Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Tuesday, April 20, 2010
Amaran awal jika MCA dan Gerakan kurang menyerlah TARIK sokongan pengundi Cina di Hulu Selangor
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Entah kenapa kita NAMPAK seolah-olah MCA dan Gerakan kurang menyerlah dalam menarik SOKONGAN pengundi Cina di Hulu Selangor.. Seharusnya mereka TURUT sama bersemangat dan berpeluh KETIAK bersama-sama komponen BN lain seperti UMNO dan MIC cuba meraih SOKONGAN daripada pengundi Cina yang membentuk sekitar 26% pengundi di Hulu Selangor.. Namun, apa yang kita LIHAT adalah keHAMBARan jentera MCA dalam cuba meyakinkan 8000 ahlinya di sana.. Malah, kita langsung tak mendengar tentang kempen oleh Gerakan di Hulu Selangor.. Sedangkan PPP, Makkal Sakthi dan beberapa NGO yang 'BN Friendly' dah pun bersama berkempen di sana?
Kita TAK nafikan DS Chua Soi Lek telah TURUN di hulu Selangor seawal hari penCALONan lagi.. Begitu jugak dengan Timbalannya DS Tiong Lai yang turut sama berKEMPEN berikutnya.. Namun, bagaimana pulak dengan kepimpinan yang LAIN? Adakah hanya mengikut atau jadi menurut sahaja Jentera UMNO dan MIC ke mana sahaja calon BN berKEMPEN? Seharusnya ada satu BENTUK atau usaha yang SIGNIFIKAN oleh MCA untuk memastikan kalau pun TAK semua pengundi Cina, sekurang-kurangnya 8000 ahli MCA mengundi calon BN walaupun BN diwakili oleh calon MIC..
Walaupun Gerakan mungkin ASING di Hulu Selangor, namun atas nama semangat BN, mereka jugak seharusnya bersama untuk turun PADANG.. Setakat INI kita TIDAK nampak usaha-usaha oleh Gerakan untuk menDEDAHkan keLEMAHan kerajaan DAP di Pulau Pinang.. Kita TIDAK tahu mungkin kerana persamaan bangsa, maka Gerakan memilih untuk menjadi PASIF apabila menyentuh isu-isu berkaitan dengan keLEMAHan DAP, tetapi sebagai salah satu KOMPONEN dalam BN, seharusnya Gerakan mengUTAMAkan kerjasama dan keSETIAan kepada rakan-rakan KOMPONEN lain berbanding dengan 'MUSUH' yang pernah meMALUkan mereka di Pulau Pinang..
Pengundi berbangsa Cina yang berjumlah sekitar 26% di Hulu Selangor perlu diAWASi kerana PKR dan sekutunya dalam PR akan merancang 'GELOMBANG KEDUA' sekitar dua, tiga hari sebelum tarikh pembuangan UNDI.. Dengan mengambil kira apa yang pernah berlaku di Parlimen Bukit Gantang sebelum ini, BN TIDAK boleh lagi TERPEDAYA dengan cerita KONONnya pengundi Cina sudah menyebelahi mereka.. Seperti kata pepatah Inggeris, " Only a FOOL makes the same MISTAKES twice!".. Semasa PRK Bukit Gantang dahulu, pengundi Cina di Kuala Sepetang dengan MUDAH 'turn' 360 darjah walaupun TS Muhyiddin baru aje selesai berKEMPEN di tempat mereka..
PR sedang merancang 'GELOMBANG KEDUA' jika mendapati sokongan pengundi Melayu terhadap calon mereka MEROSOT.. Kita jangkakan 'GELOMBANG KEDUA' mungkin berlaku lebih AWAL kerana ramai pengundi Melayu diLIHAT kurang menyenangi calon PKR yang bukan calon TEMPATAN dan jugak mempunyai masalah PERIBADI yang BURUK.. 'GELOMBANG KEDUA' dari PR ini biasanya akan diKETUAi oleh DAP dan semestinya menyasarkan pengundi Cina sahaja.. DAP akan berMATI-MATIan cuba mempengaruhi pengundi Cina agar menyokong calon PR dengan ALASAN calon PR ini akan 'diKAWAL' oleh mereka berbanding calon LAWAN yang mungkin 'diKAWAL' oleh UMNO.. Persepsi pengundi Cina yang mungkin KONONnya TIDAK mahu berada di bawah 'Melayu' akan menJAYAkan kaedah DAP ini kelak..
Sudah pasti isu keSAMA-RATAan akan diMAINkan oleh DAP sebaik mungkin dalam 'GELOMBANG KEDUA' ini.. Pada masa yang SAMA, mereka akan meminta PAS sekurang-kurangnya cuba mengekalkan tahap SOKONGAN pengundi Melayu (Maintaining the LEVEL of support) agar peratusan pengundi Melayu yang masih KEKAL menyokong PKR tidak turun dengan MENDADAK atau bawah 50%.. Jika INI berlaku, sudah pasti calon PKR di Hulu Selangor akan MENANG walaupun dengan MAJORITI yang rendah.. INIlah formula PR dalam setiap PRK sebelum INI yang menyaksikan keKALAHan BN satu demi satu.. BN hanya mampu MENANG di kawasan yang terang-terang majoriti Melayu.. Kalau kawasan tu ada pengundi Cina walaupun dengan peratusan yang SEDIKIT, DAP akan memastikan undi mereka milik PR..
Kita TIDAK tahu samada keSETIAan MCA dan Gerakan dalam BN adalah TULEN atau berMUSIM.. Pengundi Cina khususnya pengundi MUDA mereka merasa lebih BEBAS dan tidak perlu untuk rasa SETIA atau terIKAT dengan keJUJURan seperti mana ibu bapa mereka yang mengasaskan MCA dan Gerakan.. Dengan kata lain, corak pengundian mereka sukar ditentukan.. Namun, memang kita JANGKA ini akan terjadi kerana sebelum INI setiap kali PRK walaupun jentera UMNO dah sampai tahap 'EXHAUSTED' pun BN tetap KALAH.. Sebab ITUlah jika ada pemimpin Melayu dari UMNO mengatakan pengundi Cina menyokong mereka, ALAMATnya ada harapan la nak kena TIPU tuh..
APA yang diPAPARkan INI adalah analisa RINGAN dengan berSUMBERkan daripada akhbar Cina sendiri:-
http://www.mysinchew.com/node/37956?tid=14
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan