jika BN kukuh, semua pilihanraya di atas tidak menjadi masalah pun.. Namun, ketika BN sedang LEKA berSLOGAN ketika inilah Pakatan Rakyat(PR) dah pun menjalankan gerak saraf mereka untuk meraih sokongan walaupun pemimpin UTAMA mereka sedang masuk mahkamah.. Mereka mahu menimbulkan SUASANA di mana walaupun mungkin pemimpin UTAMA tu didapati berSALAH, rakyat masih simpati dan menyokong PR..

Keadaan akan jadik LEBIH TERUK jika UMNO sebagai teraju utama BN gagal dan KEBERATAN hendak menyingkirkan para PETUALANG yang menSABOTAJ parti, berSEKONGKOL dan menDEDAHkan keLEMAHan UMNO kepada lawan.. Kalau takat tarik SOKONGan dengan SLOGAN, publisiti menerusi MEDIA dan peuntukan itu-ini, pengundi tak HERAN dah.. SEBAB TU KENA JUGAK SINGKIRKAN PARA PETUALANG TUH DARI UMNO...

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan