Saturday, April 10, 2010

AMARAN lagi? Naik LETIH dah mendengarnya..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

SEDIH dan KELAKAR tengok gelagat Menteri KDN kita.. Kalaulah Menteri KDN kita ini berjawatan pengurusan atasan dalam sebuah syarikat, dah LAMA dah syarikat tersebut GULUNG TIKAR.. Apa taknya kalau dia cuma sekadar mampu beri AMARAN tanpa melakukan tindakkan yang muktamad terhadap sesuatu perkara.. Ada ketikanya AMARAN sahaja tidak cukup terutamanya apabila berhadapan dengan orang yang BEBAL lagi KHIANAT macam Penasihat PKR.. Malah, sejak dia menjadi Menteri KDN, semua rakyat melihat dia sekadar hanya mampu beri AMARAN.. Lepas tuh sek-sok orang buat LAGI?

Kali ini sekali lagi Menteri KDN kita memberi AMARAN kepada Penasihat PKR behubung dakwaannya KONONnya terdapat ejen perisik Israel di Bukit Aman.. Kali INI ada sedikit TINDAKKAN atau 'ACTION' yang diambil.. Namun, tindakkan yang diambil olehnya INI akan meMAKAN masa dan semasa penyiasatan dijalankan, Penasihat PKR sudah mempunyai CUKUP tempoh MASA untuk memBURUK-BURUKkan KRDEBILITI pihak POLIS negara ini seperti yang didakwanya.. Apabila itu berlaku, adakah Menteri KDN mempunyai masa pulak untuk memulihkan KREDIBILITI pihak POLIS?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0410&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

Kita TAHU Penasihat PKR memang cukup berDENDAM dengan POLIS terutamanya dengan TS Musa Hassan kerana penglibatannya dalam KES menJUBOR yang pertama.. Begitu jugak dengan para SEKUTU Penasihat PKR terutamanya puak-puak RACIST yang sering diKAITkan dengan kegiatan KONGSI gelap dan anti Melayu atau anti Islam.. Mereka sering mencari peluang untuk memBURUK-burukkan POLIS dari semasa ke semasa.. Namun, tindak-tanduk Menteri KDN yang hanya mampu bagi AMARAN kemudian buat siasatan ala kadar aje dilihat langsung tak membantu pihak POLIS dalam hal ini..

BAIKlah, jika terBUKTI dakwaan Penasihat PKR kali ini tidak benar, APAKAH bentuk tindakkan TEGAS yang akan diambil oleh KDN? Atau pernahkah ADA tindakkan TEGAS yang diambil oleh Menteri KDN selain meminta pihak berkenaan memohon MAAF atau menDIAMkan aje perkara INI? Sebelum ini apabila laporan SALAH sebuah akhbar Cina berhubung dengan perletakkan jawatan KPN pun hanya 'SETTLE' dengan permohonan MAAF, apakah tidak mustahil TUDUHAN seberat INI terhadap POLIS pun boleh 'SETTLE' sedemikian rupa? Kesianlah sedikit dengan POLIS yang sering di'KAMBING HITAM'kan oleh agenda POLITIK mereka ini..

Berhubung dengan dakwaan Penasihat PKR KONONnya terdapat ejen perisik Israel di Bukit Aman, terdapat banyak perkara yang BOLEH dibangkitkan oleh Menteri KDN tanpa mengambil MASA atau memBUANG masa untuk meminta pihak ketiga melakukan siasatan.. Antaranya:-

1) Menteri KDN boleh sahaja mencabar Penasihat PKR meNAMAkan sahaja individu yang KONONnya menjadi ejen perisik Israel di Bukit Aman?

2) Menteri KDN boleh ambil TINDAKKAN terhadap Penasihat PKR di bawah Akta Rahsia Rasmi atau akta-akta yang sepatutnya kerana menDEDAHkan dokumen yang sepatutnya SULIT untuk tujuan POLITIKnya..

3) Menteri KDN juga boleh meminta subkontraktor projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi PDRM membuat penjelasan tentang DAKWAAN Penasihat PKR tersebut..

Namun, oleh kerana Menteri KDN nih jugak orang POLITIK, dan sebagai orang POLITIK selalunya mereka suka melengah-lengahkan MASA, maka lambatlah bertindak..

INIlah DAJALnya orang POLITIK kita.. Mereka BEBAS membuat TUDUHAN sesuka hati terhadap mana-mana pihak dalam Parlimen.. Namun, apabila minta diBUKTIkan, semuanya pakat buat TAK TAHU atau sekadar diberi AMARAN aje.. Dengan KATA lain, keBEBASan mereka sebagai wakil rakyat di Parlimen disalah-gunakan untuk memburuk-burukkan mana-mana PIHAK yang mereka tidak suka seperti POLIS, SPRM, pihak berkuasa tempatan dan banyak lagi.. Tujuan mereka bukan mahu memperbaiki MUTU perkhidmatan pihak-pihak ini tetapi TIDAK lebih sekadar mencari kepentingan MODAL POLITIK sendiri.. Macam le mereka tu BAGUS sangat?

Kalau DULU semasa mengetuai Pemuda UMNO, Menteri KDN ini telah membuka RUANG seluas-luasnya kepada PESALAH POLITIK WANG untuk dia melakukan agenda JAHATnya dalam parti hingga berjaya menjadi Ketua Pemuda UMNO dengan CARA yang tidak berETIKA.. Kali ini dengan jawatan sebagai Menteri KDN, sekali lagi dia membuka RUANG untuk pihak-pihak tertentu memburuk-burukkan pihak berkuasa dengan hanya sekadar diberikan AMARAN sahaja.. KeTEGASan yang sepatutnya diWARISI daripada datuknya yang mengasaskan UMNO dan bapanya yang menjadi PM ke-3 tidak kelihatan padanya.. Aduhai... Asyik-asyik AMARAN aje..............

Wallahualam..

5 comments:

  1. Hishamuddin ni adalah sangat tidak sesuai utk jawatan Menteri KDN! Rakyat masih ingat dialah yg memberi jalan utk KJ menjadi Ketua Pemuda. Rakyat dah mula nampak yg Hishamuddin ni sama2 bersengkongkol dgn KJ dan Anwar. Inilah musuh dlm selimut bagi UMNO dan bagi orang Melayu seluruhnya. DS Najib sila ambil perhatian dan tindakan!

    ReplyDelete
  2. Memang pun tak sesuai dan lembek je menangani isu-isu yang boleh menggugat kestabilan negara.Orang sentiasa nak uji ketegasan KDN boleh makan ke tidak...nampaknya KDN telah jadi sebuah kementerian yang boleh dibuat main cak lut cak lut...

    Jauh beza sangat dengan menteri2 KDN yang lalu....

    Eloklah kalau berlaku rombakan kabinet nanti iawatan menteri KDN ini diberi saja kepada yang lain yang punya ketegasan dan kemampuan...

    Kalau Dato' Mukhriz ok tak?

    ReplyDelete
  3. Soalnya ialah Najib melantik hamblau ni jadi Menteri KDN adalah sebab untuk menjaga diri sendiri, maklumlah kan depa ni sepupu, jadi kalau Najib buat apa pun tak kan sepupu nak tangkap sepupu kan? Keluarga hamblau juga la...Datuk dia setengah jalan dalam UMNO pase nak samaratakan kaum lain dengan Melayu, bapak dia hati tak baik pase tu satu penggal aje jadi PM, la ni dia..betoi harap dan bergantung pada sepupu la, tak da apa yang dah dibuktikan..hancus!

    ReplyDelete
  4. Amaran demi amaran ni ada muslihatnya. Memang geram dibuatnya hingga KDN dilihat kurang berani & kurang cerdik. Tetapi disebaliknya terdapat muslihat ibarat serampang dua mata. Memang dibuatnya supaya geram.

    Kalau setiap tuduhan/pendedahan terus dikenakan tindakan, terbantutlah muslihat mengenal lebih lanjut siapa kah manusia2 duri-dlm-daging dlm Kerajaan, dlm ATM & PDRM, dlm parti UMNO & BN, dlm Media TV & Cetak, GLC, NGO dan lain2.

    Kebelakangan ni ramai sahabat2 Al Dol & Al Kitol berwatak hero. Terpaksa...dah bingung...hati-perut dah diketahui.

    Setiap 'tindak' ada 'tindak-balas'.... he ! he ! he! macam saintis pulak.
    Bijakkkk! ... bijak!

    ReplyDelete
  5. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    AMARAN sahaja tidak cukup.. Dalam SOAL ini, imej dan kredibiliti POLIS dipertikaikan dengan sebegitu dahsyat tetapi Menteri KDN hanya bagi AMARAN..

    Buat siasatan pun nampaknya POLIS jugak yang kena SIASAT.. Bagaimana dengan PIHAK yang menuduh? Lepas macam tu aje?

    Setakat ini dah berapa banyak dah DURI DALAM DAGING yang berjaya diDEDAHkan? Balik-balik masih dok pegang jawatan jugak..

    Contohnya Ketua Pemuda PESALAH POLITIK WANG tu.. HE!HE!HE!

    Wallahualam..

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan