Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Thursday, July 08, 2010
UMNO patut adakan Pemilihan Parti sebelum menghadapi PRU-13
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Nampaknya semakin RAMAI para pemimpin politik KHUSUSnya dalam UMNO menjangkakan pilihanraya UMUM ke-13 akan berlaku dalam masa terdekat.. Malah, ada yang 'CONFIDENT' seolah-olah UMNO akan kembali meraih SOKONGAN rakyat jika perlaku PRU dalam masa terdekat.. Sebab itulah jika kita LIHAT perkembangan mutakhir, semakin RAMAI para pemimpin cuba mencari PUBLISITI MURAHAN dengan cuba memPROMOSIkan diri agar dikekalkan sebagai calon.. Walaupun rakyat MAKLUM, fungsi mereka baik dalam kerajaan mahu pun dalam parti TIDAK lebih sekadar patung KAYU - hanya berfungsi bila digerakkan..
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=510845
Kita TAK nafikan sokongan terhadap UMNO di Felda dan beberapa kawasan mungkin sudah PULIH, namun itu belum mencukupi untuk mengatakan UMNO dan BN boleh MENANG selesa jika diadakan PRU.. Malah selain beberapa masalah dalam KOMPONEN BN yang dilihat masih GAGAL memulihkan prestasi parti masing-masing, UMNO sendiri masih menghadapi masalah 'PERSEPSI' terutamanya apabila masih ramai RAKYAT yang beranggapan UMNO masih belum BEBAS dari POLITIK WANG.. Malah, sokongan golongan MUDA terhadap UMNO juga masih diRAGUkan kerana mereka melihat ramai pemimpin UMNO terutamanya dalam Pemuda UMNO yang mengamalkan sikap ELITIS, berLAGAK tak KENA tempat, ANGKUH dan menunjuk-nunjuk..
Masalah 'PERSEPSI' ini mustahil dapat diselesaikan melalui PRU.. Malah, jika UMNO terus menghadapi PRU tanpa mengambil TINDAKKAN memBERSIHkan diri, RASAnya UMNO tidak akan mencapai keputusan yang BAIK sangat.. Rasanya keputusan PRU-12 sebelum ini akan berpanjangan ke PRU-13.. Mungkin satu dua negeri dapat diambil balik tetapi mungkin lebih banyak 'KERUSI SELAMAT' milik UMNO akan terlepas lagi.. Ramai di kalangan pemimpin UMNO sendiri tidak melihat masalah INI sebagai KRONIK.. Sebab tu lah kita lihat mereka INI sering membuat kenyataan berbentuk 'POPULIS' - hanya nak PUBLISITIkan diri sendiri sahaja..
Satu-satunya cara untuk UMNO memulihkan kembali parti dari MASALAH ini hanyalah dengan mengadakan Pemilihan UMNO sebelum PRU ke-13 agar barisan kepimpinan parti yang diwarisi dari ERA PM ke-5 dapat diTUKAR dan dibarisi oleh pemimpin yang benar-benar mewakili akar umbi.. Sistem pengundian BARU yang bakal memperlihatkan pemimpin UMNO peringkat cawangan memilih sendiri pemimpin mereka di peringkat PUSAT mungkin BOLEH mengeluarkan UMNO dari masalah 'PERSEPSI' ini.. UMNO tidak perlu ragu-ragu untuk mengadakan Pemilihan UMNO jika mereka mahu memBUKTIkan parti ini TELUS dan mendengar kata-kata ahli di peringkat akar umbi.. SOALnya, beranikah UMNO berbuat sedemikian? Atau UMNO masih lagi mementingkan pendapat segolongan KECIL pemimpin parti yang HIPOKRIT tetapi 'CASH-RICH'?
Hanya ahli-ahli parti diperingkat akar umbi yang mampu mengembalikan UMNO kepada landasan perjuangan ASAL mereka.. UMNO yang dikuasai oleh golongan 'CASH-RICH' dilihat GAGAL membela nasib dan MARUAH pengundi-pengundi SETIA mereka iaitu orang Melayu.. Orang Melayu diperlekehkan di mana-mana, di Pulau Pinang orang Melayu diusir dari kampung-kampung tradisi, Sultan-Sultan Melayu diperkecilkan dan orang-orang Melayu cuba dipinggirkan dalam segenap aspek baik pekerjaan mahu pun pelajaran.. Namun, UMNO dilihat bersikap acuh tak acuh membela pengundi SETIA mereka ini.. Malah, apabila ada NGO seperti PERKASA cuba membawa ke hadapan masalah-masalah ini, ADA pulak pemimpin UMNO kategori 'BANGSAT' yang menolak usaha INI dengan mengatakan ianya tidak selaras dengan KONSEP 1 Malaysia?
Dengan PERSEPSI buruk sedemikian RUPA, adakah UMNO masih 'CONFIDENT' pemimpin mereka diterima pengundi? Adakah UMNO yakin meraih undi orang Melayu 100% sedangkan PRK sebelum ini menyaksikan banyak 'KERUSI SELAMAT' milik UMNO yang ramai pengundi Melayu terlepas? Adakah UMNO masih ingin menyimpan golongan 'CASH-RICH' yang berterusan meROSAKkan parti sedangkan mereka langsung TIDAK menghayati objektif asal perjuangan parti?
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan