Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Saturday, May 29, 2010
Antara Pok Nik, Tok Samy dan allahyarham Abuya -> Satu perbandingan ringkas..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
POLITIK sudah tidak diPISAHkan dalam keHIDUPan orang kita.. Ini kerana POLITIK bererti KUASA dan sudah tentu apabila disebut KUASA, ianya sesuatu yang diKEJAR, direbut atau diRAMPAS semata-mata untuk memenuhi tuntutan NAFSU sendiri.. KUASA adalah sesuatu yang diMANAHkan untuk dijaga agar membawa keBAIKkan kepada semua.. Namun demikian, jarang kita DENGAR ada orang sanggup melepaskan KUASA apabila mereka mendapatnya.. Contoh orang yang sanggup berbuat demikian adalah mantan PM Tun Mahathir.. Orang POLITIK lain? Kena diJATUHkan dulu baru nak reti lepaskan KUASA..
Apabila kita mengaitkan kuasa dengan POLITIK, sudah tentu kita kan menyebut beberapa TOKOH POLITIK masa kini sebagai perbandingan.. Ye la.. Orang POLITIK ini inginkan KUASA kerana dengan KUASAlah KONONnya mereka dilihat 'LEBIH MULIA' berbanding rakyat marhaen lain.. Walaupun HAKIKATnya KUASA mereka itu adalah AMANAH yang dipinjamkan, tetapi apabila dah dapat dalam TANGAN, sukar nak lepaskan.. Pasal kalau dilepaskan, siapa sangatlah mereka itu.. Dok tepi jalan pun belum tentu orang nak TEGUR.. Sekadar perbandingan, apa kata kita BANDINGkan tiga TOKOH dan KUASA dan pengaruh yang mereka ada terhadpa pengikut mereka..
1) TOK SAMY PRESIDEN MIC
Siapa yang tak kenal dengan dia nih? Dia adalah antara TOKOH POLITIK masyarakat India yang paling lama berkuasa dalam MIC.. Malah, tempoh dia jadik Presiden MIC lebih lama berbanding dengan tempoh mana-mana pemimpin UMNO atau parti POLITIK lain.. Akibatnya, MIC gagal meLAHIRkan pemimpin pelapis yang berkesan untuk memperjuangkan NASIB masyarakat India.. Pemimpin yang ada ketika INI semuanya jenis KAKI AMPU dan menyokong membuta-tuli Tok Samy ini.. Malah, mereka masih dalam 'DENIAL SYNDROME'sama seperti UMNO zaman PM ke-5 dahulu..
Akibatnya, apabila Tok Samy diTOLAK pengundi pada PRU 2008, semua kelam-kabut dan saling menyalahkan sesama sendiri.. Malah sehingga hari ini EPISOD tuding jari masih berterusan hinggakan ada PIHAK yang cuba mengaitkan dengan parti-parti KOMPONEN lain dalam BN seperti UMNO.. Namun demikian, CUBA kita bayangkan kalau Tok Samy meletak jawatan dan menyerahkan teraju kepimpinan kepada MUKA baru, agak-agaknya adakah MIC akan menghadapi masalah seperti hari INI? Sekarang ini MIC bermasalah BESAR.. Parti sendiri hampir hancur, rakan dalam KOMPONEN BN pulak makin JAUH hati akibat keANGKUHan mereka.. Nasib le, "The DAMAGES already DONE!"
2) POK NIK 'ALAIHISSALAM' MB KELANTAN
Siapa KATA pemimpin Pakatan RAKYAT tak ada yang GILA KUASA? Orang TUA nih adalah contoh paling BAIK.. Kerja dia 20 tahun lebih dok makan GAJI BUTA, masjid pun suruh RAKYAT bina - KONON-kononnya nak KONGSI pahala la tuh.. PELIKnya, bila kutip DERMA, pandai pulak Lebai-Lebai PAS ni pakat SONGLAP? Keje dia sehari-hari dok bandingkan siapa lebih ISLAM, dok jadik PADERI 'On behalf' kepada DAP dan sibuk mengAMPUNkan rakan-rakan PRnya yang berDOSA besar kerana melakukan AKTIVITI 'menJUBOR' dan bersekedudukan dengan JANTAN!
Oleh kerana akhir ZAMAN nih banyak orang ISLAM suka tengok nilai ISLAM seseorang itu pada PAKAIANnya, maka MUDAH lah mereka diTIPU kononnya orang TUA nih ZUHUD dan tidak kejar keDUNIAan.. Katanya orang TUA nih dok rumah KAMPUNG biasa, tak ambil elaun dan tidak mengumpul keMEWAhan.. Sebenarnya, DIA tak perlu pun SEMUA itu.. Cuba anda rujuk balik sejarah paderi-paderi KRISTIAN zaman pertengahan.. Mereka pun menDAKWA zuhud dan tidak KEJAR dunia? Namun demikian, mereka TIDAK pulak menghalang jika ada pihak KETIGA mengumpulkan harta bagi pihak mereka? Tak kiralah pihak ketiga itu anak-menantu sendiri atau BALACI kroni.. AKhirnya HARTA tu jadik milik mereka jugak?
Kalau TAK, takkanlah ada orang TAJA kek 'BESDAY' sampai beribu ringgit dan taja pergi HAJI sampai beribu-ribu RM? Pergi keje pandaila pulak naik MERCEDES? Apasal tak naik MOTOR aje macam YB Zul Kulim? Yang PELIKnya Islam orang UMNO pandai dia KONDEM tapi tak sedar hasil ihsan pemimpin UMNOlah yang membantu dia masa dia masuk ICU sakit jantung? Bukankah pemimpin UMNO yang memintak doktor IJN ke Kota Bharu merawat dia kat dalam ICU? Bukankah IJN itu pemimpin UMNO yang cetuskan dan binakan? Itu pun tak tahu TERIMA kasih kat orang UMNO sebaliknya dok pertikaikan keISLAMan mereka? Ini yang nak dikata ZUHUD?
3) ALLAHYARHAM ABUYA BEKAS PEMIMPIN AL ARQAM
Walaupun nama ABUYA mungkin tinggal dalam lipatan sejarah, namun ABUYA jugak besar pengaruhnya pada suatu ketika dahulu.. Malah, kalau kita ambil dalam KONTEKS dakwah dan penyebaran ISLAM, Abuya jauh lebih BERJAYA dan berwibawa berbanding Lebai-Lebai PAS yang kerjanya cuma memecah-belahkan umat ISLAM.. Malah, AL ARQAM jugak membuktikan mampu menggiatkan EKONOMI ummah dan mengurangkan pergantungan umat ISLAM kepada produk-produk daripada orang bukan ISLAM.. Malangnya, tidak disangka ABUYA jugak seseorang yang INGIN mengejar KUASA hingga dikatakan cuba merampas pentadbiran NEGARA secara tidak SAH.. Malah, banyak jugak pengikut ABUYA yang tergelincir AKIDAH kerana keTAKSUBan mereka dan jugak kerana NAFSU mereka terhadap wanita..
Daripada perbandingan ketiga-tiga TOKOH di atas, seharusnya kita sedar bahawa tidak ada apa yang diBANGGAkan jika kita berKUASA atas nama POLITIK.. Ini kerana KUASA hanyalah AMANAH yang derlu dilaksanakan sebaik mungkin.. Jika TIDAK, pasti KUASA tersebut akan memakan DIRI dan menjauhkan kita daripada jalan yang diREDHAi..
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan