Friday, September 24, 2010

Tak payah tunggu PRU 13 pun kita dah menyaksikan bagaimana POLITIK Melayu terhapus..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Adakah Melayu perlu menunggu PRU 13 untuk emngesahkan bahawa mereka bakal keHILANGan KUASA? Rasanya TIDAK perlu pun menunggu ke tarikh yang diMAKSUDkan.. Sekarang ini pun kita sudah melihat TANDA-TANDA jelas bahawa para pemimpin Melayu pada nama sahaja jadik PM, TPM, Penasihat Parti, Mursyidul AM atau pun MB tetapi terpaksa TUNDUK kepada tekanan-tekanan POLITIK bukan Melayu.. Contoh yang paling JELAS adah seperti baru-baru INI apabila beberapa PENYANGAK dalam UMNO bersuara 'MENYERANG' sebuah NGO Melayu iaitu PERKASA.. Sedangkan NGO seperti HINDRAF, Suqiu atau Dong Jiao Zhong langsung tak pernah pun diserang sedemikian RUPA oleh parti-parti yang mewakili kaum masing-masing?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan ‘suara’ jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara.. Kata beliau, ia terbukti sewaktu Perak diperintah pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum lalu apabila DAP lebih berkuasa di negeri itu walaupun Menteri Besar daripada Pas..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0924&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Dengan kata LAIN, jika seorang Melayu dipilih sebagai MB atau PM sekalipun, mereka terpaksa TUNDUK atau menjadi 'LEMBU' kepada pemimpin-pemimpin bukan Melayu KHUSUSnya daripada parti 'RASIS' La'anatullah.. Malah, ini jugak boleh dikatakan sebagai SEJARAH penjajahan berulang di mana sebelum ini British menguasai negeri-negeri Melayu melalui RESIDEN atau Penasihat mereka.. Jadik? Apa BEZAnya?

Adalah penting untuk orang Melayu menyedari bahawa sekarang ini baik dalam UMNO atau pun PAS, hampir tiada pemimpin yang ingin memperTAHANkan orang Melayu.. Para pemimpin UMNO lebih kepada ingin mempertahankan keDUDUKan masing-masing dalam parti dan jugak keMEWAHan yang diperolehi melalui PLATFORM parti.. Sementara Lebai PAS pulak hanya ingin meROMPAK keKAYAan atau hasil-hasil NEGERI di mana mereka berkuasa di samping mengumpulkan PENGARUH bagi melindungi kegiatan mereka tersebut.. Orang Melayu hanya mampu berSORAK tetapi tanah terGADAI..

Kekecewaan orang Melayu adalah kerana mereka MELIHAT sendiri tiada pemimpin yang benar-benar berwibawa untuk menjadi pemimpin mereka selepas Tun Mahathir bersara.. PM ke-5 diAIBkan dengan mudah apabila gambar TIDOnya dan gambar dia pegang BAHU perempuan disebar merata-rata.. PM ke-6 pulak tidak henti-henti diTEKAN oleh orang bukan Melayu dengan bermacam CARA samada melalui EKONOMI, kes MAHKAMAH, isu agama, masalah DALAMAN parti dan banyak lagi.. Bagaimana boleh menTADBIR secara berkesan jika dia diTEKAN dari segenap arah? Bolehkah dia menjadi pemimpin orang Melayu yang berKESAN sedangkan para PENYANGAK dalam partinya sendiri sering membuat kenyataan yang 'MENIKAM BELAKANG'nya sendiri?

Yang lebih menakutkan adalah apabila kita melihat pola pengundian yang dijangka semakin menekan pada PRU 13 nanti.. Sudah banyak kali kita diberitahu bagaimana parti 'RASIS' La'anatullah begitu berSUNGGUH-SUNGGUH mendaftarkan pengundi Cina untuk PRU 13 kelak.. Dengan kata lain, mereka mahukan UNDI Cina menjadi PENENTU kepada kawasan-kawasan URBAN seperti di KL, Selangor, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.. Apa akan jadi jika negeri-negeri ini ditentukan oleh pola pengundian sedemikian RUPA? Adakah kita mahu menyaksikan kewujudan sebuah REPUBLIK baru dalam sebuah NEGARA?

Kita menyarankan agar NGO-NGO Melayu seperti PERKASA mengambil INISIATIF untuk memberi kesedaran tentang HAKIKAT ini kepada orang-orang Melayu KHUSUSnya pengundi-pengundi muda.. Sebagai sebuah NGO, PERKASA seharusnya berani mengadakan DIALOG, WACANA atau bertemu dengan pengundi-pengundi muda Melayu untuk menyedarkan tentang betapa PENTINGnya mereka memperTAHANkan kuasa POLITIK orang Melayu di negara ini.. Terlampau RAMAI golongan muda Melayu yang diLALAIkan melalui hiburan atau gejala SOSIAL.. Malah, golongan muda Melayu profesional yang bekerja di IPT, jurutera carigali di tengah laut, pekerja kilang dan ramai lagi sudah HILANG 'MOOD' untuk memperjuangkan kepetingan POLITIK Melayu terutamanya apabila melihat keGAGALan UMNO yang menyaksikan para PENYANGAK pulak menguasai parti.. Jangan tunggu UMNO melakukan kerja-kerja sebegini kerana UMNO hanya mahukan mereka menyokong pemimpin-pemimpin tertentu yang menjadi PENYANGAK dalam parti, bukannya mahukan para pengundi muda Melayu ini bersama-sama mempertahankan kepetingan POLITIK Melayu di negara ini..

Wallahualam..

1 comment:

  1. Orang Melayu bukan musuh DS Najib. Musuh sebenar adalah mereka-mereka yang berkomplot untuk menjatuhkan DS Najib sendiri serta kerajaan dan mereka-mereka yang menyalak diluar batasan prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan.

    Justeru itu, DS Najib wajar ikhlas denga segala luahan orang Melayu terhadap MEBnya.

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan