Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Monday, May 03, 2010
Lain KALI suruh aje Wisma Putra JAWAB, bukannya hantar si BADUT 'The HATCHET Man' untuk tolong JAWABkan!
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Katakan kita ada seBIDANG tanah yang diWARISkan kepada kita.. Tiba-tiba, ada pulak PIHAK menuntut TANAH tersebut dengan alasan yang TIDAK diketahui.. Kebetulan pulak, kita terjumpa PULAK harta dalam tanah kita yang bersempadanan dengan pihak tersebut.. Tanpa MAHU berfikir panjang, KITA menyerahkan harta itu kerana TIDAK mahu pihak berkenaan menuntut TANAH tersebut.. Namun, walaupun diSERAHkan harta tersebut, pihak berkenaan MASIH tidak menggugurkan TUNTUTAN mereka terhadap TANAH tersebut.. AKHIRNYA, APA YANG KITA DAPAT?
Itulah UNIKnya apabila kisah perumpamaan di atas diKAITkan dengan kisah 'BARTER TRADE' kawasan Limbang dengan dua BUAH telaga minyak yang dicari GALI oleh Petronas berhampiran sempadan Brunei.. Terlampau banyak perSOALan yang seharusnya diberi penjelasan oleh Wisma Putra dan jugak KABINET kerajaan PM ke-5 terdahulu.. MALANGnya, penjelasan yang diberikan masih KABUR dan ada PULAK si BADUT 'The HATCHET Man' yang bukan meWAKILi Wisma Putra pun tapi saja nak menyampuk MACAM la dia TAHU sangat..
Penjelasan si BADUT 'The HATCHET Man' ternyata makin mengelirukan keadaan dan sebagai sebuah NEGARA berdaulat, Malaysia seharusnya merasa BAHAYA jika terus menyimpan si BADUT 'The HATCHET Man' ini sebagai Menteri dalam kabinet 1 MALAYSIA tuh.. si BADUT 'The HATCHET Man' menyatakan bahawa Malaysia tetap memastikan kawasan Limbang di Sarawak kekal sebagai hak milik negara ini walaupun konsesi Blok L dan Blok M menjadi milik Brunei dalam perjanjian persempadanan dengan Brunei pada Mac 2009.. Katanya, perjanjian tersebut jelas menyatakan Malaysia mempunyai bahagian dan mesti ada kerjasama dalam membangunkan bersama sumber minyak dan gas di kawasan itu..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0502&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
Ada dua PERKARA yang kita TIDAK pasti samada si BADUT 'The HATCHET Man' INI faham atau dia CUBA memperBODOHkan rakyat seperti BIASA:-
1) Dengan merujuk kepada SEJARAH negara ini, Limbang adalah sebahagian daripada Sarawak dan telah menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.. Dengan KATA lain, Limbang telah pun LAMA berada dalam Malaysia lebih 20 tahun sebelum KEMERDEKAAN Brunei Darussalam sendiri daripada British.. Kenapa PULAK boleh wujud tuntutan tersebut dan kenapa pulak Malaysia kena meLAYAN tuntutan tersebut? Apakah TIDAK wujud garis sempadan antara Sarawak dan Brunei sebagai dua negara yang berbeza pada MASA itu?
2) Konsesi Blok L dan Blok M sebenarnya telah dicarigali oleh Petronas bersama Murphy Oil bermula pada tahun 2003 lagi.. Dengan KATA lain, sebelum 7 April 2010 lalu, dua Blok ini adalah sah MILIK Petronas.. TIDAKkah kita rasakan Petronas buat KERJA BODOH dengan bersusah-payah carigali MINYAK di kawasan orang lain? Tidakkah Petronas RUGI daripada ASALnya sebagai PEMILIK dua konsesi blok minyak telah diTURUNkan STATUS kepada KONTRAKTOR untuk keluarkan minyak sahaja?
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0501&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm&arc=hive
KITA percaya 2 perkara ATAS sebenarnya adalah 2 perkara yang berBEZA dan TIDAK ada kaitan pun antara satu SAMA lain.. Malangnya, semasa pemerintahan PM ke-5, dia mengambil penyelesaian MUDAH dengan mengadakan 'BARTER TRADE' seperti yang dinyatakan.. Kita JUGAK mengesyakki bahawa keputusan mengadakan 'BARTER TRADE' ini adalah AKIBAT PM ke-5 'diNASIHATI' oleh para KONSULTAN 'Level 4 BOYS' yang MAHU mengaut keKAYAan negara INI masuk dalam PERUT mereka..
Apakah HASIL yang telah didapati oleh aktiviti 'BARTER TRADE' ini?
OBJEKTIF 'BARTER TRADE' ini jelas tidak tercapai kerana pihak Brunei TETAP tidak mengGUGURkan tuntuan mereka terhadap Limbang..
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/3/19/nation/20090319113747&sec=nation
http://www.bt.com.bn/home_news/2009/03/18/limbang_issue_was_never_discussed_pehin_dato_lim
TETAPI hari ini kenapa PULAK si BADUT 'The HATCHET Man' mengatakan "Duit banyak mana pun boleh habis, tetapi tanah boleh kekal selama-lamanya,"..?? -> TANAH siapa pulakla yang si BADUT 'The HATCHET Man' ini MAKSUDkan? Tanah KUBOR? Jom kita PAKAT gelak! KAH!KAH!KAH!
Siapakah yang UNTUNG dalam urusniaga 'BARTER TRADE' tanah dengan MINYAK di atas? Dah tentulah para KONSULTAN 'Level 4 BOYS' yang kerjanya makan KOMISEN dengan mengadakan urusniaga seperti di atas bagi PIHAK kerajaan Malaysia! Sekarang ada di antara MEREKA dilantik dalam 'Board of Director Petronas' dengan keBENARan oleh PM DS Najib sendiri.. APA nih???
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan