Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Friday, April 02, 2010
BERANI tak 'The HATCHET Man' memanggil TS Muhyiddin sebagai RASIS kerana mengatakan "Saya tetap Melayu dahulu"?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
KITA tidak TAHU setakat mana PRESTASI atau tahap 'KECERDIKKAN' menteri-menteri kabinet 1 MALAYSIA ini dipantau oleh DS Najib.. Namun, kebelakangan INI bukan sesuatu yang JANGGAL jika kita dapati banyak pandangan UMUM rakyat mengatakan ramai menteri-menteri dalam kabinet 1 MALAYSIA ini lebih BODOH kalau dibandingkan dengan RAKYAT di luar sana yang memberikan mereka ini UNDI semasa pilihanraya seterusnya dilantik ke kabinet.. Adakah DS Najib sebagai Perdana Menteri SEDAR akan perkara INI?
Rakyat menilai tahap 'KECERDIKKAN' seseorang menteri melalui kenyataan mereka yang disiarkan menerusi MEDIA.. Oleh itu, tidaklah mustahil jika ada seorang dua menteri BAHLOL yang sentiasa beranggapan mereka lebih 'ISTIMEWA' berbanding rakyat marhaen lain lalu menyebabkan mereka mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah cuba memperBODOHkan rakyat.. Kalau perbuatan sedemikian dianggap sebagai HAK EKSLUSIF mereka sebagai menteri, tak TAHUlah.. TETAPI, nak jadik menteri bukanlah kena ambil 'EXAM' pun.. Orang GILA sekalipun kalau pandai bercakap boleh jadik menteri..
Apabila seorang menteri kabinet 1 MALAYSIA yang pernah dipanggil sebagai 'The HATCHET Man' oleh mantan PM Tun Dr. Mahathir membuat kenyataan mengatakan sebuah pertubuhan NGO Melayu bernama PERKASA sebagai oportunis? Kenyataan 'The HATCHET Man' ini merujuk kepada permintaan PERKASA agar pembentukan Suruhanjaya Peluang Seimbang Peluang(EOC) dalam Model Ekonomi Baru (MEB) TIDAK bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.. 'The HATCHET Man' mengatakan:-
"Bagaimana ia boleh menjadi seimbang apabila DEB mengatakan bahawa hak Bumiputera hanya 30 peratus?
“Jadi 70 peratus adalah untuk bukan Bumiputera tetapi mengapa anda tidak membuat bising.
“Jika anda mahu terlalu berkira, maka DEB seharusnya sudah dimansuhkan kerana ia hanya memberikan 30 peratus kepada Bumiputera dan 70 peratus kepada bukan Bumiputera,"
http://www.pribumiperkasa.com/perkasa/?p=1418
Di SINI sahaja kita dah NAMPAK keBODOHannya apabila membuat kenyataan..
DEB tidak pernah mengatakan bahawa hak Bumiputera hanya 30 peratus.. Nilai 30 peratus hanyalah OBJEKTIF atau SASARAN yang perlu dicapai oleh Bumiputera untuk mencapai matlamat DEB, bukannya 30 peratus itu adalah NILAI TETAP atau 'FIX VALUE' yang tidak boleh diubah sama sekali..
Malah, sebenarnya 30 peratus itu boleh dikatakan nilai MINIMUM pencapaian yang ditetapkan untuk Bumiputera dalam DEB.. Namun, oleh kerana banyak pengKHIANATan terhadap bangsa sendiri terutamanya apabila melibatkan peruntukan CONTOHnya seperti pemberian PERMIT TEKSI dan sebagainya yang di'SUB-CONTRACT' kepada orang lain, maka OBJEKTIF DEB tidak pernah tercapai.. Itulah masalah sebenar DEB apabila orang yang diAMANAHkan untuk menjayakannya TIDAK melakukan tugas sebaliknya 'MENGKHIANATI' dah tu pandai pulak 'ANGIN' bila ada pihak cuba memperjuangkan kepentingan Melayu dan Bumiputera?
Ini bukan pertama KALI 'The HATCHET Man' mengeluarkan kenyataan BODOH bersifat BENCIkan bangsa sendiri.. Sebelum INI kenyataan BODOH yang sama pernah dikeluarkan apabila dia meLABELkan Tun Dr. Mahathir sebagai RASIS hanya kerana Tun memperTAHANkan modul LATIHAN dalam Biro Tatanegara..
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_7075b217-7f000010-111c3670-55490863
Nampak macam dia ALERGIK dengan mana-mana pihak yang mempertahankan bangsa Melayu..
BAIKlah, kalau dia ALERGIK sangat dengan Melayu, cubalah dia katakan bahawa Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin sebagai RASIS atau OPORTUNIS apabila TS Muhyiddn membuat kenyataan "Saya tetap Melayu dahulu," kerana dicabar oleh 'Ketua KAUM RASIS' yang mahukan, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sekiranya gagal membuktikan beliau berpendirian "Malaysia dahulu, barulah Melayu" (Malaysian first, Malay second)..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0401&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm
JADIK kita mintaklah 'The HATCHET Man' mengatakan TS Muhyiddin sebagai RASIS kerana pengakuannya di atas.. Ada BERANI?
Kita jugak mahukan dia mengusulkan perkataan 'MELAYU' atau 'MALAY' digugurkan daripada 'Pertubuhan Kebangsaan MELAYU Bersatu' atau 'United 'MALAY' Nation Organisation' semasa Perhimpunan Agung UMNO kelak.. Ada BERANI?
DS Najib seharusnya SEDAR bahawa rakyat dan PENGUNDIlah yang menjaga KPI para menteri kabinet 1 MALAYSIAnya..
Wallahualam..
salam bro...dia ni memang takleh tengok orang duk senang.mana berani. balaci dsn ada ar.dah ramai suruh buang tapi 1malaysia kan.
ReplyDeleteaku tabik dengan tsmy yang menyatakan Melayu dahulu. berkata benar wp pahit. pendirian itu yang menjadi sandaran tsmy semenjak zaman flip flop amat saya kagum.
harap dapat dteruskan zaman ntr
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteMasalahnya ramai Menteri yang masih membuat kenyataan berbentuk 'POPULIS' nak glamer..
INIlah penyakit para Menteri kabinet 1 MALAYSIA nih..
Terlampau ingat rakyat nih BODOH..
Wallahualam..
Apa nak dikesalkan sangat dengan si botak pengampu tuh!
ReplyDeleteMasa zaman Tun dia ampu Tun (tak berape makan sebab Tun pernah suruh dia minta maaf secara terbuka bila dia cuba kurang ajar dengan Tun, sebab tulah sampai la ni dia dendam sangat dengan Tun).Zaman Pak Lah dia ampu Pak Lah, zaman Najib die ampu Najib pulak.Nampka gaya ampunya kali ini makan sebab pada dia demo dua org ni senang di kelentong atau senang ceritanya BODO lah!!
Di Jabatan Perdana Menteri sekarang ni dia yang paling bekuasa dan tak ada sesiapa pun yang berani dengan dia hatta pun Najib.Tengok je lah bila dia di parlimen sombong semacam seolah-olah dielah yang paling besar,paling cerdik dan paling ditakuti di malaysia nih, manusia-manusia!!!....