Monday, August 30, 2010

EKSKLUSIF Hari Kemerdekaan :- Orang dulu tabur DUIT untuk MERDEKA, orang sekarang tabur DUIT untuk jawatan PARTI..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita ingin mengucapkan SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-53 kepada para pengunjung BLOG ini..

Seperti BIASAnya, setiap KALI tibanya HARI KEMERDEKAAN, sudah tentu kita diajak untuk mengIMBAS kembali tentang susah-payah perjuangan datuk dan nenek kita untuk menebus TANAH AIR ini bagi memBOLEHkan anak cucu mereka mempunyai sebuah NEGARA untuk bernaung.. SOALnya, pada hari ini adakah kita masih mengHARGAi pengorbanan mereka yang terdahulu untuk meMERDEKAkan tanah air ini? Atau kita hanya menilai pengorbanan mereka hanya apabila kita membaca buku TEKS sejarah sahaja?

Utusan Malaysia pada hari Sabtu lepas telah menyiarkan KISAH perjuangan seorang SRIKANDI bernama Dato Siti Rahmah Kassim.. Apa yang ISTIMEWAnya, beliaulah orang pertama yang menyumbangkan dana bagi membantu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj ke London untuk menuntut kemerdekaan daripada Britain.. Beliau sebagai srikandi wanita Melayu yang sanggup menyerahkan gelang emasnya untuk membiayai perjalanan Tunku ke London..

Menurut beliau, "Mungkin ramai tidak mengetahui sebenarnya Tunku bergelut mencari dana untuk ke London bagi menuntut kemerdekaan.. Saya menjadi insan pertama yang menyerahkan gelang emas pemberian bapa sebagai hadiah perkahwinan, semata-mata ingin melihat hasrat untuk mencapai kemerdekaan tercapai,"

Selain itu katanya, beliau masih ingat sehingga sekarang kata-kata loghat utara Tunku Abdul Rahman yang mendorong beliau bertindak sedemikian.. Kata Tunku: "Saya ni nak pi London bersama-sama Raja-Raja Melayu, UMNO tak dak duit, saya pun tak dak duit, saya jual istana ayahanda duk murka. Ayahanda suruh saya jadi Raja, saya tak mau, saya nak jadi Presiden UMNO, nak bagi Malaya merdeka.."

Menurut Siti Rahmah ketika sebut perkataan "tak dak duit" Tunku menangis..

"Orang biasa menangis bergenang air mata, tapi Tunku menangis air mata bercucuran membasahi pipi.. Saya duduk di depan ketika itu terus bangun sambil berkata, patik menyahut seruan Tunku, patik reda,"katanya semasa mengimbas kembali peristiwa itu..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0828&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

Kalau kita TONTON balik filem 1957 Hati Malaya terbitan PESONA PICTURES, terdapat SENARIO yang dikisahkan oleh beliau..

http://www.youtube.com/watch?v=fC0Cb07aNUI

Itulah pengorbanan GENERASI terdahulu untuk anak cucu mereka di kemudian hari.. Pada HARI ini, adakah kita masih mengHARGAi pengorbanan mereka ini?

ORANG DAHULU SANGGUP BUANG DUIT, BUANG HARTA UNTUK DAPATKAN KEMERDEKAAN.. ORANG SEKARANG PULAK SANGGUP BUANG DUIT MENERUSI AMALAN POLITIK WANG DEMI MENGEJAR JAWATAN POLITIK DAN MENGUMPUL HARTA..

Tidakkah kita rasa JIJIK dengan mereka yang dimaksudkan? Tidakkah kita rasa MELUAT dengan seseorang yang BEGITU mengejar PANGKAT dan keMEWAHan dalam UMNO sedangkan jelas 'MALAUN' yang diMAKSUDkan langsung tidak memahami objektif perjuangan UMNO dan jugak memperTAHANkan hak-hak orang Melayu?

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan