Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Friday, August 27, 2010
Kami sebagai RAKYAT marah negara kami diHINA oleh rakyat Indon tetapi PEMIMPIN kami pulak macam buat BODO aje...?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Baru sebentar tadi SIARAN 'NIGHTLINE' di TV3 menayangkan adegan pembakaran Jalur Gemilang di Indonesia sebagai berita utama.. Kemudian, kita terbaca pula berita di bawah yang mengatakan Jalur Gemilang dibakar dan diludah dalam demonstrasi di Jakarta.. Untuk setakat ini RESPON kerajaan kita sendiri TIDAK ada yang menunjukkan kita memandang SERIUS perkara sebegini.. Malah, segala kenyataan media Wisma Putra jelas 'DIPERMAINKAN' dan diperolok-olokkan pulak oleh media INDON untuk terus memperlekehkan kewibawaan Kerajaan Malaysia..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0826&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm
Kita sangat berharap agar Kerajaan BN ini tidak sesekali mengulangi 'keBODOHan' kerajaan terdahulu yang memandang sebelah MATA isu sebegini.. RAKYAT TIDAK MEMILIH KERAJAAN YANG TIDAK MAMPU MENJAGA MARUAH NEGARA.. Apatah lagi apabila MARUAH negara diperlekehkan oleh sebuah negara yang sering menerima BANTUAN kita apabila mereka ditimpa malapetaka.. Walaupun PERKARA ini cuba disembunyikan oleh media-media pro kerajaan BN, tetapi kita terpaksa mengatakan RAKYAT sangat KECEWA dengan RESPON yang ditunjukkan oleh Kerajaan BN setakat ini berhubung isu pengHINAan MARUAH NEGARA oleh rakyat sebuah negara asing..
Untuk KESEKIANKALINYA, kita terpaksa mengakui SETAKAT ini kita tidak nampak keTEGASan oleh 'Pemimpin Utama NEGARA' untuk mempertahankan MARUAH negara dalam isu ini.. Bukan sahaja TIDAK ada kenyataan TEGAS, malah 'Pemimpin Utama NEGARA' seolah-olah buat acuh tak acuh dengan perkara begini? Apakah dengan menyerahkan 100% kepada Wisma Putra, MARUAH negara ini dapat ditebus kembali setelah ISU ini diSENSASIkan ke seluruh dunia? Apakah 'Pemimpin Utama NEGARA' seperti PM ke-5 yang mudah diLALAIkan dengan puji-pujian hingga sanggup menyerahkan BLOK MINYAK kepada negara lain? Adakah sebegitu RENDAH sekali semangat CINTAkan negara para pemimpin kita? Anda TAHU siapa yag diMAKSUDkan dengan ISTILAH 'Pemimpin Utama NEGARA'..
Seharusnya difahami bahawa jawatan yang diperolehi adalah satu bentuk AMANAH, bukannya PUSAKA Tok Nenek turun-temurun.. Rakyat sedang membuat peNILAIan dan rakyat boleh menarik balik AMANAH yang dipertanggung-jawabkan jika mereka merasakan MARUAH NEGARA dan juga MARUAH RAKYAT sebagai penduduk NEGARA ini boleh dibiarkan diHINA sebegitu rupa.. Rakyat TAHU mereka tinggal dalam sebuah negara berDAULAT dan sebuah negara berDAULAT tidak akan memBIARkan sahaja MARUAHnya diJATUHkan oleh sebuah negara asing.. Kita cuma boleh cakap "You should learned from Tun Dr. Mahathir on how to handle DIPLOMATIC and FOREIGN issues on behalf of this country!"..
Terus-terang katalah.. Mereka yang kita LIHAT mendakwa diri mereka sebagai PEMIMPIN di negara ini pada HARI ini sebenarnya adalah golongan HAPRAK dan sanggup menJUAL MARUAH negara.. Baik pemimpin di pihak Kerajaan BN mahupun di pihak PR, semuanya jenis TAK boleh PAKAI.. Mereka hanyalah pemimpin MURAHAN yang hanya mahu UNDI daripada rakyat demi kuasa POLITIK tetapi tidak mahu menjaga NEGARA jauh sekali nak ambil tahu kehendak RAKYAT.. Anda boleh SAKSIkan sendiri setakat mana SEMANGAT Cintakan NEGARA ahli POLITIK kita dalam ISU ini.. Kalau nak UNDI dari rakyat, pandai pulak bermuka-muka dan cakap lembut gigi dari GUSI?
Dalam KONTEKS hubungan Malaysia - INDON, adalah jelas pemimpin negara kita tidak ada KREDIBILITI dan TIDAK BIJAK dalam membuat hubungan kenegaraan.. Kita TAHU para pemimpin pembangkang khususnya dalam PR sering mengadakan HUBUNGAN dengan pemimpin POLITIK di Indon untuk menJAJA apa sahaja isu tentang keBURUKkan kepimpinan negara ini.. Pemimpin POLITIK di Indon pulak akan menjadikannya sebagai MODAL POLITIK mereka untuk meraih sokongan penduduk setempat yang jelas tidak mendapat MAKLUMAT yang tepat dan BODOH dalam membuat penilaian.. Inilah penyebab segala ISU REMEH-TEMEH dijadikkan PUBLISITI oleh pemimpin POLITIK dan MEDIA di sana untuk menggambarkan keBURUKkan negara ini.. Begitu jugaklah hubungan pemimpin parti 'RASIS' La'anatullah dengan Singapura..
Para Pemimpin BN yang SYOK sendiri pulak tidak cuba melakukan PERKARA yang sama atau cuba mencari SEKUTU di Indon bagi menangkis TOHMAHAN terhadap mereka dan NEGARA ini.. Mereka lebih suka mengGUNAkan jentera kerajaan yang TERHAD dalam hubungan DIPLOMATIK sahaja.. Keadaan diBURUKkan lagi apabila tidak ada Pemimpin BN yang bewibawa dan diHORMATi di peringkat antarabangsa seperti Tun Dr. Mahathir.. Kalau pemimpin BN yang GLAMOR dengan POLITIK WANG atau SKANDAL hingga satu dunia tahu, memang BANYAK! Inilah penyebab terhadap apa yang berlaku hari ini yang menyaksikan BENDERA Jalur Gemilang disama-tarafkan dengan BENDERA Israel dan US - Boleh diBAKAR sesuka HATI oleh puak berOTAK LEMBU..
Kita INGIN sekali melihat PM kita seperti Tun Mahathir semasa jadi PM.. Beliau TEGAS dan diHORMATi di peringkat antarabangsa baik oleh KAWAN mahupun LAWAN.. Soalnya, mampukah PM kita sekarang jadik sedemikian? Nampak gayanya macam nak jadik PM ke-5 yang gambar TIDOnya disebar serata dunia macam gambar TIDO allahyarham Gus Dur tuh ada le..
Wallahualam..
Sketsa di sebuah Rumah Perkampungan Melayu.
ReplyDelete