Wednesday, September 29, 2010

DS Najib should concern on what is happening with the 1 Malaysia F1 Team


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita percaya RAMAI masih ingat lagi saat-saat penubuhan '1 Malaysia F1 Team' pada tahun 2009 dan pasukan ini telah pun menyertai F1 pada tahun 2010.. Walaupun setakat ini kejayaan yang dicapai tidaklah sehebat mana berbanding PUBLISITI yang diberikan, tetapi masa depan pasukan ini masih ada jika dikendalikan secara PROFESIONAL, komitmen yang jitu dari semua pihak serta tidak ada unsur-unsur SABOTAJ demi kepentingan peribadi.. Bukankah itu juga harapan rakyat yang mahukan pasukan ini berjaya?

http://en.wikipedia.org/wiki/Lotus_Racing

Namun, demikian, pada HARI ini kita sekali lagi menyaksikan bagaimana NAFSU keTAMAKkan dalam dunia KORPORAT dilihat cuba menJAHANAMkan harapan dan impian pasukan yang diSLOGANkan membawa nama '1 MALAYSIA' ini.. Kita TIDAK tahu semasa penubuhan pasukan ini, adakah mereka yang diMAKSUDkan meletakkan kepentingan KOMERSIAL mengatasi kepentingan kejayaan dalam perlumbaan F1.. Jika itulah OBJEKTIF utama penubuhan pasukan INI, jangan HARAPlah mereka akan menjuarai perlumbaan F1 sampai bila-bila pun.. Seperti kata PERIBAHASA Melayu, "Orang TAMAK selalu RUGI"..

Hari ini kita menyaksikan perBALAHan yang timbul sesama pihak yang terlibat dalam penubuhan pasukan ini.. PUNCAnya ialah apabila pihak Proton yang menguasai syarikat pembuat kereta 'LOTUS' telah memohon untuk menarik BALIK jenama 'LOTUS' yang juga jenama terkemuka dan dikenali ramai dalam industri perMOTORan dan jugak sejarah perlumbaan F1.. Ini kerana penggunaan jenama 'LOTUS' dalam pasukan tersebut sedikit sebanyak telah mencemar imej syarikat pembuat kereta tersebut apabila dikaitkan dengan PRESTASI pasukan ini dalam perlumbaan F1..

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsbusiness.php?id=530762

Tindakkan Proton ini telah diTENTANG hebat oleh pihak pengurusan pasukan '1 Malaysia F1 Team' ini.. Menurut laporan akhbar:-

Timbalan Ketua Pasukan Lotus Racing, Datuk Kamarudin Meranun berkata, selain itu Proton perlu membayar pelaburan yang telah dilakukan oleh tiga individu, membabitkan dirinya, Datuk Seri Tony Fernandes dan SM Nasarudin SM Nasimuddin, bernilai pound 70 juta (RM340.9 juta) pada musim ini. Malah, tambah beliau, pihaknya telah membeli Team Lotus Ventures Ltd. (TLV), yang mempunyai hak untuk menggunakan nama Team Lotus, pada harga lebih pound 3 juta (RM14.61 juta) kira-kira sebulan lalu setelah melakukan kajian kewajaran pertimbangan. Tambah beliau, pihaknya mempunyai dokumen yang ditandatangani berhubung pembelian itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0929&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm

Dalam KONTEKS ini, kita harus FAHAM bahawa 'Lotus Group' yang dimilikki oleh Proton terlibat dalam industri pembuatan kenderaan 'SPORT' dan kejuruteraan AUTOMOTIF.. 'LOTUS Group' diasaskan oleh Anthony Colin Bruce Chapman, seorang jurutera dan pereka kenderaan British yang terSOHOR.. Di bawah jenama 'LOTUS', beliau juga telah menyertai F1 beberapakali pada sekitar tahun 80an.. Selepas kematiannya, 'LOTUS' telah dipecahkan kepada entiti yang membina kenderaan dan entiti yang terlibat dalam perlumbaan F1.. ISU tentang siapa yang BERHAK menggunakan jenama 'Lotus' telah menimbulkan perdebatan hangat dalam forum-forum online..

http://paultan.org/2010/09/28/group-lotus-vs-1malaysia-racing-the-team-fights-back/#more-43106

IMPLIKASI isu ini terhadap industri perMOTORan negara amat BESAR.. Ini kerana peminat-peminat SUKAN berMOTOR tidak mahu melihat nilai KOMERSIAL pada nama JENAMA tersebut lebih diUTAMAkan demi kepetingan KOMERSIAL berbanding berusaha untuk memantapkan dan menggilap pencapaian JENAMA tersebut dalam sukan perMOTORan.. Dengan kata lain, prestasi sesebuah pasukan boleh terjejas jika ada pihak-pihak KORPORAT yang KEPARAT mengutamakan 'CASH Returns' daripada pencapaian pasukan tersebut.. Adakah ini yang diHASRATkan oleh PM sendiri apabila meRASMIkan penubuhan pasukan ini? Cuba kita INGAT balik..

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/9/16/nation/4725891&sec=nation

Apa pun, INIlah PADAHnya apabila orang-orang KORPORAT yang diketahui UMUM sebagai INDIVIDU yang TAMAK tak kehabisan dalam projek-projek LEGASI 'level 4 BOYS' dahulu diberi keBENARan pulak menguasai pasukan-pasukan SUKAN yang boleh dikatakan mewakili NEGARA.. Anda TAHU siapa INDIVIDU TAMAK yang dimaksudkan.. -> Mungkin bekas Presiden PETRONAS sudah melihat keadaan seperti ini akan berlaku dalam pasukan '1 Malaysia F1 Team', sebab itulah beliau tidak berkerjasama seperti mana GLC-GLC lain dalam pasukan ini? Kot Presiden Petronas yang BARU ni pulak tak taulah macam mana.. Jangan dia pun sebahagian PENINGGALAN LEGASI bekas PM ke-5, sudah le..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan