Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Saturday, April 03, 2010
Potensi BN untuk KALAH di Hulu Selangor semakin jelas jika terus melayan TUNTUTAN pihak yang pernah KALAH..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Nampaknya BN mungkin akan mengulangi keSILAPan pilihanraya LALU yang menyaksikan keKALAHan mereka sebelum ini.. BN langsung tak belajar daripada keSILAPan malah BN sudah menganggap mereka berada dalam ZON SELESA sejak kemenangan di DUN Bagan Pinang lalu.. Itulah yang boleh kita katakan apabila melihat tingkah-laku beberapa pemimpin BN sendiri bagi menghadapi PRK Hulu Selangor kali ini.. Nampak sangat para pemimpin BN saling tak 'COVER LINE' sesama sendiri kali ini..
Kita TIDAK tahu setakat mana BAGUSnya strategi BN, tapi kita kena INGAT bahawa BN sudah KALAH 7 PRK, takut nak bertanding di DUN Penanti dan KALAH secara BODOH di DUN Permatang Pasir dan Parlimen Kuala Terengganu.. Seharusnya keKALAHan BN di DUN Permatang Pasir dan Kuala Terengganu menjadi pengajaran yang amat berguna kepada BN.. Ini kerana keKALAHan BN sebab salah pilih CALON.. Namun, kena ingat jugak bahawa pengajaran itu akan menjadi BERGUNA jika orang itu mahu BELAJAR.. Kalau dah jenis BONGOK dan SYOK sendiri, nak kata macam mana lagi?
Antara keSILAPan BN yang paling ketara ialah GAGAL mengawal tingkah-laku sesama parti KOMPONENnya setiap kali menghadapi pilihanraya KECIL.. Jelas parti-parti komponen BN terutamanya yang berPUSAT di Semenanjung akan berCAKARan sesama sendiri dalam SOAL menentukan calon.. Yang meMALUkan tu pulak, mereka langsung tidak SEGAN menggunakan MEDIA untuk tujuan MELOBI agar wakil parti masing-masing dicalonkan sebelum mendapat persetujuan pengerusi BN sendiri.. Nak CONTOH? Cuba anda baca sendiri kat bawah nih..
http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_befbfd5e-7f000010-1d956ad0-d9c1cb83
INI yang membuatkan RAKYAT dan pengundi MELUAT apabila melihat tingkah-laku pemimpin sebegini.. Dah jadik YB 4 penggal, dah KALAH dan jelas diTOLAK dek kaum dia sendiri pun ada HATI nak MELOBI lagi? Kalau keadaan macam nih berterusan, bukan takat KAUM dia sendiri aje yang naik MELUAT, kaum lain seperti Melayu dan Cina di Hulu Selangor pun mungkin rasa MUAL nak undi BN! DUN Bagan Pinang dulu kalau bukan sebab calon Melayu dan UNDI POS, maunye LINGKUP jugak..
Dalam KONTEKS BN, nampak sangat UMNO terpaksa TUNDUK kepada tekanan parti komponen bukan Melayu walaupun mereka bertanding di kawasan MAJORITI Melayu.. Berbeza dengan Pakatan Rakyat yang terang-terang akan meletakkan calon Melayu di Hulu Selangor pada KALI ini.. Yang PELIKnya, kita tak pulak mendengar DAP membantah seperti mana MIC membantah kalau UMNO jadik calon di Hulu Selangor? Adakah MIC merasakan kaum India di sana yang cuma membentuk sekitar 19% pengundi akan beri sokongan 100% kepada calon mereka??
SOAL ini sebenarnya sangat RUMIT.. Jika MIC mampu memperolehi sokongan 100% kaum India sekalipun, peluang untuk MENANG di Parlimen Hulu Selangor tetap dalam NISBAH 40:60 sahaja.. Nampak jelas jika calon Melayu PKR melawan MIC, peratusan pengundi Melayu akan terbahagi dua.. DAP pulak pasti akan berKEMPEN habis-habisan untuk merebut sokongan pengundi bukan Melayu bagi memenangkan calon PKR tersebut.. Kalau nak dibandingkan antara DAP dengan MIC, budak sekolah pun TAHU pengundi bukan Melayu akan ikut cakap siapa..
CALON yang BARU walaupun bukan Melayu mungkin akan memberikan kemenangan dalam skala kecil jika BN berkempen bermati-matian.. SOALnya, adakah MIC akan menonjolkan calon sedemikian sedangkan KETIKA ini pun nampak jelas mereka bukan main GILA dok MELOBI orang yang dah pernah KALAH? MALANG jugak jika UMNO meletakkan calon mereka.. Jika kita merujuk kepada kenyataan bekas MB Selangor yang menjadi penyebab Selangor terlepas kepada PR, UMNO pun tak ada calon yang sesuai dan mungkin akan berlaku SABOTAJ sesama sendiri walaupun calon UMNO mempunyai lebih PELUANG untuk menang berbanding calon MIC..
http://www.klpos.com/news/2010/04/02/5.html
Alasan bahawa calon MIC sebelum ini cuma KALAH 198 undi tidak patut dijadikan SANDARAN.. PKR sebenarnya berjaya mengurangkan undi BN sebanyak berbelas ribu undi pada PRU tahun 2008 di Hulu Selangor yang sebelum ini dikatakan KUBU KUAT BN.. Kita TAK tahu kenapa bekas MB Selangor turut sama MELOBI calon yang mempunyai POTENSI besar untuk KALAH, namun mungkin dia nak melakukan 'COME BACK' setelah BN terlepas negeri Selangor.. Untuk itu mungkin dia tak mahukan SAINGAN sesama UMNO kot?
Inilah masalahnya apabila BN dilihat GAGAL mengawal tingkah-laku parti-parti KOMPONEN yang saling berebut untuk jadik calon pilihanraya.. BN masih membiarkan parti-parti komponennya meletakkan calon yang dah diTOLAK rakyat dengan alasan KONONnya kawasan yang ditandingi adalah KAWASAN TRADISI milik parti mereka.. Macam la itu PUSAKA MAK BAPAK diorang agaknya.. Sedangkan pengundi inilah yang menentukan nasib mereka? Seharusnya BN meWUJUDkan peraturan agar parti-parti KOMPONEN tidak merebut kawasan pilihanraya sesama sendiri dan beralah dalam pengagihan KERUSI terutamanya jika ada parti KOMPONEN yang bermasalah atau kekurangan SOKONGAN..
Laluan BN lebih SUKAR kerana Penasihat PKR yang pandai berMUKA-MUKA tidak perlu terikat dengan KES 'menJUBOR'nya di mahkamah ketika ini.. Sudah pasti dia tak ada HALANGAN untuk berKEMPEN sepenuh masa dan menggunakan KEMPEN pilihanraya sebagai medan untuk dia 'memBERSIH'kan dirinya dan meraih SIMPATI.. Dengan sikap berMUKA-MUKA yang dia telah praktikkan sejak dalam UMNO lagi, dah tentu ini akan menjadi halangan untuk BN meraih sokongan.. AlMAKLUMlah, Penasihat PKR ni pun 'PRODUK GAGAL' daripada UMNO jugak! HE!HE!HE!
Wallahualam..
Kalau Najib ikut perangai Tun dol kaki tidur gerenti kalah
ReplyDeleteDS Najib janganlah jadi bodoh sangat!
ReplyDeleteKita bertanding nak menang. Dengarlah kehendak rakyat. Janganlah ikut sangat tradisi. Nanti menang sorak, kampung tergadai!
InsyaAllah, DS Najib akan buktikan perubahan. Calun dari UMNO akan terpilih.
ReplyDeletePersoalannya, adakah Muhd Taib ?
Moga bukan ini orangnya. Face-value Muhd Taib tiada lagi bernilai berbanding Mat Isa.