Monday, June 07, 2010

Dulu 'WIN-WIN Situation', hari ni nisbah 60:40, besoknya tanah orang Melayu jadik macam tanah Palestin?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

RAMAI beranggapan bahawa KONFLIK antara Palestin dan Israel adalah KONFLIK agama semata-mata.. ASALnya memanglah begitu, namun SEDARkah anda semua bahawa selain KONFLIK antara agama sebenarnya masalah peREBUTan tanah jugak adalan antara punca UTAMA terhadap KONFLIK tanpa kesudahan ini? Tahukah anda bahawa kerana ingin memperTAHANkan tanah merekalah menyebabkan rakyat Palestin tidak putus-putus berjuang agar anak cucu mereka dapat meWARISI tanah tumpah darah mereka ini?

Kalau mengikut Al Quran, Yahudi telah dibawa oleh Nabi Musa AS ke Baitulmaqdis sebagai mengikut perintah ALLAH SWT yang menganugerahkan TANAH tersebut kepada mereka selepas lari dari Firaun di Mesir.. Kerana keENGKARan bangsa Yahudi ini terhadap ALLAH SWT, akhirnya mereka diHALAU keluar dari bumi Baitulmaqdis .. Bertebaranlah bangsa Yahudi ke serata benua malah hingga ke Madinah di mana terdapatnya Yahudi Bani Nadzir, Bani Quraidzah dan Bani Qainuqa.. Yahudi di Madinah telah dihalau keluar di Khaibar dan hingga sekarang tidak ada Yahudi di Arab Saudi..

Yahudi kembali ke Baitulmaqdis apabila selesai perang Dunia ke-2 kerana kuasa barat KONONnya sebagai ganti rugi peristiwa HOLOCAUST telah memberikan wilayah Baitulmaqdis yang kemudiannya dikenali sebagai Israel kepada mereka.. Ini mengakibatkan berlakunya Perang Arab Israel yang akhirnya berhenti apabila Pesiden Mesir Anwar Sadat melakukan gencatan senjata dengan Israel..Namun demikian, tanah-tanah yang diRAMPAS tidak penah dikembalikan sebaliknya terus dirampas sampai ke hari ini..

'MORAL OF THE HISTORY', kita sebagai orang Melayu dan umat Islam hendaklah memperTAHANkan tanah-tanah milik bangsa kita di negara INI.. Jangan sesekali berMURAH hati menyerahkan sewenang-wenangnya tanah MILIK kita kepada bukan bangsa Melayu walaupun KONONnya dengan tujuan hendak dibangunkan.. TANAH bukan seperti wang, jika terlepas jangan HARAPlah akan ditebus balik dengan MUDAH.. Orang Melayu wajar mendidik anak bangsa mereka agar menyayangi TANAH ibu pertiwi ini..

Tujuan kita menceritakan kisah TANAH Palestin ini pasal kita ingin merujuk tentang dua isu TANAH iaitu tanah KTMB di Tanjung Pagar, Singapura dan tanah di Kampung Baru, KL.. Secara kebetulan pulak, TANAH ini KONONnya akan diBANGUNkan dengan nisbah 60:40, iaitu 60 untuk pemilik asal TANAH dan 40 untuk pihak yang akan memilikkinya..

1) TANAH KTMB TANJUNG PAGAR

Tanah ini strategik kerana TANAH inilah bukti bahawa Singapura mempunyai kaitan SEJARAH dengan Malaysia.. Malah isu TANAH ini sekali-sekala mengeruhkan hubungan antara dua negara.. PM kita telah mengumumkan tanah-tanah KTMB akan diambil alih oleh Singapura dan sebuah syarikat kerjasama dua negara akan membangunkan tanah-tanah tersebut melalui perkongsian 60:40.. Sekali baca, nampaknya perkongsian tersebut tidak akan meRUGIkan negara, berbeza dengan peKONGSIan zaman PM sebelumnya yang KONONnya 'WIN-WIN SITUATION'?..

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PembangunantanahKTMBuntungkannegara/Article/index_html

Namun, setakat MANAkah Singapura boleh dipercayai dalam SOAL ini kerana semua MAKLUM sikap KIASU mereka dalam bab TANAH? Apakah JAMINan kerajaan bahawa Singapura akan KEKAL setuju dengan perkongsian sedemikian sampai bila-bila? Bolehkah kerajaan meyakinkan rakyat bahawa perkongsian sedemikian tidak akan meRUGIkan negara sedangkan KITA telah banyak kali 'diKELENTONG' sebelum ini dalam soal pemilikkan saham GLC negara oleh Temasek Holdings? Bolehkah kita memperTAHANkan hak kita seperti yang dipersetujui sedangkan kita telah pun mendapat 'PENGAJARAN' dalam kes Pulau Batu Putih dan negara Singapura itu sendiri?

1) TANAH MELAYU KAMPUNG BARU

Ini jugak satu lagi kisah NOSTALGIK tentang pemilikkan tanah orang Melayu.. Di KL ini, satu demi satu tanah atau kampung orang Melayu telah hilang KONONnya atas dasar pembangunan.. Kampung Abdullah Hukum dan Kampung Kerinchi dah hilang, tinggal Kampung Baru dan Kampung Datuk Keramat sahaja.. Baru-baru INI, KONONnya atas nama pembangunan, seorang menteri telah mengatakan tanah Kampung Bharu akan diBANGUNkan bersama bukan Melayu atas perKONGSIan 60:40..

http://www.klpos.com/news/2010/05/31/4.html

Mungkin kerana menyedari keMARAHan penduduk, hari nih nampaknya menteri terbabit cuba memperBETULkan keadaan dan memberikan penjelasan seperti berikut..

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=503606

Banyak cara lain untuk membangunkan Kampung Baru tanpa penyertaan pihak LUAR seperti yang dimaksudkan.. Antaranya termasuk menubuhkan KOPERASI sesama pemilik tanah untuk tujuan pembangunan.. Cuma mungkin nak memudahkan kerja dan MALAS fikir panjang, terpaksalah guna pakai NISBAH 60:40 tuh..Kalau Lebai PAS pajak tanah 999 tahun di Perak dan gadai tanah BALAK kepada Cina Singapura di Kelantan, takkanlah kerajaan yang CERDIK ni berfikiran macam diorang kot? Cukuplah dengan nasib malang Melayu di Pulau Pinang! HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan