Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Tuesday, September 14, 2010
JUSTICE for Allahyarhamah Sosilawati, Allahyarham Norhisham, Allahyarham Kamaruddin and Allahyarham Ahmad Kamil.. - Al Fatihah..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
'JUSTICE' - Satu perkataan yang cukup suka diUNGKAPkan atau diSLOGANkan oleh puak-puak yang meRASAkan mereka 'terTINDAS' di negara ini walaupun mereka dapat hidup MEWAH dan semuanya lebih daripada cukup.. Malah, perkataan ini jugak tidak terkecuali daripada menjadi MODAL POLITIK puak-puak yang dimaksudkan hingga ada yang memakainya pada nama PARTI.. Soalnya, adakah mereka benar-benar memahami maksud 'JUSTICE' tersebut? Atau mereka hanya menggunakan ISTILAH tersebut secara 'SEBELAH MATA' untuk musuh-musuh POLITIK mereka sahaja?
Puak-puak yang diMAKSUDkan menyalah-gunakan perkataan 'JUSTICE' dalam banyak ISU dengan tujuan untuk memBURUK-BURUKkan pihak berkuasa, kerajaan atau mungkin jugak orang Melayu yang merupakan penduduk MAJORITI negara ini..
- Apabila seorang pencuri kereta mati dalam TAHANAN POLIS, mereka menggunakan perkataan ini untuk menyalahkan pihak berkuasa..
- Apabila seorang pembantu ADUN didapati terBUNUH di ibu pejabat SPRM, mereka menggunakan perkataan ini untuk menyalahkan SPRM..
- Apabila Penasihat PKR menghadapi kes men'JUBOR'nya untuk kali kedua, perkataan ini digunakan lagi KONONnya untuk membelanya..
Banyak lagilah KES penyalah-gunaan perkataan 'JUSTICE' yang tujuan sebenarnya berMOTIFkan POLITIK bukan dengan tujuan untuk mencari keadilan yang sebenarnya..
Namun, bagaimana pulak dalam KES pemBUNUHan Allahyarhamah Sosilawati dan 3 orang lagi yang mengikutinya untuk urusan jual beli TANAH? Apakah bentuk 'JUSTICE' yang dilaung-laungkan oleh puak-puak yang diMAKSUDkan adalah seNADA dan seIRAMA seperti yang selalu mereka sebut dalam kes-kes di atas?
Salah seorang SUSPEK utama KES ini adalah seorang peguam berGELAR Datuk..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Kalau menurut tinjauan beberapa BLOG, peguam ini dikatakan seorang yang mempunyai hubungan RAPAT dengan ahli-ahli POLITIK PR, anggota dalam BAR COUNCIL dan dikaitkan jugak sebagai seorang yang berSIMPATi dengan pertubuhan haram HINDRAF.. Jadik, adakah puak-puak yang diMAKSUDkan akan meLAUNGkan 'JUSTICE' untuk Allahyarhamah Sosilawati dan 3 orang lagi mangsa atau mereka akan meLAUNGkan 'JUSTICE' untuk peguam ini yang boleh diKATAkan seALIRAN pemahaman POLITIK dengan mereka?
Tanda-tanda penyalah-gunaan perkataan ini demi kepentingan POLITIK sudah ADA.. MP Pokok Sena dalam HARAKAH telah menyatakan:-
"Kematian al-Marhumah Sosilawati dan tiga yang lain adalah kes kedua paling dahsyat selepas kematian mendiang Altantuya,"
"Kalau Polis masih enggan mendedahkan siapakah peguam bergelar 'Datuk' yang dimaksudkan, mungkin rakyat selepas ini akan anggap pembunuh Sosilawati ini mungkin ahli politik yang berprofil tinggi, seperti kes Altantuya," ujarnya sambil mendesak Polis menjelaskan motif di sebalik kenyataan media tanpa laporan forensik yang dibuat Mohd Bakri petang tadi.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28593:pembunuhan-sosilawati-ke-2-dahsyat-selepas-kes-altantuya-pas&catid=1:utama&Itemid=50
Kita FAHAM MP Pokok Sena ini memang SEKOLAH TAK HABIS, oleh itu jangan HARAPlah OTAK dia dapat memahami prosedur operasi POLIS untuk kes JENAYAH BERAT seperti ini.. Malah, dengan TARAF PENDIDIKAN sedemikian RUPA, tak HAIRANlah kalau dia langsung tak menyedari KENYATAAN 'BANGANG'nya ini mengGURIS hati dan perasaan ahli keluarga MANGSA..
Dengan MERAPU dan MENGAITkan kes JENAYAH BERAT ini dengan kes JENAYAH yang tak ada KAITAN disamping memperLEKEHkan usaha bersungguh-sungguh POLIS membantu keluarga mangsa, adalah JELAS sekali MP Pokok Sena ini menunjukkan dia bukannya SIMPATI pun sebaliknya MENGHINA ahli keluarga MANGSA.. Apakah perlu TRAGEDI ini diPOLITIKkan dengan kenyataan sedemikian rupa? Apakah ini satu bentuk 'JUSTICE' daripadanya untuk ahli keluarga MANGSA? -> Sebab itulah kita banyak kali SEBUT, setinggi mana pun ILMU anda, masuk PAS aje automatik jadik BODOH! Kalau yang dah sejak asal BODOH, lagilah bertambah-tambah BODOHnya!
Polis masih lagi mengumpulkan bukti FORENSIK selain melakukan siasatan terperinci.. Namun, kalau beginilah pemahaman 'JUSTICE' yang ditunjukkan oleh puak-puak tersebut melalui MP Pokok Sena, kita rasa pihak berkuasa SUKAR untuk menDAKWA para penjenayah tersebut kerana sudah PASTI puak-puak tuh enggan menerima KENYATAAN.. Pasti akan ada PUTAR-BELIT demi menjaga kepentingan POLITIK mereka.. Itu belum lagi bentuk 'PENYUCIAN DIRI' yang bakal dilakukan samada oleh Pok Nik 'ALAIHISSALAM' atau mana-mana ahli POLITIK mereka yang jadik PEGUAM?
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan