Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Thursday, August 26, 2010
Selepas diMALUkan dalam isu HUDUD, cuba 'COVER LINE' dengan usaha untuk saman PETRONAS pulak..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Lebai PAS sebenarnya MALU teramat sangat apabila melihat bagaimana sekutu mereka dalam PKR dan DAP menolak kenyataan Pok Nik 'ALAHISSALAM' berhubung idu HUDUD dan konsep Negara ISLAM baru-baru ini.. Kalau takat DAP tu boleh la Lebai PAS berdalih mengatakan KONONnya DAP menolak pasal tidak faham tetapi kalau penolakkan itu turut diSUARAkan oleh orang ISLAM sendiri dalam PKR dan PAS seperti berikut, apa Lebai PAS nak JAWAB?
http://www.nst.com.my/nst/articles//Nohududagenda_Pakatanpoliciesareclear/Article/
http://www.youtube.com/watch?v=jcP2fCC8n1Q
Yang PELIKnya, Lebai PAS tak sanggup pulak 'mengKAFIRkan' atau mengatakan mereka 'menolak ISLAM' seperti mana Lebai PAS sering katakan kepada UMNO? Tak tahulah pulak kalau Lebai PAS merasakan HAK untuk 'mengKAFIRkan' orang ISLAM lain itu adalah HAK eksklusif mereka yang KONONnya merasakan mereka lebih ISLAM berbanding orang ISLAM lain?
Demi menutup isu HUDUD yang meMALUkan Lebai PAS dan menjejaskan IMEJ Pok Nik 'ALAHISSALAM' yang tidak laku di kalangan kepimpinan PR, Lebai-Lebai PAS dari kelompok ERDOGAN telah menimbulkan kembali isu tuntutan ROYALTI minyak Kelantan bagi mengaburi dan cuba mengalih tumpuan RAKYAT yang mengikuti isu HUDUD dan konsep Negara ISLAM sebelum ini..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0825&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_28.htm
Kali INI Lebai PAS ERDOGAN cuba meng'KAMBING HITAM'kan PETRONAS untuk meneruskan tuntutan mereka terhadap ROYALTI tersebut.. Kita katakan 'KAMBING HITAM' pasal jelas sekali Lebai PAS ERDOGAN sengaja tidak mahu berhadapan dengan Kerajaan Pusat sebaliknya memilih PETRONAS sebagai sasaran MUDAH mereka..
Kenapa Lebai PAS ERDOGAN memilih untuk menyaman PETRONAS? Sedangkan sebelum ini RAKYAT semua MAKLUM bahawa Lebai PAS menyalahkan Kerajaan Persekutuan dalam tuntutan ROYALTI minyak Kelantan? Malah kita juga TIDAK lupa bagaimana Pok Nik 'ALAHISSALAM' menDOAkan PECAH PERUT terhadap PM DS Najib, bukannya terhadap Presiden PETRONAS?
http://www.malaysiakini.com/news/118983
Malah, Pok Nik sendiri menyatakan hasratnya untuk berdoa sedemikian sebagai REAKSI terhadap keengganan Kerajaan Persekutuan menyerahkan bayaran royalti minyak kepada Kelantan, sebaliknya sekadar menyerahkan wang ehsan.. Dengan KATA lain, sasaran Lebai PAS dalam isu ROYALTI minyak Kelantan sebelum ini adalah Kerajaan Persekutuan di bawah DS Najib.. Tiba-tiba mereka mengalihkan SASARAN mereka terhadap PETRONAS pulak dengan mengemukakan tuntutan SAMAN?
Adalah JELAS ini usaha Lebai PAS ERDOGAN untuk menipu rakyat khususnya rakyat Kelantan untuk kesekiankalinya.. Semua maklum PETRONAS tidak ada KUASA pun untuk menetukan siapa yang berhak dapat ROYALTI minyak atau siapa yang TIDAK.. Sebagai sebuah agensi di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan, PETRONAS hanya mengikut apa yang diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan sahaja dalam soal pemberian ROYALTI atau WANG EHSAN.. Dengan kata lain, KUASA PEMUTUS bukan berada di pihak PETRONAS pun tetapi Lebai PAS ERDOGAN tetap memilih PETRONAS untuk dijadikan 'KAMBING HITAM' dalam isu ini.. Tak ke kita semua nampak betapa JAHATnya Lebai PAS ERDOGAN ini?
Untuk lebih JELAS lagi, kita imbas balik keputusan sidang DUN Kelantan sebelum ini yang berSETUJU untuk membawa tuntutan ROYALTI minyak ke mahkamah..
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=25243:dun-kelantan-setuju-isu-royalti-ke-mahkamah&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=125
Dengan merujuk kepada kenyataan di atas, ADUN PAS Pulai Chondong sendiri mengatakan cukup sedih apabila Peguam Negara, menteri-menteri dan timbalan menteri gagal untuk memahami perjanjian yang telah ditandatangani.. Dah sebut Peguam Negara dan sebagainya, bukankah INI juga memBUKTIkan bahawa PETRONAS tidak mempunyai kuasa PENENTU dalam soal pemberian ROYALTI sebaliknya semua tertakluk kepada Kerajaan Pusat? Namun, pada hari ini kita melihat sendiri bagaimana PETRONAS cuba di'KAMBING HITAM'kan oleh Lebai PAS ERDOGAN untuk mengelakkan mereka berhadapan dengan Kerajaan Pusat di mahkamah..
Para petugas PETRONAS seharusnya menilai sendiri bagaimana pengorbanan mereka melalui syarikat ini diHINA dan langsung tidak diHARGAi oleh Lebai PAS khususnya dari kelompok ERDOGAN ini.. Apa yang mereka TAHU dan MAHU adalah meROMPAK dan MENYAMUN segala yang diUSAHAkan demi kepentingan POLITIK SEMPIT mereka.. Rakyat tidak akan dapat apa-apa pun kerana JELAS apa yang dilakukan bukan untuk RAKYAT pun sebaliknya demi memenuhi KANTUNG ahli POLITIK seperti mereka ini.. Sebagai agensi yang meletakkan nama negara di mata dunia, wajarkah agensi ini di'KAMBING HITAM'kan semata-mata mereka tidak mahu berhadapan dengan PIHAK yang sePATUTnya?
Malah, RAKYAT jugak harus melihat bagaimana Lebai PAS ERDOGAN ini masih terus MENYAMUN rakyat menerusi Tabung TIRAM yang didalangi oleh mereka.. Mungkin kerana menyedari sukar untuk mengumpulkan dana sekitar RM200 juta untuk tabung TIRAM, mereka menyasarkan PETRONAS pulak? Malah usaha mereka memperkenalkan DINAR EMAS pun tidak jelas apa MOTIFnya sebaliknya yang jelas adalah adalah Menantu Pok Nik adalah antara pemegang SAHAM dalam syarikat pengeluar DINAR EMAS tersebut.. Pusing kot mana pun, yang jelasnya mereka nih tetap MENYAMUN.. Samada mereka MENYAMUN guna nama 'RAKYAT' atau meng'KAMBING HITAM'kan agensi milik kerajaan, yang jelas RUGI adalah rakyat sendiri..
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan