Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Tuesday, March 23, 2010
Apabila Presiden PAS sendiri memBUKTIkan dirinya dan partinya JAHIL tentang Islam..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Akhirnya keSESATan PAS telah diBUKTIkan sendiri oleh pengakuan Presidennya yang mahukan Rukun Negara yang pertama dipinda selepas kalimah Allah semakin diterima pakai oleh penganut bukan Islam.. Dia mengatakan:
"Saya meminta kerajaan untuk mengubah Rukun Negara pertama daripada percaya kepada Tuhan kepada percaya kepada Allah.. Kita menerima secara positif, apa yang ditunjukkan bukan Islam walaupun terdapat kekeliruan terhadap orang bukan Islam. Tanggungjawab kita ialah menerangkan kekeliruan yang timbul itu,”
katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat di sini..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0322&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_26.htm
Akhirnya terbuktilah keSESATan Lebai PAS dengan kenyataan Presidennya kali ini.. Kenapa kita katakan mereka SESAT? Sebenarnya orang bukan Islam langsung TIDAK keliru seperti yang diMAKSUDkan oleh Presiden PAS ini.. Sebaliknya, orang Islamlah yang akan diKELIRUkan dan diSESATkan oleh PIHAK yang ingin meMURTADkan orang Islam.. Ini kerana selama INI orang Islam TIDAK pernah 'MEMINJAM' perkataan 'ALLAH' untuk Tuhan sebaliknya inilah perkataan yang wujud sejak Nabi SAW mula menerima wahyu..
TAHUkah anda tentang sejarah penyembahan BERHALA? Kenapakah orang menyembah BERHALA dan menganggap BERHALA berfungsi untuk menjadi Tuhan? Sedangkan pada asalnya mereka memang menyembah ALLAH SWT sebagai Tuhan yang Satu.. Malangnya, kerana turutkan NAFSU dan hasutan IBLIS, maka mereka ingin 'MENJELMAKAN' Tuhan ke dalam satu bentuk yang boleh diLIHAT dan diSENTUH.. Objek yang mereka sendiri CIPTA, mereka anggap sebagai Tuhan..
SAMAlah jugak dengan nama ALLAH ini apabila dipakai untuk orang bukan Islam, kita TIDAK tahu apakah mereka BERIMAN dengan ALLAH Tuhan umat Islam atau ALLAH Tuhan mereka yang diCIPLAK namanya.. Apa akan JADIK jika ada umat Islam yang MURTAD tetapi masih mengatakan bahawa mereka masih menyembah ALLAH SWT dalam bentuk lain? Mereka MURTAD kerana menolak rukun Islam dan enggan percayakan rukun Iman, tetapi mengatakan mereka TIDAK kafir kerana beranggapan ALLAH itu Tuhan sama seperti Tuhan agama lain? MAHUkah PAS bertanggung-jawab ke atas DOSA BESAR ini?
Rukunegara yang PERTAMA adalah untuk memBEZAkan orang yang beragama dengan fahaman KOMUNIS atau ATHEIS yang menolak agama sama sekali.. Orang yang berfahaman KOMUNIS atau ATHEIS tidak akan ragu memperalatkan kepercayaan orang lain seperti MP Taiping yang mempermainkan ayat Al Quran tanpa berIMAN dengannya.. Pasal mereka dah tak percaya atau takde IMAN, maka ayat Al Quran pun mereka anggap SAMA macam ayat yang mereka ucapkan ketika MABUK aje la.. Lebai PAS pulak menyanjung orang-orang sebegini KONONnya sebagai 'TIDAK MEMUSUHI ISLAM'? DUNGU betul..!! Tapi kalau dah JAHIL agama sendiri, nak kata macam mana..
Seharusnya MAJLIS FATWA KEBANGSAAN tidak perlu berasa RAGU untuk memgKATEGORIkan PAS sebagai SESAT dan lari dari ajaran Islam apabila membaca sendiri kenyataan Presiden PAS dan sebelum ini kenyataan Mursyidul AM yang berlagak kononnya jadi NABI.. Presiden PAS mengatakan Al-Quran tidak menghalang penganut agama lain untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam kenyataannya di atas.. Adakah penganut agama LAIN akan rela mengakui bahawasanya walaupun mengaku Tuhan mereka ALLAH, merekalah umat yang diBINASAkan dan dimasukkan ke NERAKA seperti yang dinyatakan dalam Al Quran?
Surah Al Kafirun pun tak FAHAM maksud, ada hati nak mengaku LEBIH Islam dari orang Islam LAIN? Cheh!!
Wallahualam..
Cerdik jugak Hj Hadi ni ... sekali simbah ... sedikit-sebanyak ter cuci rumah PAS.
ReplyDeleteHah! ambil ko ... sibuk sangat merengek nak kalimah kepunyaan Islam. Gerenti ada Kafir2 menyinga dengar. Ghapla sekejap.
Harun Din & Taib Azamuddin seenyummmm !!!
Asalamualaikum..
ReplyDeleteTuan/puan
Kalau jahil pasal penggunaan Allah yang sebenarnya tak payahlah nak berbelit-belit pusing kan pemikiran rakyat...
Memang dah jelas dalam Al-Quran penggunaan Allah kepada bukan Islam ada...
Dr MAZA pun bagi pendapat ianya boleh! janji tidak seleweng...dan kelirukan orang.
di Negara Arab khususnya Mesir , orang kristian pun pakai kalimah Allah jugak.
UMNO ni berjuang kalimah Allah ajer..! tapi hukum yang Allah tetapkan tak nak ikut pulok...sibuk ngan bangsa Melayu ajer! Iman dan amalan dalam dada untuk bekalan akhirat tak penduli pulak!
maaf Kasar bahasa pulak
Setuju dgn saudara Ibnu
ReplyDeleteDasar pengipas belakang umno dan sekutunya. Kalau UMNO dan sekutu ulas isu Tuhan dan Allah, sumanya betul belaka. Tapi bila PAS sebut psl Tuhan dan Allah, semua korang belit jadik salah.
Takper, hentamlah korang... main la puas-puas ngan fitnah memfitnah dan aniaya. Ingat jer, dosa memfitnah lg besar dari dosa membunuh tau. Sendiri mau ingat!