Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Monday, February 08, 2010
Apabila 'EX-LEVEL 4 BOYS' bersuara tetang pemutihan ahli UMNO -> Patutnya mereka yang kena di'CLOROX'kan..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Umpama KUALI mengatakan bontot PERIUK itu lebih HITAM..
Itulah perumpamaan yang sesuai untuk kita sebut apabila terbaca berita tentang seorang ahli EXCO Pemuda UMNO yang jugak merangkap jawatan 'LEVEL 4 BOYS' berbicara tentang usaha untuk memutihkan ahli UMNO.. Kita tak tahu dia SEDAR ke atau MABUK bila menyuarakan pendapatnya.. Yang jelas dan nyata, rakyat dan pengundi jelas maklum siapa yang HITAM dan siapa yang PUTIH dalam UMNO khususnya Sayap Pemudanya..
Siapakah yang dia MAKSUDkan agaknya? Jika ada ahli UMNO yang terBUKTI menyertai pembangkang, BODOH benarle UMNO jika tak dapat mengesan ahli-ahlinya yang berbuat demikian.. Malah kalau nak dikirakan, sebahagian BESAR ahli PKR berbangsa Melayu ketika ini sebenarnya adalah BEKAS ahli UMNO jugak.. Tidakkah meMALUkan jika UMNO lambat menyedarinya sedangkan pilihanraya dah pun berlalu? Kenapa perlu seorang 'EX-LEVEL 4 BOYS' menyuarakannya untuk tujuan publisiti murahan?
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm
Kita tidak perlu lagi mebicarakan tentang apa yang telah dilakukan oleh 'EX-LEVEL 4 BOYS' terhadap kerajaan dan negara ini semasa pentadbiran PM sebelumnya.. Cukup JIJIK.. Apabila isu ini diSUARAkan oleh 'EX-LEVEL 4 BOYS' yang terkenal dengan kegiatan 'SALAH LAKU'nya semasa pentadbiran PM terdahulu, kita khuatir tindakkan yang diambil oleh UMNO akan menjurus kepada tindakkan BERPILIH -> GERAKAN PEMUTIHAN DISASARKAN KEPADA MEREKA YANG MENGKRITIK KETUA PEMUDA UMNO PESALAH POLITIK WANG DAN KUNCU-KUNCUNYA!
Adakah itu maksud 'TERSIRAT' mereka yang menyuarakan tentang gerakan pemutihan ini?
Jika dilaksanakan gerakan pemutihan seperti yang dimaksudkan oleh 'EX-LEVEL 4 BOYS' ini, apakah JAMINAN bahawa UMNO akan kembali mendapat SOKONGAN rakyat? Sedangkan rakyat yang mengundi MELUAT TAHAP CIBAI melihat gelagat 'EX-LEVEL 4 BOYS' ini yang berKETUAkan seorang ketua PESALAH POLITIK WANG? Bukankah 'EX-LEVEL 4 BOYS' inilah yang seharusnya menjalani gerakan pemutihan atau seBAIKnya mereka ini dipaksa 'MINUM CLOROX' agar lebih terserlah 'kePUTIHan' mereka! Sungguh HAIRAN kenapa UMNO masih dok 'SIMPAN BUAT PEKASAM' kesemua 'EX-LEVEL 4 BOYS' ini..
POLITIK WANG dalam UMNOlah menyebabkan rakyat menolak UMNO, menyebabkan UMNO kalah banyak pilihanraya kecil dan meMALUkan UMNO serata dunia.. Namun, tindakkan yang UMNO ambil terhadap mereka yang melakukannya sangat MINIMUM dan mengecewakan.. Malah, ada yang diberi tempat dalam HIERARKI kepimpinan parti seperti 'EX-LEVEL 4 BOYS' ini.. Kenapa UMNO takut nak berTINDAK? Bukankah mereka ini sepatutnya mendapat 'PRIORITY' untuk diPUTIHkan?
Difahamkan bahawa gerakan pemutihan dalam UMNO dilaksanakan untuk 'meBERSIHkan' UMNO daripada ahli-ahlinya yang menyokong pembangkang.. KENAL sangat ke UMNO siapa ahli-ahlinya yang sokong pembangkang dan siapa yang TIDAK?
BAIKlah..
BAGAIMANA PULAK DENGAN SEORANG 'MALAUN' AHLI UMNO YANG BERSEKONGKOL MENJADI PEMBAWAK PASSPORT KEPADA PENASIHAT PKR SEMASA DIA DIBEBASKAN TAHUN 2004 DAHULU? BUKANKAH DIA PATUT DITUDUH SAMA? DIA BUKAN PEGAWAI IMIGRESEN, BUKAN POLIS CUMA MENJADI MENANTU KEPADA BEKAS PM AJE.. KENAPA TIDAK DIMULAKAN GERAKAN PEMUTIHAN TERHADAPNYA DAHULU?
ADA berani?
Kalau tak berani tuh sudah-sudahlah KELENTONGkan rakyat.. Rakyat tahu menilai.. UMNO aje yang tak reti menilai.. Tuh yang dok SIMPAN 'EX-LEVEL 4 BOYS' dalam parti tuh.. Kalau mereka boleh menJAHANAMkan sebuah pentadbiran kerajaan, apakah mereka tersebut tidak MAMPU menJAHANAMkan sebuah parti POLITIK yang masih belum BERSIH daripada masalah POLITIK WANG?
Wallahualam..
hehehe...
ReplyDeleteTak taulah si Najib ni. Agaknya berani buat gerakan pemutihan apabila UMNO sudah kuat kut?
Tapi mcm mana UMNO nak kuat kalau Najib tak berani?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteKeBERANIan itu harus datang daripada diri sendiri, bukan diminta daripada orang lain..
Dalam KONTEKS ini, bukan sahaja DS Najib, malah keseluruhan ahli-ahli UMNO harus bersuara menolak para PETUALANG ini yang telah sekian LAMA menJAHANAMkan UMNO dan jugak negara..
Malangnya UMNO membiarkan para PETUALANG ini berSARANG dalam parti, sama seperti Pok Nik yang membiarkan GENG ERDOGAN bergayut pada janggut, celah jubah dan serbannya..
Adakah UMNO rugi jika berTINDAK ke atas mereka ini?
Apa yang RUGInya?
Atau sekadar TAKUT kepada bayang-bayang sendiri?
Wallahualam..