Monday, July 19, 2010

Perpaduan Melayu hanya boleh diREALISASIkan jika dua orang ini 'DIBERESKAN' dahulu..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sejak akhir-akhir INI, sering kedengaran orang-orang POLITIK kita mengungkapkan ISTILAH 'Perpaduan Melayu' untuk menggambarkan betapa PENTINGnya orang Melayu kita bersatu dan memperTAHANkan hak-hak bangsa mereka di negara INI.. Kita SEDAR betapa kedudukan orang Melayu sebagai penduduk ASAL negara ini sedang terancam dan dipertikaikan hampir setiap HARI dengan bermacam CARA.. Ya, kita sebenarnya sedang berPECAH-belah sesama sendiri dan perbuatan INI jelas sekali meRUGIkan.. Namun, kerana orang POLITIK kita meletakkan kepentingan POLITIK sempit merekalah yang menyebabkan keadaan seperti ini berlaku..

SUSAH sangatkah untuk orang Melayu BERSATU? Dulu mungkin SENANG, tetapi sekarang INI rasanya SUKAR untuk meralisasikannya.. Anak-anak muda Melayu diLALAIkan dengan pelbagai BENTUK hiburan yang meROSAKkan jati diri mereka.. Kemudian muncul pulak golongan Melayu LIBERALISME dalam UMNO, PAS dan banyak sekali dalam PKR yang memperSOALkan kenapa mereka diLAHIRkan sebagai orang Melayu? Kenyataan BODOH yang sentiasa diulang depan para 'RACIST' dan KIASU demi mendapatkan secebis SOKONGAN mereka yang tidak seberapa pun.. Jika ada pulak NGO Melayu cuba bangkit memperTAHANkan hak-hak Melayu, mereka diLABEL pulak oleh orang-orang POLITIK ini sebagai perkauman.. Sedangkan kaum lain berbuat sedemikian, tak pula diLABEL sebegitu?

Jika ADA usaha untuk menyatu-padukan orang Melayu, ADA pulak pihak yang cuba memecah-belahkan penyatuan yang diUSAHAkan.. UMNO sebagai parti utama Melayu cuba mengHULURkan tangan kepada PAS sebagai tanda perpaduan, tetapi Pok Nik 'ALAIHISSALAM' pulak menepis tangan tersebut dengan ALASANnya UMNO dilihat kurang ISLAM berbanding puak-puaknya..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

ALASAN Pok Nik sebenarnya TIDAK lebih seperti alasan orang yang MAMAI dan boleh diperSETANkan.. Siapa Pok Nik tuh untuk bercakap tentang ISLAM? Ada 1.8 bilion orang umat ISLAM di dunia ini, TOLAK beberapa kerat Lebai DUNGU dalam PAS, berapa ramaikah umat ISLAM seluruh dunia yang mengIKTIRAF Pok Nik sebagai jurucakap ISLAM? Adakah Arab Saudi, Mesir, Jordan atau Brunei yang dekat dengan kita merujuk kepada Pok Nik dalam sebarang PERKARA berkaitan ISLAM? Hanya puak-puak La'anatullah dalam parti 'RACIST' KIASU sahaja yang merujuk Pok Nik - ITU pun dengan tujuan untuk mengHALALkan apa yang HARAM dan sebaliknya!

Sepatutnya Pok Nik bukanlah perlu diLIHAT sebagai sumber rujukan pun.. Malangnya kerana UMNO sendiri seolah-olah mengakui bahawa mereka KURANG ISLAM berbanding Pok Nik dan rakan-rakannya, maka MUDAHlah Pok Nik mempermainkan UMNO setiap kali isu PERPADUAN MELAYU dibangkitkan.. Tambah pulak Pok Nik nih memang menyalahkan UMNO punca PAS diTOLAK keluar dari BN tahun 1977 dahulu.. Sepatutnya UMNO menDEDAHkan apa punca sebenar PAS ditendang keluar dari BN tahun 1977 dahulu.. Kita amat PERCAYA dan YAKIN jika sejarah tersebut diDEDAHkan kembali, semua akan TAHU Lebai PAS inilah makhluk peROSAK bumi yang dahsyat..

Namun, kita jugak YAKIN dengan keadaan jentera penerangan UMNO yang LEMBAB dan dipenuhi dek unsur-unsur POLITIK WANG, mereka tidak akan melakukan apa-apa pendedahan pun.. Malah, lebih RAMAI para pemimpin UMNO sendiri bersikap acuh tak acuh dengan usaha perpaduan Melayu ini walaupun PM dan TPM dilihat bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya.. Ada pulak pemimpin UMNO seperti 'The HATCHET Man' yang mengatakan NGO Melayu seperti PERKASA sebagai 'RACISM' apabila mereka yang cuba mempertahankan hak-hak orang Melayu?

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/7/14/parliament/6659665&sec=parliament

Malah ini bukan kali PERTAMA pun 'The HATCHET Man' memperlihatkan sikap perMUSUHan terhadap NGO-NGO Melayu seperti ini..

http://www.pribumiperkasa.com/perkasa/?p=1418

Sebelum ini pun BANYAK kali dia memperlekehkan Melayu dalam isu PPSMI, isu Satu Sekolah untuk Satu Negara dan isu penggunaan Kalimah ALLAH oleh penerbitan Kristian.. Macam orang MEROYAN pun ada.. Kenapa dia nampak ANTI sangat dengan 'M-E-L-A-Y-U' sedangkan parti UMNO sendiri ada perkataan 'MALAY' atau 'MELAYU' pada namanya? Kalau PESALAH POLITIK WANG dalam UMNO bersikap begini kita FAHAMlah pasal dia KEMARUK nak jadi Menteri, tapi dia nih seolah-olah macam nak tunjuk KONONnya dia tuh 'orang ke-3 terPENTING' selepas PM dan TPM.. Sedangkan dia sorang aje yang PERASAN macam tuh!

Selain Pok Nik, 'The HATCHET Man' ini jugak merupakan orang yang menghalang AGENDA PERPADUAN MELAYU.. Jika UMNO benar-benar IKHLAS mahukan perpaduan Melayu, UMNO harus memikirkan cara untuk menDIAMkan kedua-dua orang nih dulu.. Kita jugak menyarankan agar UMNO meminta 40 orang ULAMA muda yang baru menyertai UMNO sebelum INI agar turut SAMA berusaha memupuk perpaduan Melayu dan ISLAM.. Bukankah ini TUJUAN mereka menyertai UMNO dan ini jugak TUJUAN UMNO menerima mereka?

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan