Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Thursday, July 29, 2010
Penglibatan guru dalam POLITIK - Jangan setakat tahu CAKAP aje..
ASSAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Kalau diimbas kembali zaman PRA-KEMERDEKAAN dahulu, kita akan dapati bahawa golongan pendidik merupakan TERAJU utama dalam saf kepimpinan UMNO pada masa itu.. Boleh dikatakan UMNO pada zaman tersebut hinggalah kepada zaman PASCA-KEMERDEKAAN didokong oleh golongan pendidik yang bersemangat NASIONALISME terhadap negara.. Ramai TOKOH-TOKOH terawal UMNO pada masa itu terdiri daripada bekas golongan pendidik.. Antaranya allahyarham Ibu Zain, allahyarham Za'ba, allahyarham Tan Sri Fatimah Hashim dan allahyarham Tun Ghafar.. Semangat untuk memajukan anak bangsa dilihat sebagai satu bentuk MOTIVASI untuk golongan pendidik pada masa itu menyertai UMNO..
Namun, disebabkan tuntutan untuk memajukan NEGARA dan demi melahirkan lebih banyak MODAL INSAN berkualiti untuk memajukan NEGARA, penglibatan GURU dalam POLITIK telah dihadkan.. Tujuannya agar golongan pendidik ini lebih FOKUS terhadap tugas sebenar mereka dan menumpukan sepenuh perhatian kepada bidang PENDIDIKAN.. Ini menyaksikan kurangnya penglibatan guru dalam POLITIK hingga menyebabkan golongan korporat menguasai arena POLITIK negara khususnya dalam UMNO.. Namun, pada masa itu UMNO memang KUAT dan tanpa penglibatan golongan pendidik pun UMNO mampu untuk menjadi parti POLITIK yang berkesan..
Ada PRO dan KONTRA apabila kerajaan kembali memberi keBENARan untuk guru lepasan IJAZAH boleh aktif dalam POLITIK dengan syarat mendapat kebenaran bertulis KSU terlebih dahulu.. Penglibatan guru dalam POLITIK dari satu aspek membolehkan dasar-dasar kerajaan diperjelaskan kepada RAKYAT dengan lebih menyeluruh..
http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_19c1e61c-7f000010-1d956ad0-b92cf8c9
Namun demikian, yang NEGATIFnya dikhuatiri golongan pendidik ini sibuk berPOLITIK dan menjadikan sekolah sebagai medan untuk memecah-belahkan RAKYAT seawal usia lagi.. Bukan perkara BARU pun jika kita katakan pada hari ini kecenderungan berPOLITIK seseorang guru menyebabkan ada murid-murid mereka diLATIH untuk membenci tokoh-tokoh POLITIK tertentu.. Bukan PELIK jika ada murid-murid yang tidak tahu POLITIK dilatih untuk memijak gambar tokoh-tokoh POLITIK khususnya dalam UMNO.. Anda boleh TANYAkan ini kepada beberapa bekas guru dalam PAS dan PKR.. Takkan diorang tak tau pulak? HE!HE!HE!
Penyalah-gunaan ini sememangnya berlaku dan sering terbawa-bawa oleh guru yang GAGAL membezakan antara POLITIK dan tugasan HAKIKI mereka.. Sekolah yang sepatutnya menjadi tempat penyatuan dan BEBAS POLITIK telah menjadi medan untuk menyemarakkan perpecahan bersandarkan fahaman POLITIK.. Oleh itu, kita WAJAR bertanyakan kepada kerajaan, sejauh MANAkah pemantauan atau KAWAL SELIA yang akan dikenakan jika berlaku SALAH-LAKU oleh golongan pendidik ini seperti yang dinyatakan? Siapakah yang akan memantau dan memastikan golongan pendidik yang diberikan kebenaran untuk AKTIF dalam POLITIK tidak menyalah-gunakan kebenaran INI demi kepentingan POLITIK SEMPIT mereka?
Sekarang ini sudah menjadi keLAZIMan khususnya di peringkat pengajian tinggi untuk kita melihat ada golongan pendidik seperti pensyarah menyemaikan keBENCIan terhadap kerajaan kerana fahaman POLITIK SEMPIT mereka.. Malah, gejala ini sudah pun mnular di peringkat sekolah sedikit demi sedikit.. Ini berlaku kerana LEMAHnya pemantauan oleh pihak kementerian.. Tambah pulak Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Pelajaran sebelum ini diterajui oleh TOKOH yang LEMAU dan tidak TEGAS macam biskut masuk angin.. Mungkin DS Najib patut menilai semula KESESUAIan perlantikkan orang POLITIK dari Johor sebagai Menteri Pengajian Tinggi dan Menteri Pelajaran termasuk dari zaman PM ke-5 lagi..
Untuk itu, sepatutnya kerajaan merangka garis panduan atau MEKANISME yang KETAT bagi mengawal kegiatan berPOLITIK para guru ini agar tidak merosakkan institusi pendidikan NEGARA.. Bukan itu sahaja, PEMANTAUAN oleh Jabatan Pendidikan dan Jabatan Perkhidmatan Awam jugak perlu dilakukan dengan lebih KERAP, TEGAS dan TELUS.. Sepatutnya satu bentuk 'AKUJANJI' dikuatkuasakan untuk golongan pendidik yang ingin melibatkan diri dalam POLITIK.. Kerajaan seharusnya tahu bahawa 'KETERBUKAAN' yang dipraktikkan oleh PM ke-5 sebelum INI telah menghancurkan UMNO dan kerajaan.. Adakah kali INI kerajaan ingin mengulangi SEMULA 'keBODOHan LAMPAU' dengan memberikan keBEBASan tanpa PEMANTAUAN?
-> TERINGIN JUGAK NAK TENGOK APA AKAN JADI TERHADAP GURU YANG DIDAPATI BERSALAH MELAKUKAN KESALAHAN POLITIK WANG SEMASA PEMILIHAN PARTI! HE!HE!HE! <-
Wallahualam..
Di peringkat awalnya UMNO, ramai guru yg menjadi ketua cawangan, ketua bahagian dan pegang berbagai jawatan dlm parti. Di masa itu, tidak ada politik wang. Sebab guru adalah orang yg terpelajar dan memang sudah terlatih utk memimpin orang. Guru2 membuat kerja2 parti dgn rela dan ikhlas dan tidak berlaku salah guna kuasa dan korupsi.
ReplyDeleteKemudian, ahli2 korporat yg keparat telah mengambil alih jawatan2 parti di peringkat cawangan dan bahagian. Maka mulalah, ketua2 parti ini menabur duit utk mendapat sokongan. Mereka memegang jawatan hanya utk dapat habuan spt lesen2 perniagaan, lesen lori, AP, saham percuma, dll.
Jadi sekarang, UMNO perlulah berubah dan jatuhkan semua ketua2 cawangan dan bahagian yg terdiri dpd ahki1 korporat dan gantikan dgn orang2 yg tidak ada kepentingan diri dan sanggup berkerja utj rakyat.
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteSekarang ini semua orang nampak DUIT aje.. Budaya DUIT yang dipupuk oleh beberapa kerat ahli UMNO telah pun memakan diri..
Memang UMNO kena berubah, tetapi berapa kerat pulak yang jadik ahli UMNO sedar mereka kena berubah?
Wallahualam..
Saya bimbang perkara seperti ini akan memburukkan lagi soal pembinaan negara yang sehingga kini tidak dapat di tangani oleh Sistem atau Dasar Pendidikan Negara yang ada. Sememangnya dasar ini patut dirombak rawat lama dulu lagi.
ReplyDeleteApabila anak-anak kecil tidak terdidik dengan sewajarnya, maka akan hancurlah sesebuah negara itu dengan pelbagai gejala yang tidak diingini.