Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Monday, September 20, 2010
Adakah 'The HATCHET Man' tidak faham BEZA 1 Malaysia dengan 'Malaysia Malaysian'?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
UMNO hanya akan meMUSNAHkan diri sendiri jika ada pemimpin BAWAHAN mereka yang tidak memahami ASPIRASI atau cuba memutar-belitkan kenyataan pemimpin UTAMA parti dengan mencampur-adukkannya mengikut pemahaman BANGANG mereka sendiri.. Sebagai CONTOH, jika pemimpin UTAMA UMNO iaitu DS Najib mengemukakan KONSEP 1 Malaysia yang berlandaskan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negara tetapi ada pulak pemimpin BAWAHANnya yang memandai-mandai menyelewengkan KONSEP 1 Malaysia demi kepentingan POLITIK SEMPITnya.. Apatah lagi jika ada pemimpin BAWAHAN ini yang KELIRU konsep 1 Malaysia dengan 'Malaysia Malaysian'..
Itulah apa yang berlaku terhadap seorang Menteri bergelar 'The HATCHET Man' yang semakin hari semakin diBENCI oleh orang Melayu.. Adalah jelas dia yang hanyalah pemimpin BAWAHAN dalam kabinet yang cuma ditugaskan menjaga Parlimen dan pemberian PERMIT TEKSI sudah diKELIRUkan apabila cuba memandai-mandai mempertahankan KONSEP 1 Malaysia dengan menggunakan pemahaman 'Malaysia Malaysian' -> KONSEP yang disukai oleh DAP! Apabila diKRITIK oleh pihak-pihak yang mewakili kepentingan Melayu, dia sebaliknya menentang pulak walaupun DIA tak sedar bahawa UMNO itu sendiri terpaksa 'MEMINJAM' perkataan M-E-L-A-Y-U pada namanya!
Difahamkan, The HATCHET Man ini telah membalas kritikkan Awang Selamat dalam Utusan Malaysia terhadapnya yang JELAS menentang pertubuhan yang berORIENTASIkan Melayu..
http://musramrakunman.blogspot.com/2010/09/surat-terbuka-nazri-aziz-kepada-awang.html
Apa kata jika kita LIHAT satu-persatu apa yang cuba disampaikan olehnya samada BANGANG atau tidak lebih menunjukkan dia tuh sememangnya 'HATCHET' seperti gelarannya itu..
Pertama, saya tidak pernah takut untuk dikritik oleh pembangkang. Saya mahu Awang datang ke Parlimen dan melihat dan mendengar dengan sendiri ucapan-ucapan yang menyakitkan hati dan serangan yang saya terima ketika saya mempertahankan kerajaan berhubung isu-isu yang berkaitan dengan Perdana Menteri. Sepanjang tempoh 33 tahun pembabitan saya dalam politik, saya tidak terlepas daripada kritikan mana-mana pihak termasuk komen terbaru daripada Awang
Memang kita MAKLUM dia nih tak pernah TAKUT dengan pembangkang.. Malah, kalau rajin bukak laman YOUTUBE, ada banyak KLIP gelagatnya di Parlimen yang menunjukkan bagaimana 'AKRAB'nya The HATCHET Man ini dengan pembangkang dalam Parlimen.. Itu kita serahkan kepada para pembaca untuk menilainya.. Cuma, kalau dah 33 tahun terbabit dalam POLITIK tapi pemikiran masih DANGKAL, alamatnya ada HARAPANle UMNO hilang satu lagi 'Kerusi Selamat' PRU 13 nanti!
Saya juga bukan anti Dr Mahathir. Bagi saya, setakat ini beliau adalah Perdana Menteri terbaik yang saya pernah berkhidmat. Bagaimanapun, sebagai seorang bekas Perdana Menteri juga ada banyak kekurangannya. Awang sewajarnya keluar daripada peredaran masa dan berhadapan dengan hakikat bahawa saya kini berada dalam kerajaan sebagai seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bukan sebaliknya. Justeru, yang mengkritik kerajaan ialah Tun Mahathir dan bukan sebaliknya. Sudah tentu, sesiapa sahaja tanpa mengira siapa yang mengkritik kerajaan akan menerima serangan dalam tindakan saya mempertahankan kerajaan, sebagimana yang telah saya lakukan ketika Tun Mahathir dan Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri.
Ini adalah kenyataan 'RUBBISH' daripada seorang yang tak tahu BEZAkan apa yang BETUL dan apa yang SALAH.. Kritikkan Tun Mahathir bukanlah kritikkan KOSONG atau kritikkan yang tidak bersandarkan FAKTA.. Jauh sekali untuk menganggap kritikkan beliau adalah ingin menJATUHkan seseorang dalam partinya sendiri.. Malah, pihak yang menganggap kritikkan Tun sama seperti PEMBANGKANG harus dilihat sebagai satu bentuk cubaan untuk memperBODOHkan RAKYAT! Lupakah The HATCHET Man ini bahawa dia pernah diMALUkan oleh Tun Mahathir apabila dia sendiri terSALAH FAKTA dalam isu pemberian EX-Gratia kepada Tun Salleh Abbas dahulu? Bukankah itu BUKTI jelas bahawa The HATCHET Man ini memang tidak menyukai Tun Mahathir?
Saya tidak pasti sama ada Awang tahu siapa ketuanya kerana dia memperkecilkan dasar 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri dan mempromosikan perkauman sempit Ibrahim Ali yang sememangnya bukan ahli Umno. Awang harus bertanya pada dirinya persoalan yang dia ajukan kepada saya.
Kita TIDAK pernah pun terbaca kenyataan sesiapa dalam Utusan Malaysia mahu pun dalam PERKASA yang diterajui oleh Datuk Ibrahim Ali yang dikatakan cuba memperkecilkan KONSEP 1 Malaysia! Ini adalah pemBOHONGan yang NYATA oleh The HATCHET Man ini sendiri! Apakah apabila seorang Melayu mempertahankan HAKnya sebagai Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dikatakan sebagai 'PERKAUMAN SEMPIT'? Adakah KONSEP 1 Malaysia mengHALANG seorang Melayu melakukan sedemikian sedangkan apabila kaum-kaum bukan Melayu berbuat sedemikian, The HATCHET Man hanya DIAM membisu?
Awang tidak pernah terfikir bagaimana lima Ahli Parlimen PKR boleh melompat ke kumpulan anggota bebas kalau bukan kerana kesopanan yang diperlihatkan oleh saya kepada mereka selaku Meneri Hal Ehwal Parlimen. Bilangan mereka yang melompat untuk menyertai kokus bebas telah mengatasi satu-satunya wakil rakyat tunggal dari kawasan Pasir Mas, hero orang Melayu yang diagung-agungkan oleh Awang. Umno tidak pernah meminta ataupun memerlukan Ibrahim untuk membantu kami, tetapi kerjasama dengan dia hanya akan menyebabkan kami kehilangan undi.
KAH!KAH!KAH! Kenyataan The HATCHET Man yang mengatakan 5 ahli Parlimen PKR menjadi ahli Parlimen BEBAS kerana 'terKAGUM' akan 'keSOPANan' yang diperlihatkan olehnya adalah tidak lebih daripada kenyataan SYOK SENDIRI! DS Najib patut rasa MALU kerana 5 ahli Parlimen ini keluar bukan kerana KAGUM dengan corak pentadbiran beliau, sebaliknya kerana 'terKAGUM' akan 'keSOPANan' The HATCHET Man ini? Datuk Ibrahim pun dah banyak KALI sebut bahawa dia dan PERKASA tidak pernah minta SOKONGAN UMNO? Namun, adalah meMALUkan bagi UMNO jika The HATCHET Man ini mengakui bahawa UMNO akan kehilangan UNDI kerana Datuk Ibrahim Ali seorang! KAH!KAH!KAH!
Dia harus memberi tumpuan untuk menaikkan edaran akhbarnya yang terus merosot. Kedudukan itu dengan sendiri menunjukkan prestasi dan standardnya yang rendah di mana Utusan terpaksa merujuk kepada laporan media alternatif elektronik baru sedangkan ia seharusnya bertindak sebaliknya. Itu yang sepatutnya menjadi KPI dan ukuran kejayan dia dalam bidang yang dia mendakwa dia mewakili. Saya punya sudah pasti iaitu memenangi kerusi Padang Rengas bagi BN dalam pilihan raya umum akan datang tanpa mengira sama ada saya menjadi calonnya ataupun tidak.
Bukanlah mengHAIRANkan jika edaran akhbar bercetak TURUN kerana sekarang ini RAKYAT lebih mudah merujuk berita di dalam internet berbanding membeli bahan bercetak.. Ini bukan sahaja berlaku kepada Utusan Malaysia, malah akhbar-akhbar lain jugak.. Cuba pergi selidik sendiri dan jangan HENTAM KROMO sahaja! Kerusi Padang Rengas sudah pasti akan HILANG jika The HATCHET Man ini kekal sebagai calon.. Malah, mungkin Perak sekali lagi akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat kerana RAKYAT meluat dengan ahli POLITIK seperti The HATCHET Man ini!
Dan, bagi saya, saya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru saya orang Melayu. Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?
Eh? Takde HAL pun? Ikut sukalah? TS Muhyiddin pulak dengan 'Melayu DAHULU'? Jadik baguslah kalau dalam UMNO sendiri ada bermacam-macam pemahaman walaupun depan MEDIA dok pakat berSLOGAN 1 Malaysia? Oh ye, untuk The HATCHET Man ini, kalau dia letakkan M-E-L-A-Y-U itu nombor ke berapa ratus pun takde siapa pun HAIRAN! Tambah pulak bila orang pakat tengok gambar-gambar AKSI 'terlampau' anaknya di INTERNET! HE!HE!HE!
Wallahualam..
Inilah jenis musuh dalam selimut. Pecat saja semua musuh dalam selimut yang dikenal pasti kalau mahu mengekalkan kelangsungan UMNO.
ReplyDeleteCriminals, homosexuals and gangsters will defend their own.