Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Sunday, March 21, 2010
Krisis Istana Kelantan -> Orang TUA nih berperanan BAIK ke atau memBURUKkan keadaan?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Nampaknya KRISIS Istana Kelantan semakin keterlaluan.. Sekarang INI rakyat Kelantan nampaknya TIDAK tahu pihak manakah yang benar-benar mewakili SUARA dari Istana Kelantan.. Cuba kita pakat teliti betul-betul KRONOLOGI krisis Istana Kelantan.. NAMPAKnya ada pihak yang CUBA menangguk di air keruh ke atas apa yang terjadi terutamanya semasa keadaan KESIHATAN DYMM Tuanku Sultan masih lagi kurang stabil..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0320&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Yang JELIKnya pulak tu, seolah-olah ternampak berlaku perebutan KUASA semasa DYMM Tuanku Sultan masih lagi berTAKHTA.. Malah mereka yang terlibat atau DALANG cuba memperalatkan Kesultanan Kelantan demi mencapai agenda PERIBADI mereka yang BUSUK.. Sudah tentulah ini kerja-kerja 'ORANG POLITIK' di Kelantan tuh.. Bila lagi nak ambil kesempatan kalau bukan semasa DYMM Tuanku Sultan Kelantan sedang GERING ketika ini? Manalah TAHU sek-sok kalau DYMM Tuanku Sultan Kelantan sembuh kelak, nanti terBANTUT pulak hasrat JAHAT mereka..
Seorang BLOGGER bernama Kickdafella telah memperincikan dalam BLOGnya tentang terdapatnya USAHA pihak tertentu untuk 'MENGGANTIKAN' DYMM Tuanku Sultan Kelantan sekarang ini..
http://kickdefella.wordpress.com/
Menurut BLOG tersebut, ada PIHAK yang ingin menabalkan Sultan Kelantan baru melalui satu sidang Dewan Undangan Negeri dan dengan kekuatan 39 orang ahli Dewan Undangan Negeri PAS berbanding 6 Ahli Dewan Undangan Negeri BN, bila-bila masa sahaja undi dua pertiga yang diperlukan untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri boleh dilakukan.. Dengan itu, YTM Tengku Mahkota boleh menjadi Al Sultan Kelantan..
Jika apa yang diLAPORkan dalam BLOG tersebut adalah BENAR, nampaknya seolah-olah macam kisah karangan Shakespeare seperti 'MACBETH'.. Sebagai RAKYAT biasa, kita menuntut agar peralihan kuasa-kuasa Sultan Melayu seharusnya melalui cara BIASA tanpa perlunya ada sebarang ELEMEN perebutan kuasa atau POLITIKING pihak-pihak tertentu.. INI kerana Sultan-Sultan adalah "ABOVE THE POLITICS" seperti titah Raja Nazrin dari Perak..
Di sini TIMBUL pulak persoalan tentang PERANAN Pok Nik 'ALAIHISSALAM' sebagai MB Kelantan dalam KRISIS ini.. Dengan merujuk kepada kenyataan BLOG tersebut yang menyatakan ada PIHAK yang ingin menabalkan Sultan Kelantan baru melalui satu sidang Dewan Undangan Negeri dan dengan kekuatan 39 orang ahli Dewan Undangan Negeri PAS, adakah kenyataan ini berMAKSUD bahawa Pok Nik 'ALAIHISSALAM' dan PAS Kelantan turut sama berSEKONGKOL dengan agenda JAHAT ini? Pok Nik 'ALAHISSALAM' wajib tampil untuk menjelaskan keDUDUKkannya..
Sebagai MB Kelantan, Pok Nik 'ALAIHISSALAM' bukan sahaja GAGAL sebagai pentadbir sebuah kerajaan negeri.. Malah, dia jugak GAGAL meWUJUDkan hubungan BAIK dan memperTAHANkan pihak Istana Kelantan daripada anasir-anasir JAHAT yang ingin memporak-perandakan negeri INI.. Nampak sangat Pok Nik SENGAJA membiarkan pihak luar membuat KACAU dalam Institusi Beraja di Kelantan.. Sebijik macam SEJARAH Kerajaan JEMBAL yang diagung-agungkannya!
Kenyataan TERBUKA Raja Perempuan Kelantan yang meluahkan keKECEWAan Baginda terhadap Kerajaan Negeri bawah pimpinan Pok NIk 'ALAIHISSALAM' adalah BUKTI jelas yang dia langsung tak berperanan seperti MB-MB negeri lain yang memperTAHANkan Sultan masing-masing..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0316&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm&arc=hive
DYMM Sultan Kelantan SAKIT masuk hospital hampir setahun pun DIA sebagai MB tak pernah datang MELAWAT? Bukankah melawat orang sakit merupakan satu bentuk tuntutan dalam agama Islam? Pernah tak MB Negeri Sembilan buat macam tu kat almarhum Tuanku Jaafar dan MB Johor berbuat sedemikian kat almarhum Tuanku Iskandar? Pusing keliling negara IKUT ceramah Penasihat PKR boleh, datang melawat DYMM Sultan Kelantan kat hospital tak BOLEH pulak?
Kita KHUATIR bahawa KRISIS Istana Kelantan akan jadi lebih KACAU jika Pok Nik 'ALAHISSALAM' terlibat sama.. Mungkin dia berHARAP jika Sultan baru diTABALkan, segala masalah tuntutan BALAK RM 800 juta, tuntutan 'ROYALTI' minyak dan segala SALAH-LAKU anak-beranak yang campur tangan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri akan 'TERPADAM' kot?
Apa yang PASTI, Pemangku Sultan sekarang TETAP akan diTABALkan sebagai Sultan Kelantan jugak nanti.. Cuma kita TIDAK mahu baginda diTABALkan sebagai Sultan Kelantan yang baru dengan ada 'PUPPET MASTER'yang memainkan peranan belakang tabir.. Bersama-samalah kita menDOAkan kesejahteraan untuk DYMM Sultan Kelantan dan keluarga baginda semoga dipelihara oleh ALLAH SWT..
Wallahualam..
Ada worang PAS kata Penasihat2-Pemikir2 Kerajaan Kelantan orangnya hebat2, terang-hati, geliga hasil berkat minum-mandi Air-Selipar Pok Nik.
ReplyDeleteAda pulak worang PAS kata Pok Nik lagi hebat, lagi terang-hati, lagi geliga hasil berkat minum-mandi Air-Terompah yg baru di ketahui nya.
Apa-apa pun, Pok Nik dan Penasihat-Pemikir Kerajaan Kelantan memang hebat. Memang geliga. Berpandangan jauh ... sebab ... mempertahankan Sanjungan-Kuasa-Perut yg sementara dimiliki lebih bererti dari mempertahankan maruah Raja2 Melayu.
Appaaa punya pemimpin daaaa
yang mencadang satu sidang khas Dun selesai konflik istana ialah Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kelantan, bukan TGNA, penulis sah salah dapat info dan salah mentafsir berita.
ReplyDeleteSekian.