Tuesday, July 06, 2010

Alkisah HIKAYAT Pok Nik meRINDUkan nak naik 'ROKET' pergi ke 'BULAN'...


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Seiapa yang LAHIR dan memBESAR di Malaysia ini sudah pasti sekurang-kurangnya SEKALI pernah membaca atau mendengar CERITA DONGENG kisah burung pungguk meRINDUkan BULAN.. Melainkan kalau anda LAHIR di luar negara dan berpendidikan OXFORD, mungkin anda tak tahu pun tentang cerita DONGENG ini.. Mungkin anda diHIDANGkan dengan cerita-cerita AESOP Fables atau Brother Grimm seperti mana anak-anak 'WESTERN' yang lain.. Tu pasallah bila orang macam nih kembali dan cuba berPOLITIK di negara INI, dia dilihat janggal dan JAHIL dalam segala macam perkara.. HE!HE!HE!

Dongeng ASAL kisah burung pungguk meRINDUkan bulan menceritakan tentang seekor burung pungguk yang KONONnya ternampak seorang puteri kayangan di permukaan BULAN.. Setiap kali malam bulan mengambang, burung pungguk itu TIDAK pernah 'MISS' untuk menatap wajah puteri tersebut di permukaan bulan.. Namun demikian, burung pungguk TIDAK diizinkan ke bulan selagi dia tidak menJUMPAi barangan puteri tersebut yang dipercayai jatuh di bumi.. Akhirnya, burung pungguk hanya mampu meRINDUi puteri tersebut dari jauh setiap kali bulan mengambang.. Terciptalah sepatah peribahasa Melayu berbunyi "IBARAT PUNGGUK MERINDUKAN BULAN"..

Namun demikian, pada ZAMAN MODEN ini pun ada jugak KISAH seakan-akan seperti kisah burung pungguk merindukan bulan INI.. Dipendekkan cerita, kisahnya BEGINI:-

############################################################

ALKISAH selepas berAKHIRnya PRU ke-12, adalah seorang TUA bernama Pok Nik yang mengetuai parti BULAN hingga mencapai kejayaan CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG dalam pilihanraya tersebut.. Untuk mengekalkan kejayaan tersebut, Pok Nik telah sanggup berpakat dengan parti MATA LEBAM dan parti ROKET untuk membentuk satu pakatan bagi merealisasikan harapan untuk menguasai TAKHTA negara di Putrajaya.. Walaupun dasar perjuangan parti BULAN jauh berbeza dengan dasar LIBERALISME parti MATA LEBAM dan parti ROKET, Pok Nik sanggup memBUANG dasar parti BULANnya demi menjalinkan SILATURRAHIM dengan mereka.. Hinggakan Pok Nik sudi 'MENYUCIKAN' mana-mana ahli parti-parti tersebut yang melakukan DOSA seperti bersekedudukan, 'menJUBOR' dan sebagainya..

Depan PENYOKONGnya bukan MAIN lagi Pok Nik berKEMPEN bahawa dasar perjuangan parti BULAN jauh lebih ISLAM daripada parti LAWANnya.. Malah Pok Nik jugak mempunyai OBJEKTIF yang jauh lebih HEBAT untuk membawa parti BULANnya ke BULAN apabila tiba masa BULAN mengambang.. Untuk meREALISASIkan hajatnya, Pok Nik menegaskan depan PENYOKONGnya bahawa pentingnya mereka berKAWAN dengan parti MATA LEBAM supaya dapat meLIHAT destinasi mereka iaitu BULAN dan parti ROKET pulak agar dapat menjadi kenderaan mereka untuk ke BULAN.. Begitu BESAR sekali hajat Pok Nik.. Malah, Pok Nik pernah mengatakan bahawa parti ROKET tidak lagi memusuhi dasar ISLAM parti BULAN seperti sebelum INI..

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26581:qjangan-lupa-undi-dapq-nik-aziz&catid=1:utama&Itemid=50

Tiba-tiba pulak, HARI nih terkejut BERUK semua Lebai parti BULAN apabila Pengerusi parti ROKET menyatakan mereka langsung TIDAK bersetuju dan TIDAK pernah SOKONG dengan KONSEP perjuangan parti BULAN.. Malah, dia meminta pulak agar parti BULAN mengHORMATi dan berSETUJU dengan perjuangan parti ROKET yang SEKULAR..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0705&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_18.htm

Apa nak dikata? MALU BESAR le JAWABnye Pok Nik.. Ada jugakla kelompok yang diNAMAkan 'GENG ERDOGAN' cuba 'COVER' MALU Pok Nik dengan mengatakan kenyataan Pengerusi parti ROKET hanya pandangan PERIBADInya sahaja.. Namun, bagi sesiapa yang KENAL dengan Pengerusi parti ROKET ini, dia sangat KONSISTEN dengan kenyataannya dan sudah TENTU kenyataannya dikeluarkan atas KAPASITInya sebagai Pengerusi parti ROKET.. Apa nak kata?? Malu WEHH!!!

Para penyokong parti BULAN semuanya jadik tak ketentuan.. OBJEKTIF nak ke BULAN guna ROKET dah terbarai, MALU aje yang DAPAT.. Disebabkan Pok Nik seorang, SELURUH ahli parti BULAN dapat MALU BESAR.. Rupanya SELAMA ini mereka ibarat 'BERTEPUK SEBELAH TANGAN' aje.. Nampaknya terciptalah satu lagi PERIBAHASA mengarut -> "Alkisah HIKAYAT Pok Nik meRINDUkan nak naik 'ROKET' pergi ke 'BULAN'"... KAH!KAH!KAH!

############################################################

PEDIH betul para pengikut parti BULAN kena PENANGAN Pengerusi parti ROKET yang jugak seorang peguam dalam HIKAYAT tersebut.. Harapla Pok Nik tak masuk ICU balik akibat diMALUkan sedemikian RUPA..

Oh ye! PERIBAHASA "IBARAT PUNGGUK MERINDUKAN BULAN" tuh jangan diucapkan sebarangan.. Terutamanya jika anda orang yang PELAT dengan loghat UTARA (Kedah, Pulau Pinang dan Perlis).. Bukan APA, kang takut PERIBAHASA tuh diolah sesedap HATI jadik "IBARAT 'PUNGKOQ' MERINDUKAN 'PENJUBOQ'".. Kang NAYA pulak ahli-ahli parti MATA LEBAM tuh kena sebijik dengan PERIBAHASA Melayu! KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan