Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Sunday, July 11, 2010
Apa sudah jadi dengan KPI setiap Kementerian? Dah dibakul-sampahkan pulak ke?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Sudah LAMA kita tak dengar tentang KPI para Menteri.. Mengikut OBJEKTIF asalnya, KPI untuk para Menteri diWUJUDkan untuk memastikan prestasi setiap kementerian mencapai standard yang ditetapkan.. Bekas KM Pulau Pinang telah diTUGASkan untuk mengukur dan memantau keberkesanan KPI setiap kementerian yang wujud dalam kabinet 1 MALAYSIA PM kita..
http://www.1malaysia.com.my/latest-news/kpi-menteri-di-jpm-dr-koh-tsu-koon-dipantau-pmbm
Keuwujudan KPI seperti ini adalah BAIK.. Soalnya, setakat MANAkah rakyat dapat menilai keberkesanannya? Adakah memadai dengan kenyataan MEDIA setiap Menteri dengan mengatakan "Kementerian saya baik-baik saja," sedangkan rakyat pulak melihat sebaliknya?
Kalau diteliti, setiap kementerian diwujudkan untuk menangani setiap aspek yang boleh dikawal dalam sesebuah NEGARA.. Sebagai contoh, jika ada masalah berkaitan dengan jalan atau struktur pembinaan, ada kementerian yang bertangung-jawab.. Begitu jugaklah dengan aspek seperti pendidikan, keselamatan, pekerjaan dan banyak lagi.. Masing-masing ada kementerian yang diwujudkan.. Cuma yang menjadi persoalan adalah setakat manakah ketelusan kementerian ini melaksanakan tanggung-jawab mereka seperti yang digariskan?
Kita katakan sedemikian kerana kita melihat MASIH banyak 'KELOMPONGAN' atau 'KETIRISAN' yang berlaku dalam beberapa kementerian.. Perkara INI bukan sukar sangat pun untuk diNILAI.. Anda hanya perlu keluar bersiar-siar sekitar KL dan anda akan dapati BANYAK perkara yang sepatutnya menjadi tanggung-jawab kementerian tertentu tetapi seolah-olah TIDAK ada sebarang tindakkan yang diambil.. Berikut adalah beberapa SENARIO yang boleh dilihat setiap hari:-
1) Jika anda seorang pejalan kaki, anda akan dapati terlampau BANYAK sampah sarap yang gagal diuruskan dengan berkesan oleh pihak berkuasa tempatan.. Malah, anda boleh melihat sampah sarap di jejantas, celah-celah tanaman hiasan, di kaki lima dan di lorong-lorong.. Tidak ada sesiapa pun yang membersihkannya dan SAMPAH sarap bertambah setiap hari.. Bukankah KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR seharusnya mengambil langkah PROAKTIF untuk menyelesaikan keadaan JIJIK ini? Tidak MALUkah kita memPROMOSI KL sebagai destinasi pelancongan tetapi SAMPAH SARAP tidak terURUS?
2) Pengemis dan golongan 'HOMELESS' jugak semakin ramai di KL.. Anda boleh melihat kelibat mereka ini setiap hari di Bukit Bintang, sekitar Jalan Tun Razak dan Jalan Ampang, Chow Kit, Pudu dan sekitar masjid-masjid utama di KL.. Apa ini? Adakah ini menunjukkan KL setaraf dengan London? Baru-baru ini sebuah Rumah Kebajikan di Titiwangsa diarahkan pindah.. Di manakah kePRIHATINan KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT? Atau cukup sekadar Menterinya tayang muka bermekap tebal kat TV sahaja?
3) Harga rumah sekitar KL sudah mencecah RM 200,000 walaupun untuk sebuah apartment.. Semakin sukar untuk golongan berpendapatan sederhana untuk memilikki rumah di KL.. Malah, jika beli rumah '2nd HAND' pun, mereka pasti menghadapi masalah dengan urusan guaman yang dilihat sengaja melengah-lengahkan urusan tukar milik hingga ada yang terpaksa membayar kepada BANK walaupun belum menerima KUNCI rumah yang dibeli.. Tidak ada sesiapa pun yang memberikan perlindungan kepada golongan INI.. Namun, KL juga menyaksikan pertambahan KONDOMINIUM dan 'SERVICE APARTMENT'yang teramat MEWAH dan sudah tentu bukan untuk golongan berpendatan sederhana.. Rakyat sendiri MEREMPAT, orang asing diRAI sebegitu rupa? Adakah KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN diwujudkan untuk orang asing dan golongan KAYA sahaja?
4) Gejala SOSIAL jugak semakin BURUK di KL.. Anda boleh melihat pelajar sekolah PONTENG dan menghisap ROKOK pada waktu persekolahan di sekitar stesen LRT, pusat membeli-belah dan tapak konsert.. Mungkin KEMENTERIAN PELAJARAN terlampau SIBUK untuk meMANSUHkan PMR dan UPSR selepas berjaya meMANSUHkan PPSMI hingga Menterinya terlepas pandang perkara sebegini?
5) Itu belum lagi kita sentuh tentang penguat-kuasaan oleh pihak berkuasa di bawah KDN meliputi tentang JENAYAH, penguat-kuasaan tentang harga dan kualiti barangan pengguna di bawah seliaan KPDNKK dan rungutan pengguna terhadap KUALITI serta harga tambang pengangkutan awam seperti TEKSI di bawah LPKP.. Semua KEMENTERIAN dan AGENSI ini seolah-olah GAH pada NAMA tetapi tidak pada TUGASAN mereka.. Anda boleh melihat setakat mana penguat-kuasaan mereka di sekitar KL..
Itu baru SENARIO sekitar KL.. Belum lagi SENARIO melibatkan seluruh NEGARA.. Kalau takat KL sahaja kita sudah boleh MENILAI tahap keberkesanan sesuatu kementerian dan tahap keRAJINan para menterinya turun padang, bagaimana pulak agaknya jika diambil kira KPI mereka di seluruh negara? Nak PM kena turun padang baru nak bekerja? Agaknya para menteri ini INGAT jawatan mereka tuh PUSAKA tok nenek diorang agaknya.. Bila KALAH PRU, salahkan rakyat?
Hari INI kita melihat para menteri yang rata-ratanya diWARISI daripada era PM ke-5 langsung tidak DINAMIK, lemah dan sibuk menjaga KARIER POLITIK masing-masing.. Ada jugak yang sibuk dok selit nama dalam KONTRAK atau projek sana-sini dengan harapan jika KABINET 1 Malaysia ini tumbang PRU-13 atau nama mereka diGUGURkan nanti, mereka masih 'MASYUUUKKK!!'.. Yang kesiannya RAKYAT la.. Kualiti HIDUP tak berubah, negara dah semakin HANCUR..
Wallahualam..
zmn skrg nie..mnteri2 yg ade bkn sbuk nk tlg PM..tp sbuk nk pnuhkn poket sndri...rkyat d bior kn aje..yer laa...yg pntg poket sndri..bkn nye kebajikan rkyat...
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteMacam tu le Menteri Malaysia.. Fulus nak, pangkat nak, keje suruh orang lain buat..
Wallahualam..