Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Saturday, June 26, 2010
Mampukah UMNO menjadi platform yang berkesan untuk 40 orang ULAMA ini?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Hari INI terpampang di akhbar-akhbar UTAMA berota dan gambar wakil 40 ulama MUDA yang mempunyai MASTER dah PhD menyerahkan borang keAHLIan UMNO kepada Presiden UMNO DS Najib.. Kita ucapkan SYABAS kepada UMNO kerana berjaya MENARIK golongan ILMUWAN seperti mereka menyertai parti INI.. Syabas jugak kita UCAPkan kepada DS Shahidan Kassim yang bertungkus-lumus menyediakan platform kepada mereka INI dalam UMNO.. TIDAK salah kalau diKATAkan kemasukkan mereka INI ke dalam UMNO sedikit sebanyak meMALUkan PAS yang sering menDAKWA parti mereka 'LEBIH Islam dari orang ISLAM lain'..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0626&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
Namun, kita kena INGAT bahawa UMNO ini adalah parti POLITIK..Dah nama pun parti POLITIK, dah tentulah ada SEPAK-terajangnya, jatuh-menJATUHkan dan FITNAH memFITNAH.. Kita PERCAYA 40 ulama INI sedia maklum dengan perkara INI.. Cuma kita NAK tahulah, adakah UMNO pulak berSEDIA untuk cuba memBUANG perkara-perkara JIJIK dalam POLITIK parti mereka INI atas keSUDIan mereka menerima kemasukkan para ULAMA ini? Adakah UMNO bersedia memBERSIHkan parti mereka seiring dengan kemasukkan mereka INI ke dalam UMNO? Adakah UMNO sedia MENOLAK unsur-unsur peROSAK dalam parti seperti POLITIK WANG, tidak AMANAH, saling memFITNAH dan banyak lagi perkara KEJI?
Kemasukkan para ULAMA muda ini diharap dapat membendung PENGARUH golongan yang berFIKIRan LIBERAL khususnya dalam Pemuda UMNO.. Mereka INIlah yang meROSAKkan perjuangan parti dan mengGANTIkannya dengan amalan-amalan KEJI seperti budaya POLITIK WANG, mengaut keKAYAan atas nama parti dan kerajaan, pecah AMANAH dan banyak lagi perkara yang menJIJIKkan pada mata RAKYAT.. Malah golongan LIBERAL ini jugak sering mencari PUBLISITI murahan dengan bermacam CARA dan mempunyai 1001 WAJAH untuk menipu RAKYAT.. Mereka tidak KONSISTEN kerana tujuan menyertai UMNO bukan kerana INGIN berbakti sebaliknya kerana INGIN menyamun sebanyak MUNGKIN menggunakan PLATFORM parti.. Lihatlah MODUS operandi mereka dalam PAS dan UMNO semasa zaman PM ke-5..
Kita KHUATIR kerana tanda-tanda para ULAMA muda ini cuba dipengaruhi oleh golongan LIBERAL semakin JELAS.. KeHADIRan KETUA PEMUDA PESALAH POLITIK WANG semasa para ULAMA muda INI menyerahkan borang kemasukkan UMNO semalam adalah TANDA bahawa para ULAMA MUDA ini akan diawasi dan akan cuba diperalatkan demi kepentingan POLITIKnya.. Jika golongan ULAMA muda ini berjaya diROSAKkan oleh KETUA PEMUDA PESALAH POLITIK WANG dan KONCO-KONCOnya, jangan HARAPlah objektif ASAL mereka yang menyertai UMNO bertujuan untuk menyumbangkan KHIDMAT dalam bentuk DAKWAH akan tercapai.. Jika keadaan itu berlaku, UMNO akan menjadi lebih TERUK daripada PAS yang sekarang INI semakin menjadi parti SOSIAL sepenuh MASA!
Itu yang kita KHUATIRkan dan itu yang kita HARAPkan tidak akan berlaku dalam UMNO kelak.. Jika PAS yang sebelum INI terKENAL dengan sikap KONSERVATIF mereka dalam memperjuangkan ISLAM pun boleh hilang ARAH dek kerana golongan LIBERAL, apatah lagi UMNO yang sememangnya lebih MUDAH diROSAKkan? Lihatlah sendiri bagaimana PAS pada hari INI menjadi sebuah parti yang mengHIMPUNkan 'ULAMA TUKANG AMPUN DOSA' untuk pelaku DOSA dalam PKR dan DAP? Itulah PENANGAN golongan LIBERAL yang ada dalam PAS.. Oleh itu, seharusnya kumpulan ULAMA muda yang baru menyertai UMNO semalam menjadi BENTENG perTAHANan agar UMNO tidak diROSAKkan seperti PAS.. Jangan sek-sok diorang pun jadik LIBERAL sama, udah le! HE!HE!HE!
Kita mengalu-alukan kenyataan WAKIL kumpulan ULAMA muda ini seMALAM yang menyatakan langkah mereka menyertai UMNO berikutan janji parti itu untuk memastikan pihak ilmuwan dapat meneruskan kerja-kerja dakwah mereka..
"Tawaran seperti ini memang dinantikan oleh sesiapa sahaja. Sebagai seorang penuntut ilmu dan pemberi ilmu memang menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat," kata mereka..
Kita berDOA agar mereka dapat meREALISASIkan hasrat murni mereka tanpa diTENTANG oleh sesiapa pun dalam UMNO.. Ini sekaligus dapat mengembalikan semula kepercayaan RAKYAT kepada UMNO yang telah diROSAKkan oleh golongan LIBERAL sebelum ini.. Kisah daripada HADIS tentang bagaimana orang ALIM boleh diGODA dek Iblis untuk meROGOL dan memBUNUH wajar dijadikan PANDUAN.. Haraplah mereka TEKAD dengan IKTIKAD mereka dalam UMNO ini sampai bila-bila..
Memang BENAR para ULAMA muda ini akan menghadapi keSULITan jika menyertai PAS.. Anda boleh LIHAT sendiri SIAPA yang diberikan 'LEBIH SUARA' dalam PAS.. Siapakah Mat Sabu, Mahfuz dan Husam? ULAMAkah mereka? Tinggi sangatkah tahap pengajian mereka? Salah seorang tuh, SEKOLAH pun TAK LEPAS tapi berLAGAK bagus semacam! HAKIKATnya, mereka yang ada ILMU dalam PAS terpaksa menurut sahaja kehendak dan keMAHUan pihak yang BODO KAYU.. Akibatnya nak memperjuangkan Islam pun jadik CACA-MARBA..
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan