ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Apa yang berlaku di Kelantan pada HARI ini sangat-sangat mengejutkan.. Hari ini kita menyaksikan bagaimana seorang Sultan yang masih lagi HIDUP boleh digantikan berbeza dengan keLAZIMan di negeri-negeri lain.. Kita percaya Pok Nik 'ALAHISSALAM' mengetahui dan 'meRELAkan' perkara ini berlaku demi SURVIVAL POLITIK Lebai PAS di Kelantan.. Setakat ini kita masih menunggu REAKSI daripada Kerajaan Pusat, Majlis Raja-Raja, UMNO, PERKASA dan jugak respon rakyat awam berkenaan peralihan kuasa yang boleh dikatakan secara TIBA-TIBA ini..
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a
Sebagai FAKTA, setakat yang kita TAHU belum pernah lagi perkara sebegini berlaku di negeri-negeri lain sejak semua 9 negeri berSULTAN digabungkan ke dalam Persekutuan Malaysia.. Apa yang berlaku di Kelantan telah membuka LEMBARAN BARU dalam institusi beraja di negara INI.. Mungkin Sultan-Sultan Melayu jugak patut 'TAKE NOTE' dengan perkara sebegini..
- Apakah semasa Almarhum Sultan Johor GERING dahulu, berlaku perkara sebegini?
- Apakah semasa Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan GERING dahulu, berlaku perkara sebegini?
Sebab itulah kita katakan apa yang berlaku di Kelantan adalah UNIK dan IRONInya nak tak nak kena diKAITkan dengan SURVIVAL Kerajaan Lebai PAS yang masih ingin menDOMINASI POLITIK dan KUASA di Kelantan.. Apakah wujudnya KOMPLOT antara mereka ini? Menurut BLOG Kickdafella:-
Ia di lakukan berdasarkan peruntukan 23A di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri Kelantan yang dikatakan telah diwartakan pada 22 Julai 2010.
Ini merupakan peruntukan baru dalam Perlembagaan Tuboh Negeri.
Sebelum ini tiada peruntukan di dalam Undang-Undang Tuboh Negeri membenarkan seorang Sultan diturunkan dari tahta melainkan dengan kerelaan atau setelah baginda mangkat.
Sebelum ini ura-ura untuk meminda Perlembagaan Tuboh Negeri telah kencang bertiup semenjak awal 2010 lagi. Bagaimanapun adalah disangkakan bahawa sebarang usaha meminda Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri hendaklah dilakukan di Dewan Undangan Negeri Kelantan dan dengan mendapat persetujuan tidak kurang daripada 2/3 ahli Dewan.
Bagaimanapun, sumber blog ini yang berada di Majlis Permahsyuran tersebut memberitahu bahawa, di luar pengetahuan banyak pihak, sebarang bentuk pindaan Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri yang melibatkan tahta boleh dipinda menerusi Majlis Penasihat Sultan. Adalah difahamkan badan tersebut telah melakukan pindaan ini.
Menurut The Malaysian Insider pula, pindaan tersebut telah diwartakan pada 22 Julai 2010.
http://kickdefella.wordpress.com/
Dengan KATA lain, BLOG tersebut memBAYANGkan seolah-olah ada pihak 'memperCEPATkan' peralihan KUASA dari seorang Sultan kepada Pemangku Sultan melalui beberapa pindaan oleh Majlis Penasihat Sultan walaupun secara TRADISI dan amalannya, peralihan KUASA hanya dilakukan jika seseorang Sultan MANGKAT atau atas-atas sebab seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Negeri..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0913&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm
Jika TAKDIR Allah SWT tiba-tiba menjadikan Baginda SEMBUH, bagaimanakah pulak dengan STATUS perlantikkan tersebut?
Di sini, timbul pulak pertanyaan tentang apakah begitu 'LIMITED' kuasa seorang Pemangku Sultan sehinggakan memerlukan peralihan kuasa daripada seorang Sultan yang masih lagi hidup? Apakah wujud halangan seorang Pemangku Sultan untuk menjalankan tugas-tugasnya semasa Sultan sebenar masih dalam keadaan GERING? Kita serahkan kepada keBIJAKsanaan para pembaca untuk mengKAJI dan menyelidiki sendiri JAWAPAN kepada persoalan ini.. Kita jugak mengalu-alukan KOMEN yang membina berhubung persoalan ini.. Jangan diTANYA pulak persoalan ini kepada Lebai PAS, pasal mereka tengah KEMARUK KUASA.. IMPLIKASI apa yang berlaku hari ini sangat BESAR dan mungkin boleh merubah negara INI menjadi sebuah REPUBLIK di kemudian hari..
Apa pun, kita masih tertanya-tanya apakah penjelasan Kerajaan Negeri terhadap perkara-perkara berikut semasa Sultan masih GERING ketika ini?
- Sudahlah MB sendiri berLAGAK tak nak mengadap Sultan pun ketika Baginda masih GERING di hospital?
- Semasa Baginda hendak menDAPATkan rawatan di Singapura, baginda diHALANG dan kereta kenaikkan Baginda diSEKAT macam PENJENAYAH - Setakat ini masih belum ada penjelasan mana-mana PIHAK pun..
- Hari ini Baginda menyaksikan sendiri bagaimana kuasa Baginda sebagai Sultan telah diambil-alih seperti yang dinyatakan.. Kenapa TIDAK ada perisytiharan bahawa Sultan yang GERING hilang keUPAYAan untuk menjalankan TUGAS?
Apa pun, kita sebagai RAKYAT hanya mampu berTANYA soalan yang pasti tidak akan mendapat RESPON atau JAWAPAN yang seWAJARnya.. Daulat Tuanku..
Wallahualam..
Pada saya yang harus mengunakan akal ialah Pemangku Sultan itu sendiri, jika ianya atas kehendak komplot baginda boleh tolak cadangan untuk memasyhurkan baginda sebagai sultan yang baru. Kalau ada otak tak kan seorang anak rela ayahnya diperbuatkan begini. Namun terpulanglah...tanya diri sendiri, ALLAH lebih mengetahui dan hukumNYA akan menanti.
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteBerat hendak mengatakan pasal ini semuanya hanyalah kisah sesama ANAK-BERANAK tetapi telah pun diganggu-gugat oleh pihak LUAR..
Sebaik-baiknya diselesaikanlah atas nama kekeluargaan tanpa perlu campur tangan pihak LUAR, apatah lagi mereka yang mahu menDOMINASI kuasa POLITIK tapi tak nak kerja untuk RAKYAT..
Kita sebagai RAKYAT hanya mengHARAPkan yang terbaik.. Kita tak mahu sebuah keluarga berpecah-belah hanya kerana TAKHTA.. Apatah lagi seluruh rakyat Kelantan bergantung nasib kepada Sultannya..
Apa yang berlaku sudah pun dijadikan MODAL oleh pihak yang anti keSULTANan Melayu untuk memBURUK-burukkan bangsa Melayu sendiri.. Inilah yang cuba kita ELAKkan..
Soalnya, RAMAIkah yang tahu apa disebaliknya?
Wallahualam..