Sunday, April 11, 2010

Awang Selamat - "UMNO PUN SAMA"......??


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita memang tertunggu-tunggu KOMENTAR Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia setiap kali hujung minggu.. KOMENTAR Awang Selamat biasanya menyeluruh dan meliputi semua aspek khususnya terhadap apa yang berlaku dalam NEGARA.. Walau siapa pun Awang Selamat itu, kita PERCAYA apa sahaja yang terkandung dalam KOMENTARnya adalah kerana dia PRIHATIN dan PEKA terhadap perkembangan yang berlaku dalam NEGARA ini.. Malah, adakalanya apa yang diTULIS oleh Awang Selamat kurang disenangi terUTAMAnya oleh orang-orang POLITIK yang berkepentingan BAIK dalam kerajaan mahupun dalam pembangkang..

Hari ini, Awang Selamat telah menulis KOMEN panjang LEBAR tentang kepimpinan MCA, MIC dan jugak UMNO.. Seperti yang kita MAKLUM, MCA baru sahaja menyaksikan peralihan kepimpinan BARU dan jugak menyaksikan perletakan jawatan Ketua Wanitanya yang enggan berKOMPROMI dengan Presiden Baru MCA yang KONTROVERSI.. Begitu jugak MIC yang ditegur oleh Awang Selamat kerana MASIH lagi belum mendedahkan tentang proses peralihan kepimpinan mereka sebaliknya masih lagi cuba berDOLAK-DALIK tentang selama mana Samy Vellu akan menerajui MIC walaupun MIC semakin kurang mendapat SOKONGan kaum India sendiri.. Itu cerita tentang MCA dan MIC, apa yang MENARIK adalah penDEDAHan Awang Selamat tentang cerita UMNO pulak..

Awang Selamat telah melontarkan pertanyaan tetang bagaimana Ketua Bahagian UMNO yang sedang digantung ekoran menghadapi pelbagai tuduhan termasuk rasuah di mahkamah, boleh dilantik sebagai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN)?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0411&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Siapakah yang diMAKSUDkan oleh Awang Selamat?

Kita cuba jugak menggunakan 'GOOGLE' mencari siapa yang diMAKSUDkan.. Rupanya pencarian ini lebih banyak mendedahkan banyak yang TIDAK kena dengan UMNO Selangor.. Malah, ada BLOG yang lebih berani menDEDAHkan KONONnya UMNO Selangor telah berpuak-puak dan berpecah kepada beberapa KUMPULAN mengikut Ketua Bahagian masing-masing..

http://selangor-umno.blogspot.com/

Jugak di sini..

http://www.umnoselangor.my/news_230_Perpaduan-UMNO-masih-kukuh-.html

Kita TIDAK tahu siapa yang diMAKSUDkan oleh Awang Selamat.. Namun, kita PERCAYA bahawa Awang Selamat merasakan perlu menDEDAHkan perkara ini kerana ketika UMNO sedang berusaha gigih memulihkan imej, menjaga integriti dan lebih mendekati masyarakat, apakah wajar perkara sedemikian dibenarkan?

APA pun kita tidak berHASRAT untuk memanjangkan PERKARA ini.. Biarkanlah orang-orang UMNO Selangor sendiri yang menyelesaikannya.. Almaklumlah, sejak hilang KUASA sebagai kerajaan negeri, semua PAKAT menyalahkan antara satu sama lain.. Semasa berKUASA, semua pakat MENYAMUN sama sendiri hinggakan RAKYAT terpaksa meluahkan perasaan TIDAK PUAS hati mereka melalui UNDI.. Namun, apa yang berlaku di Selangor INI ternyata memberi keLEBIHan kepada Pakatan Rakyat.. Malah, DS Najib yang menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor sepatutnya lebih TEGAS terhadap 'LITTLE NAPOLEON' dalam UMNO Selangor ini..

MenJAWAB persoalan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia tentang apakah wajar perkara sedemikian dibenarkan?

Awang Selamat seharusnya FAHAM bahawa dalam UMNO semuanya BOLEH.. Sedangkan dalam UMNO nih orang yang terang-terang berSALAH mengamalkan POLITIK WANG pun diberi jawatan Ketua Pemuda, apalah sangat dengan jawatan Penyelaras DUN seperti yang dinyatakan? Malah kalau kita LIHAT dalam KONTEKS Barisan Nasional sendiri, kalau MCA dan MIC boleh berlaku kecelaruan kepimpinan sebegini, kenapa pulak TIDAK dengan UMNO? INIlah baru dikatakan '1 MALAYSIA'!

Samada perkara sebegini akan menjadi ISU di PRK Hulu Selangor nanti, biarlah orang-orang UMNO sendiri yang menjelaskannya.. Kita sebagai RAKYAT hanya patut beri UNDI aje pada pandangan mereka.. Rakyat tak BOLEH sentuh apa yang berlaku dalam UMNO atau BN pasal nanti mereka akan KATA rakyat biasa TAHU apa? Kita TIDAK tahu siapa yang BENAR dalam UMNO Selangor.. Kita jugak tak berMINAT nak tahu siapa yang BENAR.. Buang masa aje.. Bukannya diorang tu SEMUA nak berubah pun?

Namun, kita TAHU apa yang berlaku seperti ini boleh diHALANG jika setiap pemimpin mengUTAMAkan objektif perjuangan parti LEBIH daripada perjuang PERUT BOROI sendiri.. Jika mereka INSAF, barulah kena dengan SLOGAN "Rakyat didahulukan, pencapaian diUTAMAkan".. SOALnya, sanggupkah dan mahukah mereka INSAF?

Wallahualam..

4 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Bro, apa yg dikatakan oleh Awang Selamat memang benar dan kes sebegini bukan hanya di Selangor. Ia serata. Apa yang ingin saya kaitkan di sini ialah, selepas setahun DS Najib menjadi Presiden UMNO...mana perubahan ahli parti yang dilaungkan?.Perubahan struktural telah dibuat oleh ahli melalui Pemilihan Agung UMNO baru2 ni. Tapi itu tidak cukup!
    Imej UMNO tetap tidak berubah. Kejujuran UMNO tetap dipertikaikan. Kesungguhan UMNO tetap dipandang sinis. Kenapa?.
    Saya kira, PM tidak harus hanya terlalu mendongak dengan konsep2 spt 1Mal sahaja. Jgn dilupakan akan untung nasib parti. Jangan hanya menunggu rakyat menilai pemerintahan pakatan TETAPi di pihak UMNO tidak berbuat ssuatu sebagaimana laungan janji2 dalam pemilihan agung baru2 ini, kerana kelak rakyat akan membuat pilihan semula tidak lama saja lagi...setahun lebih/2. Ikhlas.

    ReplyDelete
  2. Panas dan Pedas, pergghh confirm kena buasir la kepada sesiapa yang berkenaan lepas baca ni@ He he he

    ReplyDelete
  3. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    En. Ryzal, kita SETUJU dengan anda..

    Sebenarnya DS Najib kena ambil TAHU apa yang berlaku dalam setiap UMNO Negeri.. Jangan terlampau PERCAYAkan kata-kata Pengerusi Perhubungan aje.. KeKALAHan setiap PRK sebelum ini adalah kerana DS Najib tidak dapat maklumat TEPAT berkenaan UMNO Negeri masing-masing..

    Bro. Parpu,

    Anak-anak kita ajar makan dan kenal rasa PEDAS agar mereka cepat DEWASA.. Tapi kalau dah TUA BANGKA ni bila makan PEDAS, asyik nak melenting aje la..

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  4. Sangat setuju dengan apa yang diperkatakan Ryzal72.

    Apagila disebut sahaja UMNO maka tergambarlah segala yang negative disetiap perengkat, dari perengkat cawanganya, bahgian dan hingalah keperengkat national. Kadangkala merasa muak dan jijik hendak mengatakan sesuatu tentang UMNO yang kebelakangan ini tiada apa yang dapat dibangakan malah mersa malu untok mengatakan menyokong UMNO.
    Pada dasarnya tiada cacat cela dengan pertubohan yang sangat dekat dengan hati orang Melayu ini, yang masalahnya UMNO sekarang rata-rata dipelupori olih waris-waris Mandalir dan siKitol yang mengunakan pertubohan keramat ini untok kepentingan diri dengan memijak-mijak kepala orang melayu tampa mengambil kisah apa perasaan mereka ,jauh dari mengambil peduli asprasi perjuangan mereka.
    Sekiranya orang Melayu ada pilihan UMNO ini sudah lama bolih dikuborkan,tetapi malang sungoh nasip orang Melayu dibumi Melayu ini nak diharapkan parti melayu yang satu lagi !,bak kata Awang selamat sama jee......??/.

    Keresahan yang dialami orang Melayu semenjak kebelakangan ini atau dengan lebih tepat semenjak 2002 tidak seharusnya belaku kerana tanah melayu telah merdeka serta hak-hak Melayu dan Ugamanya telah termaktub didalam perlambagan
    tetapi Kenapa Melayu masih lagi perlu berjuang menuntut agar hak mereka sabagai bumiputra ditanah yang merdeka ini tidak terhakis kapada pendatang-pendatang yang telah diberikan ruang dan peluang untok menumpang hidup disini.
    Sekali lagi Melayu saolah dijajah semula kerana terpaksa semula menuntut hak dan memperjuangkan hak agar jangan diambil olih penumpang-penumpang yang sebelum telah dibagi ruang dan tempat.
    Jikalau sebelum ini sejarah mengatakan Melayu dijajah melauai kekerasan dan muslihat politik dari luar tetapi sekarang bangsa Melayu cuba dijajah dari dalam dengan pengaroh dan kuasa ekonomi Abang/Alik sendiri yang telah diberi tumpang menyedut udara yang sama.
    Dimana UMNO !, yang memang diketahwi parti yang mewakili orang Melayu dan melindongi kepentingan orang MelAYU, MALANG SEKALI !, UMNO sekarang rata dipelupori olih waris Mendalir dan siKitol ,sejarah bakal berulang semula dalam formet yang berbeza.

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan