Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Wednesday, May 19, 2010
BN patut BEDAH SIASAT otak Menteri KDN pasal keKALAHan PRK Sibu..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Rasanya masih RAMAI lagi yang tercari-cari PUNCA keKALAHan BN di Sibu.. Selain mengatakan TINDAK-tanduk pengundi CINA yang mula beralih arah kepada DAP, pemerintahan KM Sarawak sekarang yang terlampau LAMA dan masalah dalaman SUPP jugak dikatakan sebagai PUNCA keKALAHan.. Tak KURANG jugak beberapa pemimpin parti KOMPONEN BN yang cuba mereka-reka alasan TIDAK munasabah KONONnya untuk meng'HALAL'kan apa yang telah berlaku di Sibu..
Dalam banyak-banyak KOMEN tentang PRK Sibu, rasanya KOMEN Menteri KDN merangkap Menteri 'AMARAN' kitalah yang patut diberikan perhatian.. Bukan kerana KOMENnya itu tepat, sebaliknya KOMEN yang dia kemukakan adalah semacam orang yang CAKAP TAK SERUPA BIKIN..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0518&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm&arc=hive
Dia menyarankan supaya BN perlu buat BEDAH SIASAT cari PUNCA UTAMA keKALAHan calon BN di PRK Sibu.. Ya.. BETUL saranannya, tetapi apakah dia sebagai Menteri KDN tidak menyedari bahawa PUNCA UTAMA keKALAHan calon BN di Sibu AKIBAT tindak-tanduknya sendiri yang bersikap sambil LEWA dan CUAI dalam tugasnya? Sesiapa yang ke Sibu pasti menyedari apa jenis SENTIMEN yang dimainkan oleh DAP dalam kempen mereka di Sibu.. Cuma Menteri KDN ini aje yang masih dok MAMAI tak tahu apa CERITA..
- TIDAKkan Menteri KDN ini SEDAR bahawa keKALAHan calon BN di PRK Sibu adalah akibat sentimen perKAUMan meLAMPAU terhadap orang Melayu yang diMAINkan oleh para pemimpin DAP dalam setiap KEMPEN mereka di sana?
- TIDAKkah Menteri KDN ini SEDAR bahawa keKALAHan calon BN di PRK Sibu jugak berPUNCA akibat keBERANIan puak-puak LIBERAL laknatullah meMAINkan isu penggunaan nama ALLAH SWT oleh gereja di Sibu?
Jadik, TUGAS siapakah yang seHARUSnya memantau dan memastikan DUA isu di atas TIDAK dijadikkan MODAL KEMPEN berbaur hasutan kerana ISU-ISU tersebut sangat SENSITIF dan boleh menggugat keAMANan negara? Bukankah ianya TUGAS Kementerian Dalam Negeri yang mana dia yang dok jadik Menteri? Apakah yang dia telah LAKUKAN sebagai langkah pencegahan? Kali nih BERI AMARAN pun dia tak buat? Atau ada ke TINDAKkan TEGAS yang telah diambil olehnya? Ada sesiapa TAHU?
Kalau sebegini TUGAS seorang Menteri, terus-terang KATAlah, ramai lagi diluar sana yang berkeBOLEHan melakukannya.. Cuma mereka ENGGAN kerana tidak mahu terlibat dalam kancah POLITIK yang KOTOR.. Kalau jawatan Menteri ini boleh dipohon melalui JobStreet, dah LAMA dah beribu orang memohonnya.. Menteri macam nih, buat apa agaknya bersuah-payah berhabis duit nak diukur 'Key Performance Index'(KPI) mereka? Budak sekolah tengok pun GELAK sakan!
Kita TIDAK tahu atas kapasiti apa seseorang itu diLANTIK sebagai Menteri atau apa-apa jawatan Kabinet.. Sudah tentu semuanya atas BUDI-BICARA PM dan para pemimpin parti.. Sebab itulah Menteri yang suka buat kenyataan berbentuk POPULIS (Istilah zaman Pak Lah), tetapi GAGAL dalam perlaksanaan TUGAS.. Akibatnya RAKYAT yang TIDAK puas HATI dengan mereka akan meluahkan perasaan tersebut melalui UNDI dalam pilihanraya.. Maka, tak HAIRANlah rakyat memPROTES terhadap BN seperti apa yang kita LIHAT dalam setiap kali pilihanraya!
Menteri KDN, Menteri JPM 'The HATCHET Man'dan Timbalan Menteri JPM merangkap Ketua Penerangan UMNO yang kuat MERAPU adalah antara mereka yang perlu diBEDAH SIASAT jika berlakunya keKALAHan dalam pilihanraya.. Kenyataan yang mereka BUAT sering dilihat semacam nak memperBODOHkan orang, perlekehkan orang dan akhirnya menjadi LIABILITI kepada kerajaan BN sendiri.. Macam mana rakyat nak 'RESPECT' kalau KUALITI Menteri-Menteri BN macam nih? Nasib BAIKlah yang Ketua Pemuda PESALAH POLITIK WANG tuh tak jadik Menteri.. Kalau TAK, jenuhlah BEDAH SIASAT penyakit yang SAMA berjuta kali..
Wallahualam..
Bro, ini hishamudin, golongan bangsawan dari johor, sepupu kepada DS Najib. Hidup beliau ni senang lenang dan mewah, harap nama datuk dan bapak je. Bab berjuang dan memperkasakan bangsa Melayu jauh sangat. Tapi kalu utk bagi-bagi projek teramat hebat. Tgklah masa di KPM dulu. Wow..! agen dan jugak pegawai khasnya hj salim berpuluh juta dapat duit. Tgklah berapa banyak taik dia buat, berapa banyak sekolah terbengkalai. Jangan nak nafikan lah wahai hishamudin. SPRM tak tau agaknya. Balik bab KDN ni, mati-mati Musa Hasan buat kerja, Hishamudin tersengih dan bagi amaran. Wahai DS Najib, berhentikanlah Hishamudin ni.Ketika ada masa dan ketika KDN masih boleh menangkap petualang negara.
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteBlood is thicker than water
Wallahualam..