Tuesday, August 24, 2010

MARUAH Negara kita diINJAK-injak, tetapi RESPON Kerajaan jugak macam menjatuhkan MARUAH negara sendiri..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kerajaan KITA tidak pernah BELAJAR, syok SENDIRI dan meMALUkan negara sendiri dalam ASPEK hubungan LUAR.. Dahulu rakyat INDON memBAKAR bendera kita, sekarang mereka berTINDAK lebih JAUH lagi dengan melempar NAJIS manusia ke dalam keDUTAan dan memijak bendera Jalur Gemilang sambil media-media menyiarkannya serata DUNIA.. Mereka menunjukkan ke serata DUNIA bagaimana MARUAH negara kita diINJAK tetapi Kerajaan kita hanya berDIAM diri.. Kita PERCAYA ramai rakyat negara ini meluap-luap dengan TINDAKkan tersebut tetapi ramai jugak RAKYAT yang KECEWA dengan RESPON kerajaan sendiri yang macam PENGECUT dalam menangani tindakkan sebegini..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0824&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Cuba kerajaan FIKIR, pernahkah rakyat INDON memBAKAR atau MEMIJAK bendera Singapura atau mana-mana bendera negara LAIN yang menjalinkan hubungan DIPLOMATIK dengan negara mereka? Pernah keadaan seperti ini BERLAKU selain daripada zaman KONFRANTASI dahulu? Kenapa mereka HANYA berani dengan NEGARA kita? Kerana kerajaan kita SEKARANG ini dianggotai oleh mereka yang PENGECUT, tidak BIJAK dan suka mengambil jalan MUDAH dalam menangani sesuatu ISU.. Mereka yang berada dalam Kerajaan ketika INI adalah ahli-ahli POLITIK murahan yang tak MALU mengaku diri mereka sebagai pemimpin NEGARA tetapi apabila MARUAH negara diINJAK, mereka hanya berDIAM diri dan hanya mampu membuat kenyataan 'LEMBIK' melalui media seperti INI..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0824&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.htm

Kalau 4 PM terdahulu mengambil tindakkan sebegini apabila MARUAH negara diINJAK, nescaya negara kita sudah pun diTAKLUK semasa era KONFRANTASI, rakyat kita diHINA di mana-mana sahaja dan negara kita MUNDUR jauh ke belakang.. PM-PM berikutnya bukan sahaja memBIARkan MARUAH negara diHINA, malah ada yang 'sedekah' perairan NEGARA kepada negara kecil seperti Brunei? Adakah mereka ini yang patut diBANGGAkan? Tunku Abdul Rahman berTINDAK bijak dengan membawa isu KONFRANTASI ke PBB hingga menjadikan pemimpin besar seperti Sukarno diPULAUkan dengan sendirinya oleh dunia.. Tun Dr. Mahathir pula BERANI melakukan 'BUY BRITISH LAST', mengatakan "The JEWS rule the world by PROXY" dan berkata "NYAH dari Malaysia" kepada PATI-PATI Indon yang masuk secara HARAM ke negara kemudian meRUSUH pulak apabila diTAHAN.. Pemimpin-pemimpin kita pada hari ini bagaimana pulak?

Baru sebentar tadi kita menonton di TV tentang RESPON pihak kedutaan INDON dan pihak Kementerian Luar mereka berhubung ISU memijak Jalur Gemilang dan baling NAJIS ke kedutaan kita.. Nyata sekali mereka memperBUDAK-BUDAKkan kepimpinan negara kita dengan mengatakan tindakkan tersebut adalah terpencil dan diSENSASIkan oleh media-media mereka secara keterlaluan.. Malah, langsung TIDAK ada JAMINAN pun dari pihak mereka untuk memastikan kejadian INI tidak berulang apatah lagi ucapan memohon MAAF.. Apakah Kerajaan kita tak nampak semua INI? Apakah Kerajaan kita RELA 'diPIJAK' dan 'diperMAINkan' berulang kali? Bukankah sebagai sebuah negara yang berDAULAT, sepatutnya Kerajaan kita menunjukkan sedikit keTEGASan kepada Kerajaan INDON agar mengambil TINDAKAN terhadap pihak-pihak yang diMAKSUDkan demi memperTAHANkan MARUAH negara ini?

Bukanlah kita menyarankan agar ada pertelingkahan seperti Thailand dengan Kemboja.. Namun, banyak lagi cara DIPLOMATIK yang boleh diambil bagi memelihara MARUAH negara.. Sebagai CONTOHnya, mengeluarkan NASIHAT perJALANan kepada warga kita, mengurangkan perGANTUNGan kepada buruh INDON, memanggil pulang DUTA, memBATALkan kontrak-kontrak tertentu atau menyuarakan bantahan dalam persidangan antarabangsa seperti ASEAN, NAM dan PBB.. Negara kita pernah membantu INDON sebanyak 1 BILION USD secara PERCUMA semasa krisis kewangan tahun 1997 dahulu.. Itu tak kira lagi bantuan semasa tsunami, gempa di Padang, Jawa, Sumatera dan banyak lagi.. Kita TAK perlu berasa MALU untuk 'berKERAS' dengan mereka apabila MARUAH negara diHINA sebegini rupa.. Apakan daya, kerajaan kita 'LEMBIK' segala-galanya..

Itu dengan negara LUAR.. Apabila ada RAKYAT negara ini yang memBURUK-BURUKkan negara kepada MEDIA luar pun Kerajaan tidak bertindak.. Dulu HINDRAF buat fitnah terhadap negara di depan para KELING Tamil Nadu.. Sekarang, anak Penasihat PKR yang baru belajar cara berBOHONG dengan bapak dan EMAKnya telah pandai memBURUK-BURUKkan negara di depan media INDON.. Ini kalau MAK BAPAK pun dah macam tu, faham-faham je la anaknya macam mana!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0824&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_04.htm

Namun, sekali lagi Menteri KDN merangkap Menteri 'AMARAN' mengecewakan kita dengan membuat kenyataan berikut:-

"Tetapi yang memburuk-burukkan Malaysia di negara luar tidak ramai. Mereka hanya melakukan perkara itu dalam kelompok masing-masing. Kalau kita hendak ambil tindakan kepada empat atau lima orang ini, saya rasa kita banyak kerja lain.. Bukan saya menidakkan kepentingan isu ini, tetapi berdasarkan keutamaan kita perlu tahu perkara yang paling menjejaskan orang ramai dan memerlukan pembelaan,"

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0824&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Banyak SANGATlah kerja dia sebagai Menteri 'AMARAN' tu gamaknya? Kalau dah SEGAN sangat nak laksanakan tanggung-jawab sendiri, silalah LETAK JAWATAN.. Sampaikan RAKYAT yang beri UNDI kepada Kerajaan PRU lalu pun rasa MENYESAL dan RUGI apabila melihat Kerajaan meLANTIK orang macam nih sebagai Menteri KDN! Kalau dengan NGO Melayu macam PERKASA dan lain-lain, pandai pulak berKERAS? Macam MANAlah RAKYAT nak rasa HORMAT dan 'RESPECT' jika inilah KUALITI kepimpinan yang ada dalam Kerajaan pada hari ini? Maruah NEGARA pun tak terjaga?

Wallahualam..

3 comments:

  1. Yes bos, saya sokong 100% !

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    To handle those INDONS in their own country through diplomatics is TUGAS Menteri Luar

    To handle our own who make false statement about their own country in another countries is TUGAS Menteri 'AMARAN' opss.. KDN.. Who issuing the Passport?

    Sejarah Perang Mu'tah:-

    Panji-Panji ISLAM(bendera) is hand over from Jaafar bin Abu Talib tu Abdullah Abi Rawahah until Khalid Al Walid.. They protect it with thier live.

    Nowadays, we just watch outsiders insulting our nation flag and keep quiet. We let them make fools with it and treat our flag same as how Israel flag being treated by Muslims..

    Wallahualam..

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan