Monday, June 28, 2010

BERANI tak Ketua Pemuda UMNO arahkan ahli-ahli UMNO dalam PERKASA agar tinggalkan pertubuhan itu?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Nampaknya Ketua Pemuda UMNO ini sebenarnya ada sifat 'JAKI' dengan Pertubuhan Pribumi PERKASA (PERKASA).. Ini kerana adalah JELAS bahawa PERKASA mengGERHANAkan Pemuda UMNO sekaligus mengGELAPkan kepimpinannya yang dah sememangnya GELAP itu.. Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang yang berJAWATAN Ketua Pemuda UMNO terhadap sebuah NGO Melayu yang berpengaruh INI jelas mengGAMBARkan bahawa dia KHUATIR segala 'GLAMOUR' dan PUBLISITI yang dinikmatinya dengan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO akan lenyap sedikit demi sedikit..

Adalah jelas bahawa NGO seperti PERKASA bukannya ada kuasa POLITIK pun berbanding dengan Pemuda UMNO.. Namun, pengaruh PERKASA khususnya dikalangan orang Melayu semakin NAIK hari demi hari berbanding dengan Pemuda UMNO.. Kalau sebelum INI orang Melayu menganggap Pemuda UMNO sebagai pelindung BANGSA terutamanya semasa zaman TS Sardon Jubir, Datuk Harun Idris dan TS Jaafar Albar, kali ini orang Melayu sudah mengalihkan SOKONGAN mereka kepada NGO-NGO Melayu seperti PERKASA.. Nyata sekali orang Melayu TIDAK yakin dengan kepimpinan Pemuda UMNO yang diBAYANGi oleh POLITIK WANG..

INI boleh difahami sendiri melalui kenyataan Ketua Pemuda UMNO:-

"Ibrahim Ali, PERKASA punya pendekatan adalah penghalang kepada 1 Malaysia. Konsep 1 Malaysia tidak akan gadaikan orang Melayu tetapi cara yang beliau buat memang tidak memupuk perpaduan seperti yang dituntut 1 Malaysia"

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0626&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm

SOALnya, siapakah yang mengatakan Konsep 1 Malaysia mengGADAIkan orang Melayu? Sebaliknya, kenyataan Ketua Pemuda MCA dalam akhbar The STAR yang menggunakan konsep 1 Malaysia untuk mempertikaikan hak orang Melayu seperti di bawah:-

"If the Government is only doing away with the PSD scholarships but retain the Mara scholarships, this will not be in line with the 1Malaysia concept that the Government is promoting,"

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/6/16/nation/6480034&sec=nation

Datuk Ibrahim Ali dan PERKASA memBANTAH kenyataan tersebut.. Sebaliknya Ketua Pemuda UMNO pulak menganggap Ketua Pemuda MCA tidak melakukan sebarang kesalahan KONONnya kerana kerjasama dalam BN dan cuba putar-belit dengan mengatakan Datuk Ibrahim Ali dan PERKASA yang SALAH faham.. Putar-belit yang tak menjadi pasal semua orang Melayu FAHAM dengan baik kenyataan dalam akhbar The STAR tersebut..

Ketua Pemuda UMNO terus mengeruhkan keadaan dengan mengatakan Datuk Ibrahim Ali sebagai jaguh kampung dan perjuangannya dalam PERKASA sudah dikira LAPUK dalam era GLOBALISASI.. Nampaknya secara TIDAK langsung, Ketua Pemuda UMNO ini sebenarnya PENYOKONG GLOBALISASI dan TIDAK MEMBANTAH KONSEP 1 MALAYSIA DISALAH-TAFSIRKAN OLEH BUKAN MELAYU UNTUK MENGHAPUSKAN HAK ORANG MELAYU.. Bukankah itu yang diMAKSUDkan dalam kenyataannya sendiri? Atau nak BELIT macam mana pulak? Patutle zaman Pak Mertua dia jadik PM, banyak saham GLC negara dijual kepada syarikat Temasek Singapura sebelum dibeli BALIK oleh negara.. GLOBALISASI la tuh.. HE!HE!HE!

Untuk membandingkan keTOKOHan Ketua Pemuda UMNO ini dengan Datuk Ibrahim Ali adalah perkara yang meMALUkan.. Datuk Ibrahim Ali dari dulu lagi terKENAL dengan sikap 'GEDEBE'nya dalam mempertahankan hak-hak orang Melayu.. Dia pernah diTAHAN bawah ISA semasa Operasi Lalang kerana mengHIMPUNkan beribu-ribu orang Melayu di Stiadum Jalan Raja Muda Abdul Aziz yang MARAH akibat seorang pemimpin MCA memperSOALkan hak-hak orang Melayu.. Hari INI apabila menerajui PERKASA, semua maklum di mana saja orang Melayu tertindas, di situ dia dan PERKASA ada..

Bagaimana pulak dengan Ketua Pemuda UMNO ini yang mendapat JAWATANnya walaupun disabitkan dengan keSALAHan POLITIK WANG? Apa yang dah dia lakukan untuk orang Melayu? Nak berDEMONSTRASI pun kena 'HIJACK' dulu DEMONSTRASI yang orang lain anjurkan? Masa Pak Mertua jadik PM, bolehla berLAKON depan Condoleeza Rice.. Sekarang cuba Pemuda UMNO anjurkan apa-apa AKTIVITI pakai NAMA dia, tengok aje la berapa KERAT yang datang.. Itu pun kena keluar duit dulu..

Kita PERCAYA bahawa Ketua Pemuda UMNO ini BENGANG sangat dengan PERKASA pasal tak ada seorang pun kePIMPINan terTINGGI UMNO TURUT bersama-samanya mengKRITIK Datuk Ibrahim Ali dan PERKASA.. Dia keseorangan dalam ISU ini walaupun dia pakai nama 1 Malaysia.. Yang sokong dia dari JAUH pun si Mamak BALACI tuh.. KESIAN dia..... KAH!KAH!KAH!

Sebelum ini Timbalan Presiden UMNO pernah mengatakan "SAYA MELAYU DAHULU".. Jika kita ambil kira pemahaman konsep 1 Malaysia oleh Ketua Pemuda UMNO ini, TIDAKkah Timbalan Presiden UMNO jugak dikira tidak mengikut KONSEP 1 Malaysia dan dikira LAPUK dalam era GLOBALISASI? HE!HE!HE!

Kalau dah 'JAKI' sangat dengan Datuk Ibrahim Ali dan PERKASA, apakata kita MINTAK DIA ARAHKAN AHLI-AHLI UMNO YANG MENYERTAI PERKASA AGAR KELUAR DARI PERTUBUHAN TERSEBUT.. Kita MINTAK dia buat sidang AKHBAR atau kenyataan terbuka untuk keluarkan ARAHAN tersebut.. Di sini kita boleh SAKSIkan sendiri seramai mana ahli-ahli UMNO yang menganggotai PERKASA akan mematuhi arahannya.. Agak-agak dia BERANI buat tak? HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan