Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Sunday, August 08, 2010
Anda mahukan lebih ramai AHLI POLITIK murahan atau anda mahukan PEMIMPIN yang berwibawa?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Selepas kebenaran diberi kepada para guru SISWAZAH untuk menceburkan DIRI dalam POLITIK dengan keizinan KSU, kini timbul pulak ura-ura untuk meminta kepada kerajaan agar keLONGGARan yang sama turut diberikan kepada para siswa IPT untuk mereka melibatkan diri dalam POLITIK.. IDEA ini telah dicetuskan oleh Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG yang selama ini diketahui UMUM bahawa siapa sangatlah dia tuh tanpa menjadi menantu bekas PM dan tanpa menjadi AHLI POLITIK melalui cara yang diBENCI oleh rakyat.. Dengan kata lain, mungkinkah HASRAT untuk menggalakkan lebih ramai para siswa IPT atau orang MUDA melibatkan diri dalam POLITIK ialah agar lebih RAMAI 'Mangkuk HAYUN' sepertinya muncul dalam persada POLITIK negara?
Petikan RENCANA dalam Utusan Malaysia pada hari ini jugak dilihat menyentuh tentang kelonggaran yang patut diberikan kepada orang MUDA atau kepada para penuntut institusi pengajian tinggi(IPT) untuk menceburkan diri dalam arena berPOLITIK..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm
Dengan mengambil contoh beberapa pemimpin negara yang didakwa aktif berPOLITIK sejak masih muda, RENCANA tersebut menyarankan agar AUKU yang dilihat menyekat golongan muda khususnya di IPT aktif dalam POLITIK dinilai semula atau diHAPUSkan.. KONONnya akta seperti AUKU dilihat mengongkong kebebasan para siswa atau orang MUDA untuk berPOLITIK seperti mereka.. Soalnya, BENARkah tanggapan mereka itu? Atau itu tidak lebih pandangan SONGSANG semata-mata?
Kita LIHAT seolah-olah ada keKELIRUan atau mungkin mereka ini cuba mengelirukan rakyat dengan pandangan SONGSANG mereka.. Apa pun, adalah JELAS ada agenda tersembunyi apabila mereka menyuarakan perkara sebegini.. Sebenarnya, apa yang perlu diberi PENEKANAN terhadap orang muda atau para siswa di IPT ialah bagaimana mahu membentuk sifat KEPIMPINAN dan juga pembentukan SAHSIAH peribadi sebagai PEMIMPIN.. Ini semuanya boleh dibentuk dengan bemacam cara seperti menganggotai pertubuhan beruniform dan banyak lagi tanpa perlu berPOLITIK pun.. Itu yang sepatutnya diTEKANkan dan bukannya cuba memesongkan keadaan dengan mengaitkannya dengan POLITIK..
Bukan SEMUA orang berkelayakkan sebagai PEMIMPIN yang berwibawa dan berkesan tetapi berlambak-lambak orang LAYAK menjadi ahli POLITIK tanpa mengira peringkat UMUR.. Ini sebenarnya perBEZAan BESAR yang cuba diSOROKkan oleh puak-puak yang menuntut keBEBASan berPOLITIK di IPT dengan mengatakan AUKU menghalang hasrat mereka.. Dengan KATA lain, seBAHLOL mana pun seseorang itu, dia boleh menjadi ahli POLITIK tanpa menjejakkan kaki pun ke IPT.. Namun, adalah mustahil untuk orang begini menjadi seorang pemimpin yang berWIBAWA dan diKAGUMi.. ILMU dan SAHSIAHnya hanya mampu membuatkan orang seperti ini menjadi salah seorang 'SAMPAH' yang sedia wujud di kalangan ahli POLITIK di negara ini..
Kita TEGASkan, sesiapa sahaja boleh jadi ahli POLITIK! Anda lihat sendiri dalam PAS, salah seorang Naib Presidennya tuh bukannya ada sijil SPM apatah lagi jejak kaki ke IPT sebagai siswazah pun? Namun, dia dikagumi oleh ramai Lebai PAS yang DUNGU kerana begitu menonjol sebagai ahli POLITIK yang memanggil Mufti PERAK sebagai 'PEMBOHONG'? Ini sekaligus menolak tanggapan KONONnya akta seperti AUKU menghalang orang muda atau para siswa berPOLITIK kerana tanpa akta seperti ini pun orang dah mula berPOLITIK tanpa mengira USIA hingga sampai TAHAP mencetus keBENCIan kepada rakyat! Malah, penghapusan AUKU dilihat hanya terus meROSAKkan hasrat NEGARA ini dari segi melahirkan MODAL INSAN yang berKUALITI dan berwibawa di IPT..
Anda sebagai RAKYAT, adakah anda mahu IPT kita melahirkan lebih banyak PEMIMPIN atau lebih banyak AHLI POLITIK? Anda telah melihat sendiri bagaimana seorang graduan dari OXFORD telah menceburi arena POLITIK negara dengan melakukan keSALAHan POLITIK WANG, mengumpul keKAYAan tanpa usaha KERAS dan melakukan bermacam-macam lagi keROSAKkan kepada negara.. Adakah patut ahli POLITIK ini menuntut AUKU dihapuskan agar meLAHIRkan lebih banyak 'MANGKUK HAYUN' sepertinya? Adakah negara ini begitu keKURANGan AHLI POLITIK atau negara ini keKURANGan PEMIMPIN yang berwibawa?
Adakah ahli-ahli POLITIK yang KORUP seperti yang dipaparkan wajar diCONTOHi sebagai pemimpin negara ini?
Untuk melahirkan ahli POLITIK sebenarnya sangat MUDAH malah tak perlu berpelajaran tinggi pun! Namun, untuk meLAHIRkan seorang PEMIMPIN yang berwibawa, mempunyai SAHSIAH yang mulia dan berWAWASAN adalah sukar dan hampir MUSTAHIL.. Ahli-ahli POLITIK mudah sahaja meMUSNAHkan negara tetapi untuk mencari PEMIMPIN bagi membina semula NEGARA ibarat mencari JARUM dalam jerami.. Dengan mengambil kira SENARIO politik semasa yang semakin hari semakin meMUSNAHkan negara INI, adakah anda mahu lebih RAMAI ahli POLITIK seperti yang diZAHIRkan dalam RENCANA Utusan Malaysia dan kenyataan Ketua Pemuda UMNO peSALAH POLITIK WANG itu?
Wallahualam..
sangat setuju!
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteTerima Kasih kerana berSETUJU..
Tolong war-warkan kepada pihak lain agar mereka bersama-sama dapat memikirkan buruk-baik untuk memberi kebenaran orang muda di IPTA berkecimpung dalam POLITIK..
Wallahualam..