Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Sunday, September 12, 2010
Respon DS Najib terhadap PERKASA baik aje, kenapa para PENYANGAK dalam UMNO pulak yang 'OVER'?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Kita HAIRAN apabila PM DS Najib sendiri memberi RESPON yang baik terhadap PERKASA, ada pulak para PENYANGAK yang telah memper'KUDA'kan UMNO sebelum ini untuk mengumpul keMEWAHan telah memberi RESPON yang sebaliknya.. Ini telah kita TULIS sebelum ini.. Berikut adalah SEDIKIT petikan RESPON DS Najib sendiri dalam wawancara dengan CNBC terhadap PERKASA:-
CNBC: Mengapa bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan kini PERKASA, kenapa mereka amat susah hati ?
NAJIB: Mereka tidak menentang kami. Mereka lebih berbicara mengenai hak Bumiputra. Sebenarnya, kami tidak menarik balik sebarang hak daripada Bumiputra tetapi kami memperkatakan biar kita lakukan dengan cara berbeza. Biar kita dapat hasil yang lebih baik. Biar kita capai sebuah masyarakat yang lebih saksama. Tetapi pada masa sama, berlaku adil kepada penduduk bukan Bumiputra. Kerana kami mahu membina 1Malaysia.
WAWANCARA penuh boleh dibaca di sini:-
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=527496
Dengan kata LAIN, DS Najib sendiri mengakui bahawa PERKASA bukannya MUSUH kepada pentadbirannya dan mengakui bahawa PERKASA 'CONCERN' terhadap hak-hak Bumiputera.. RESPON DS Najib ini sekaligus dilihat sebagai 'TAMPARAN' kepada para PENYANGAK dalam UMNO yang begitu meMUSUHi PERKASA tanpa sebab-sebab yang KUKUH..
Ini adalah kata-kata DS Najib sendiri sebagai PM dan jugak Presiden UMNO.. Kita percaya MAJORITI ahli-ahli UMNO sependapat dengan DS Najib.. Mereka sudah MUAK dengan tingkah-laku para PENYANGAK dalam UMNO yang membelakangkan OBJEKTIF perjuangan parti dan menjadikan UMNO sebagai platform mengejar kepentingan PERIBADI mereka.. Jika TIDAK, masakan sebahagian ahli-ahli PERKASA adalah jugak ahli-ahli UMNO? Hakikat inilah yang SUKAR diterima oleh para PENYANGAK dalam UMNO yang pernah kita sebut sebelum ini..
Ada seorang PENYANGAK dalam UMNO yang pernah diKAITkan dengan penyelewengan PERMIT TEKSI mengatakan mereka yang menyertai PERKASA adalah kerana mereka gagal memperoleh jawatan dalam parti?
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-bn-mula-pamer-suara-tentang-pendirian-perkasa/
BONGOK! PERKASA adalah NGO, buat apa nak menyertai NGO jika bertujuan untuk memperolehi JAWATAN? Apa yang boleh dapat dengan jawatan dalam NGO? Dapat PERMIT TEKSI? Dapat saham ECM Libra? Dapat KONTRAK atau lesen AP? Ini le dia jenis 'MINDSET' PENYANGAK dalam UMNO - Semua dia nampak DUIT dengan PANGKAT aje!
Jika DS Najib berterusan meLAYAN kerenah para PENYANGAK dalam UMNO, kita percaya MAJORITI pengundi Melayu akan mengerjakan UMNO tanpa belas KASIHAN.. Sanggupkah DS Najib melihat kehilangan lebih banyak 'KERUSI SELAMAT' UMNO dalam PRU 13 nanti disebabkan pengundi Melayu akan mengerjakan para PENYANGAK ini samada mereka 'SEMBUNYI' di Parlimen Putrajaya, Rembau dan Padang Rengas? Kita percaya sebagai PM dan jugak sebagai Presiden UMNO, DS Najib sudah tentu melihat jauh ke hadapan dan dapat mengesan SENTIMEN sebegini..
PERKASA selama ini pun TIDAK pernah menentang kerajaan, apatah lagi membuat tuntutan bukan-bukan seperti HINDRAF, SUQIU dan DAP.. Apa yang diperjuangkan oleh PERKASA adalah selari dengan apa yang telah terMAKTUB dalam Perlembagaan Negara dan jugak menuruti kehendak orang Melayu dan Bumiputera sebagai penduduk MAJORITI di negara ini.. Adakah bila PERKASA menyuarakan kehendak MAJORITI, ianya perbuatan yang SALAH? Hanya mereka yang belajar prinsip DEMOKRASI di Israel aje yang beranggapan sedemikian..
PERKASA turut dianggotai oleh mereka yang berpengalaman dan PAKAR dalam pelbagai bidang samada EKONOMI, agama, pendidikan, undang-undang dan banyak lagi.. Mereka sudi menyertai sebuah NGO seperti PERKASA kerana SEDAR tanggung-jawab untuk menjaga kepentingan Melayu Bumiputera sebagai penduduk MAJORITI negara ini.. Mereka tidak mahu menunaikan tanggung-jawab tersebut dalam UMNO kerana mereka sedar UMNO sudah KORUP dan lari dari objektif perjuangan ASAL.. Kalau tak, masakan boleh muncul para PENYANGAK sebegini dalam UMNO?
Wallahualam..
Salam bro,
ReplyDeleteBagi aku, Tengku Adnan sebagai Setiausaha Agung Umno yang dilantik sendiri oleh DS Najib sebagai Presiden Umno dan BN, tak boleh mengeluarkan kenyataan untuk pihak Umno dan BN kalau tidak dapat endorsmen dari ketua sendiri (DS Najib) . Setiausaha kerjanya ialah untuk menjalankan arahan dari presiden (bos) tak boleh buat kerja tanpa arahan. So bagi aku, ini adalah pendirian dari DS Najib sendiri selaku Presiden. Kalau tak, baik Tengku Adnan je yang jadi ketua. Betul tak?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteDia nih dilantik sebagai SU Agung UMNO semasa Tun Dolah jadik PM lagi, bukan semasa DS Najib..
http://en.wikipedia.org/wiki/Tengku_Adnan_Tengku_Mansor
Oleh itu, ada 3 kemungkinan kat sini:-
1) DS Najib bermuka-muka dengan PERKASA melalui SU Agung UMNO
2) DS Najib GAGAL mengawal para PENYANGAK dalam UMNO membuat kenyataan sesuka HATI diorang
3) Ada KOMPLOT sesama PENYANGAK dalam UMNO sendiri nak SABOTAJ DS Najib melalui KONSEP 1 Malaysianya..
Jika dia SU Agung UMNO yang patuh kepada KETUA, dah tentu dia mintak MAAF terhadap DS Najib di atas kenyataannya..
Kita SETUJU dgn Awang Selamat Utusan Malaysia bahawa UMNO yang rugi kerana PERKASA sebagai NGO tak rugi apa-apa pun?
Jadik, tengokla siapa yang KENA..
Wallahualam..
Salam,
ReplyDeleteUntuk direnungkan, baca hipotesis dari bro Din Turtle. Ada kebenarannya, DS Najib mungkin merasakan Perkasa adalah penghalang kepada gagasan 1Malaysia yang diilhamkannya!
DS Najib wajar mencontohi dan mengikuti jejak langkah Datuk Onn Jaafar, apabila beliau sebagai Presiden UMNO tidak lagi memperjuangkan matlamat perjuangan orang Melayu dan Bumiputera apabila membiarkan UMNO berselisihan dengan Perkasa serta beliau memperjuangkan 1-Malaysia yang nampaknya memberi keutamaan yang lebih kepada kaum-kaum lain daripada Orang Melayu dan Bumiputera.
ReplyDelete