Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Saturday, October 02, 2010
Semakin kurang melayan dan buat KENYATAAN BODOH, semakin CERAH peluang UMNO menang di DUN Galas..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Antara faktor-faktor yang SERING menJEJASkan peluang UMNO untuk menang mana-mana PRK yang ditandingi mereka ialah keKERAPan para pemimpin UMNO memBUAT kenyataan BODOH dan keKERAPan mereka pulak meLAYAN kenyataan BODOH pihak lawan.. Dengan KATA lain, semakin banyak kenyataan BODOH yang dikeluarkan oleh kedua-dua PIHAK semasa PRK ini, maka semakin kuranglah peluang UMNO untuk menang walaupun seHEBAT mana pun calon yang diletakkan oleh mereka.. Walaupun HAKIKATnya peluang jelas terbentang luas di hadapan MATA, semestinya UMNO gagal meMANFAATkan peluang tersebut akibat melayan kenyataan BODOH sesama sendiri..
Kali ini, belum pun apa-apa lagi dah ada dah 'MANGKUK' yang keluarkan kenyataan BODOH bagi pihak UMNO.. Rasanya semua MAKLUM siapa 'MANGKUK' yang kita maksudkan.. Malah, ke PRK mana sahaja 'MANGKUK' nih di bawa oleh jentera kempen UMNO, pasti dia akan men'JANGKIT'kan keSIALannya itu kepada UMNO.. Sekaligus menJEJASkan peluang UMNO untuk menanr PRK yang ditandingi mereka.. Ini bukan sekali, dah banyak kali PRK dah yang kita LIHAT bagaimana penampilan 'MANGKUK' ini semasa KEMPEN telah menyebabkan RAKYAT menolak UMNO di mana-mana PRK.. Adakah UMNO mahu terus memBIARkan 'MANGKUK' ini berterusan membuat kenyataan berunsur SABOTAJ terhadap parti? Kita pakat tengoklah nanti..
Kali ini kenyataan BODOH yang dikeluarkan oleh 'MANGKUK' ini ternyata tidak memBANTU pun.. Belum pun apa-apa lagi, dia dah menDAHULUi DS Najib sebagai Presiden UMNO untuk membuat kenyataan tentang CALON yang bakal dipilih..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1002&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm
Sedangkan, semua MAKLUM bahawa Ku-Li telah dipilih sebagai Pengarah Pilihanraya di DUN Galas, bukankah sebaiknya Ku-Li yang membuat kenyataan tentang CALON? Adalah lebih BAIK dia nih dok DIAM dan biarkan pihak yang sepatutnya buat kerja.. Jangan INGAT rakyat Kelantan lupa KEMPEN 'Pade Doh' yang dipromosi oleh 'MANGKUK' PESALAH Politik WANG ini semasa PRU lepas! Nak kena PADAH sekali lagi ke? Atau nak ulangi sejarah PRK DUN Permatang Pasir hari tuh?
Selain itu, UMNO tidak harus memBIARkan 'MANGKUK' nih memandai-mandai bercakap SOAL perpaduan Melayu dan apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu di DUN Galas..
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/30/mstar_berita/20100929171717&sec=mstar_berita
LUPAkah UMNO bahawa 'MANGKUK' inilah yang kuat menentang NGO Melayu seperti PERKASA yang diketuai oleh seorang anak Kelantan secara terbuka? Lupakah UMNO tentang beberapa kenyataannya yang menganggap tugas PERKASA untuk menyatu-padukan Melayu sebagai 'RASIS' dan berlawanan dengan KONSEP 1 Malaysia? Walaupun DUN Galas agak terpencil, sekarang ini sekejap aje penyebaran MAKLUMAT boleh dilakukan dengan TEKNOLOGI sedia ada..
Dengan mengambil KIRA senario SEMASA, adalah lebih SELAMAT jika UMNO mengHADIAHkan sedas PENAMPAR kepada 'MANGKUK' ini sebelum kempen bermula! Semua MAKLUM Jentera Pemuda UMNO di Kelantan bukan GAH mana pun.. Semua rakyat Kelantan maklum kepimpinan Pemuda UMNO Kelantan cuma TAHU berLAGAK menayang kereta MEWAH hasil 'MENEPEK' dengan 'MANGKUK' PESALAH Politik WANG tuh.. Kesian tinggal Tok Pa aje yang bertungkus-lumus menyelamatkan keadaan.. Itulah yang terjadi di DUN Manek Urai yang menyaksikan calon UMNO kalah dengan TOKEY IKAN!.. UMNO mungkin merasakan mereka MENANG di sana walaupun HAKIKATnya mereka tetap KALAH..
Selain itu, UMNO jugak tidak perlu RESPON kepada kenyataan Pok Nik 'ALAHISSALAM' seperti di bawah.. Kot RESPON jugak, adala PETANDA nak KALAH tuh..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1002&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm
HEK ELEH.. Selama INI pun bukannya Pok Nik MULIAkan sangat tokoh macam Ku-Li ni pun? Selepas Semangat 46 diBUBARkan, semua MAKLUM segala kata NISTA oleh Pok Nik terhadap Ku-Li nih.. Oleh itu kita patut RAMAI-ramai SOAL balik kat orang tua KUTUK nih, sejak bila pulak dia pernah meMULIAkan atau mengHORMATi Ku-Li? Jawab YANG tu dulu Pok Nik WOIT! Nak BODOHkan rakyat pun AGAK-AGAKla!
Sebab itulah kita TEGASkan bahawa semakin kurang UMNO mengeluarkan atau meLAYAN kenyataan BODOH dari mana-mana PIHAK, semakin CERAH peluang UMNO di DUN Galas ini.. Apa yang UMNO perlukan hanyalah INDIVIDU yang rajin bekerja untuk parti dan diketahui UMUM kredibilitinya oleh rakyat Kelantan seperti Tok Pa.. UMNO juga harus mengHARGAi pengaruh Ku-Li di kawasannya.. Yang paling MUSTAHAK, jangan sesekali UMNO bawak 'MANGKUK' yang kita maksudkan datang berKEMPEN terutama sekali bawa isu Perpaduan Melayu! Rakyat Kelantan baru TUNJUKkan SENTIMEN mereka terhadap ISU ini di Pasir Mas.. Nak ke kalau rakyat Kelantan tunjukkan sekali lagi di DUN Galas?
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan