Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Friday, July 23, 2010
Rakyat MELUAT dengan UMNO ke atau MELUAT dengan beberapa KERAT pemimpin UMNO?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Banyak kali dah disebutkan dalam BLOG ini.. RAKYAT tidak pun MELUAT dengan UMNO.. Sebaliknya rakyat MELUAT dengan GELAGAT beberapa pemimpin UMNO yang GILAkan KUASA, berebut pangkat dan mengutamakan kepentingan PERIBADI berbanding kepentingan parti.. Itulah PUNCA utama kenapa UMNO dan BN ditolak sampai nyawa-nyawa ikan dalam PRU-12 dan banyak PRK sebelum ini.. Jika kita IMBAS balik, adakah itu disebabkan parti atau disebabkan INDIVIDU yang berada di dalam parti? Itu yang perlu kita kita fahami dahulu sebelum membuat interpretasi yang kurang TEPAT..
Apabila DS Najib mengatakan bahawa orang tidak MELUAT dengan UMNO, ya memang BETUL.. UMNO atau mana-mana parti POLITIK sudah tentu menyatakan objektif penubuhan mereka adalah untuk memperjuangkan tuntutan rakyat, menyokong perlembagaan negara dan sebagainya yang diLIHAT mendatangkan kebaikkan kepada RAKYAT.. Kalau kita BACA setiap perlembagaan untuk setiap parti dalam NEGARA, memang TIDAK ada parti yang boleh dikatakan menDATANGkan keBENCIan kepada RAKYAT.. Semua BAIK aje.. Jadik TEPATlah kalau dikatakan RAKYAT tidak MELUAT kepada UMNO atau apa-apa parti sekali pun..
http://agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_f64934bb-7f000010-1d956ad0-50896d01
Namun, siapakah yang mengendalikan sesebuah parti? Dah tentulah ianya dilakukan oleh manusia kan? Adakah manusia tuh disukai oleh manusia lain terutamanya RAKYAT? Belum tentu rasanya.. Tambah pulak semasa BN nyaris KALAH TERUK tahun PRU-12 lalu, hampir seluruh RAKYAT dan PENGUNDI rasa MELUAT dengan beberapa INDIVIDU dalam UMNO yang menggunakan hubungan kekeluargaan untuk menguasai UMNO seterusnya NEGARA.. Apabila INDIVIDU yang sama mendapat jawatan dalam parti melalui CARA yang dipertikaikan seperti AMALAN POLITIK WANG, ini membuatkan RAKYAT makin MELUAT dan terus menolak UMNO menerusi beberapa PRK..
Kalau kita lihat PRESTASI UMNO sebagai sebuah parti setakat INI, adakah ianya disebabkan oleh PARTI atau disebabkan oleh INDIVIDU? Adakah UMNO merasakan parti mereka sudah BERSIH sedangkan beberapa INIDVIDU pembawak MASALAH dalam parti masih diKEKALkan dan diLAYAN macam anak RAJA? Kerja tak tahu nak BUAT sebaliknya dok GILA GLAMER, sibuk cari PUBLISITI murahan dan sekali-sekala buat kenyataan MEDIA yang menJATUHkan REPUTASI parti sendiri.. Pemimpin parti seperti ini sebenarnya bukan diNILAI oleh ahli-ahli UMNO sahaja, seluruh pengundi dan RAKYAT turut sama membuat penilaian terhadap mereka.. Ini akan menimbulkan PERSEPSI yang tidak baik di mata mereka.. Janganlah BEBAL sangat macam pemimpin UMNO yang SORANG nih..
http://umno-online.com/?p=15340
Sesetengah pemimpin UMNO melihat parti mereka sebagai PLATFORM untuk KUMPUL HARTA dan mengejar keDUNIAan.. Itulah yang menyebabkan RAKYAT marah dan menolak UMNO.. Rakyat TIDAK mahu UNDI dan SOKONGAN yang diberikan oleh mereka dipersia-siakan untuk sekerat DUA pemimpin UMNO seperti ini.. RAKYAT tidak melihat mereka BODOH dan UMNO sahaja yang pandai.. Malah, lebih ramai RAKYAT biasa yang jauh LEBIH pandai daripada beberapa KERAT pemimpin UMNO yang melakukan perkara seperti dinyatakan.. Setakat LULUS Sains Politik dari Oxford, apalah sangat.. Ada RAKYAT biasa yang LULUS bidang Sains Nuklear, Kejuruteraan Nano dan banyak lagi tetapi TIDAK pun GAH sekampung macam para pemimpin UMNO tersebut?
Pemimpin sebegini seHARUSnya tidak diberi tempat dalam UMNO kerana sejak dulu lagi perjuangan UMNO berorientasikan perjuangan RAKYAT dan mempertahankan hak-hak orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan NEGARA.. Pemimpin UMNO yang berMASALAH seperti itu seharusnya diTENDANG keluar dari parti atau diberikan borang kehalian PKR atau PAS.. Namun, kita PERCAYA yang UMNO tidak akan berbuat demikian kerana 'DENIAL SYNDROME' yang amat HEBAT melanda pemikiran kepimpinan mereka.. Sedangkan UMNO pasti PULIH secara AUTOMATIK jika menolak pemimpin-pemimpin seperti yang dimaksudkan.. Pilihan di tangan ahli-ahli UMNO..
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan