Tuesday, May 18, 2010

Apakah selepas SIME DARBY, giliran PETRONAS pulak menerima NASIB yang sama?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sebelum PRK Sibu, kita diKEJUTkan dengan pengumuman tentang keRUGIan sebuah syarikat konglomerat terbesar negara, SIME DARBY bernilai berBILION RM.. Ini sebenarnya adalah sesuatu yang mengejutkan NEGARA.. SIME DARBY bukannya syarikat yang KECIK anak.. Di negara INI, cuma PETRONAS yang dikatakan lebih besar daripada syarikat ini.. Perniagaan SIME DARBY hampir meliputi semua bidang daripada pembuatan, perLADANGan, automatif, pemBINAan dan banyak lagi.. Seharusnya kerajaan bertanggung-JAWAB menyiasat apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang PATUT dikenakan TINDAKAN..

Menurut laporan BERNAMA, keRUGIan ini berPUNCA berikutan pendedahan bahawa kelewatan dan kos berlebihan dalam beberapa projek yang memberi kesan negatif signifikan sebanyak RM964 juta dari projek di Qatar dan projek empangan hidro elektrik Bakun.. Di samping itu, OSK Research Sdn Bhd berkata punca bagi masalah Sime Darby adalah kerana syarikat itu adalah terlalu BESAR dan terlalu dipelbagai untuk diurus dan dikawal dengan betul.. Jika Sime Darby terus dilanda keRUGIan daripada satu segmen ke segmen yang lain, penyelesaian yang hanya wajar ialah untuk memecahkan kumpulan itu kepada unit-unit yang lebih STRATEGIK untuk diuruskan, kata OSK..

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=498327

Kita RASA ada keBENARannya apa yang dinyatakan oleh penganalisa OSK Research tersebut.. KOS OPERASI untuk sebuah GERGASI seperti SIME DARBY adalah terlalu BESAR dan sudah tentu sukar untuk melakukan KAWALAN secara menyeluruh terhadap sebuah ENTITI sebesar SIME DARBY yang dikatakan syarikat perLADANGan terBESAR dunia hasil gabungan SIME DARBY, Guthrie dan Golden Hope Plantation.. SEBELUM anda semua buat-buat LUPA, tahukah anda SEMUA siapakah yang beriya-iya mahukan keTIGA-TIGA syarikat GERGASI ini diGABUNGkan? Sila IMBAS kembali URL di bawah..

http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?sec=business&file=/2007/11/29/business/19609589

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm&arc=hive

HE!HE!HE!

- TAHUkah anda SIAPAkah yang berUSAHA benar untuk mengGABUNGkan ketiga-tiga syarikat perladangan tersebut?

- TAHUkah anda SIAPAkah yang 'KENYANG' hasil khidmat KONSULTAN dengan pengGABUNGan ketiga-tiga syarikat tersebut?

- TAHUkah anda SIAPAkah yang menjadi 'TANGAN-TANGAN GHAIB' memperALATkan SIME DARBY dengan projek-projek mengarut seperti pemBINAan LCCT Labu, usaha pemBELIan IJN dan projek-projek tak jadi dalam NCER?

- TAHUkah anda bahawa mereka yang TERLIBAT dibelakang pengGABUNGan SIME DARBY ini adalah satu 'GROUP' yang berselindung di belakang PM ke-5?


Nampaknya memang Tuhan pun NAK tunjuk betapa menyelewengnya PUAK-PUAK ini berselindung di sebalik pemerintahan kerajaan PM ke-5.. Baru 3 TAHUN aje dah nampak dah betapa SIA-SIAnya pengGABUNGan ini.. Alangkah BAIKnya jika dahulu NASIHAT mantan Tun Mahathir tentang betapa TIDAK perlunya pengGABUNGan ini dipatuhi..

Kita mengalu-alukan kenyataan PM DS Najib untuk TIDAK menyembunyikan fakta tentang keRUGIan SIME DARBY.. Namun, mintak MAAFlah DS Najib, kita NAMPAK fungsi kerajaan sekarang umpama seorang 'PLUMBER' yang cuba memperbaiki saluran TANGKI kumbahan.. Walaupun tugas 'PLUMBER' tuh mulia, tetapi dia TETAP terpalit NAJIS.. Malangnya, KONTRAKTOR buat TANGKI kumbahan tuh pulak dah CABUT lari.. Dengar CERITA ada yang masuk PETRONAS pulak?

Selain itu, adalah menjadi tanggung-jawab DS Najib untuk memastikan TIDAK ada lagi syarikat milik kerajaan (GLC) yang bakal RUGI seperti SIME DARBY.. Apa yang kita KHUATIR adalah syarikat MINYAK negara, PETRONAS.. Apakah JAMINAN DS Najib dan kerajaan untuk mengatakan bahawa PETRONAS tidak akan mengalami NASIB seperti SIME DARBY jika PENYAMUN yang pernah jadik KONSULTAN kepada PM ke-5 dibiarkan memegang JAWATAN dalam Lembaga Pengarah PETRONAS?

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan