Thursday, May 27, 2010

RAKYAT memerhatikan dengan perasaan MARAH terhadap kenyataan BODOH seperti ini..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Terus-terang KATAlah.. BN sebenarnya sudah hilang KREDIBILITI dan diperlekehkan kerana pemimpin mereka sering buat kenyataan BODOH dan lagi cuba memperBODOHkan rakyat.. Dalam keadaan sekarang, kenyataan BODOH sebegini yang dikeluarkan hanya membuatkan rakyat berTAMBAH marah dan memberikan keLEBIHan lebih banyak kepada musuh-musuh BN seperti DAP untuk terus mendapat MODAL bagi menghentam BN atau lebih TEPAT lagi UMNO.. Antara kenyataan BODOH para pemimpin BN adalah seperti berikut:-

1) Kenyataan anak Presiden MIC dan Ketua Pemuda MIC yang menyalahkan UMNO kerana KRISIS parti mereka..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

Dulu lagi kita dah katakan bahawa UNDI Melayu adalah terlalu 'MAHAL' untuk diberikan kepada KAUM ini.. UMNO patut sedar bahawa kenyataan BODOH mereka ini sekaligus mencetuskan keMARAHan ramai penyokong UMNO dan pengundi UMNO terutamanya yang sanggup mengundi calon MIC di PRK Hulu Selangor tidak lama dulu.. KeMARAHan mereka sudah pasti ditujukan kepada UMNO kerana UMNO yang mengalah dan memberikan TEMPAT yang seharusnya diwakili oleh calon Melayu kepada KAUM atau parti komponen yang TAK tahu berterima kasih ini.. Apa akan JADI jika penyokong UMNO dan pengundi UMNO tidak LAGI mahu mengundi calon bukan Melayu dalam komponen BN selepas INI? Tak ke UMNO diPARIAHkan oleh anak Presiden MIC yang jika disusun ejaan NAMAnya boleh dieja sebagai 'P-A-R-I-A'?

Mungkin bukan MIC sebaliknya UMNO yang kena mengkaji kedudukan mereka dalam BN sebagai parti yang mewakili orang Melayu.. Adalah jelas rakan-rakan UMNO dalam BN bersikap seperti pembangkang -> Apabila MENANG dengan undi Melayu, mereka mendabik kata hasil USAHA mereka tetapi apabila KALAH, mereka menuding jari kepada UMNO.. Orang Melayu ada MARUAH dalam hal-hal begini dan UMNO jika masih mendakwa sebagai parti orang Melayu seharusnya menjaga MARUAH orang Melayu dalam SOAL ini.. Tidakkah UMNO malu kerana terpaksa mendokong parti 'BIAWAK HIDUP' semata-mata ingin mempertahankan perkongsian kuasa dalam BN?

2) Kenyataan bekas PM ke-5 yang mahukan perjanjian pembangunan tanah KTMB di Singapura memberi faedah kepada Malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0526&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive

Sebagai bekas PM, kita tak NAFIkan hak beliau untuk bersuara.. Cuma kenyataan tuh biarlah kenyataan yang menampakkan dirinya adalah seorang negarawan.. Kita KATAkan demikian kerana kita semua MAKLUM bagaimana bentuk hubungan 'WIN-WIN SITUATION'antara bekas PM ke-5 dengan Singapura.. Cuba kita INGAT balik antara dasar-dasar beliau yang mungkin dianggap 'MEMBERI FAEDAH' kepada negara dalam soal hubungan dengan Singapura..

- Penjualan saham-saham GLC negara seperti Telekom Malaysia dan Pantai Holdings kepada Temasek Holdings dan kemudian ada antaran dibeli balik pada harga yang lebih TINGGI oleh PNB..

- Isu tentang rakyat Singapura diBENARkan masuk dan membeli hartanah di Iskandar Malaysia tanpa perlu menggunakan PASSPORT atau VISA..

- Isu pembinaan jambatan BENGKOK kerana dikatakan rakyat Johor menolak jambatan tersebut dan dikatakan jambatan tersebut jika diBINA akan tergantung sebelah kerana Singapura enggan merobohkan Tambak Johor..

- KeGAGALan Malaysia memilikki Pulau Batu Puteh yang lebih luas sebaliknya mendapat dua ketul batu Middle Rocks yang disifatkan sebagai 'WIN-WIN SITUATION' olehnya..

Oleh itu, para pemimpin yang SUKA buat kenyataan BODOH tanpa berfikir panjang seharusnya dipantau agar TIDAK menjadikan RAKYAT meluat kepada parti masing-masing.. Mungkin kedua-dua pemimpin yang dinyatakan seharusnya memberi kenyataan tentang betapa BAGUSnya MENANTU keSAYANGan berlakon BAIK sebagai ASKAR wataniah ATAU memberikan kenyataan tentang betapa BAGUSnya bapak sendiri sebagai Presiden MIC hingga KALAH pilihanraya?

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan