Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Tuesday, August 10, 2010
سلامت برڤواسا دان سلامت مڽمبوت رمضان اونتوق سموا ڤارا ڤمباچ
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Entah kenapa kita RASA teramat SYAHDU dengan ketibaan Ramadahn pada kali ini.. Mungkin rasa keSYAHDUan itu berpunca dengan apa yang berlaku dalam keHIDUPan umat ISLAM di negara ini.. Kita masih berpecah-belah, menegakkan keMUNGKARan, bersekongkol dengan KAFIR untuk menjahanamkan umat ISLAM lain, lupa terhadap TANGGUNG-JAWAB kita terhadap agama, BANGSA dan negara, menunjuk-nunjuk KONONnya diri lebih ISLAM daripada orang lain dan meletakkan kepentingan POLITIK lebih UTAMA berbanding semangat UKHUWAH dengan saudara seagama.. Walaupun SEDIH, tapi itulah HAKIKATnya yang kita lihat pada hari ini..
Mungkin pengHAYATan Ramadhan di zaman awal ISLAM lebih baik berbanding pada hari ini.. Mungkin semangat UKHUWAH sesama saudara seagama jauh lebih UTAMA pada masa itu berbanding pada hari ini.. Namun, wajarkah kita menyalahkan peredaran ZAMAN yang mengubah perjalanan HIDUP kita sedangkan ALLAH SWT sendiri pernah mengatakan bahawasanya nasib sesuatu KAUM itu tidak akan berUBAH melainkan mereka sendiri mengUBAHnya? Zaman akan sentiasa berubah namun, terpulanglah kepada kita untuk mengekalkan cara hidup kita..
Sempena Ramadhan ini, kita MENYERU kepada semua umat ISLAM agar berISTIQAMAH dan menilai setiap apa perbuatan yang kita lakukan.. Benarkan perbuatan yang kita lakukan itu walaupun di sebaliknya ada keMUSNAHan? Wajarkan kita bersekongkol dengan musuh ISLAM demi meMUSNAHkan orang ISLAM lain? Wajarkah kita meletakkan kepentingan POLITIK mengatasi segala-galanya hinggakan NEGARA dan UMAT semakin HANCUR? Apakah kita TIDAK boleh menggembeleng keKUATan jati diri kita sebagai umat ISLAM dan bangsa Melayu untuk menolak segala KEMUNGKARAN ini dan jugak mereka yang melakukannya?
Akhir kata, selamat menyambut Ramadhan dan selamat BerPUASA untuk semua..
Wallahualam..
TUKANG DOK PEGHATI
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan