Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Thursday, October 21, 2010
Perwakilan UMNO tak nak tanya ke kenapa Ketua Pemudanya terhegeh-hegeh bagi passport kat Penasihat PKR dulu?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Kita percaya UMNO tahu siapa MUSUHnya dalam arena POLITIK.. Kita jugak percaya UMNO ada sikap 'awareness' terhadap MUSUHnya dalam arena POLITIK.. Yang menjadi masalahnya ialah UMNO tidak mempunyai STRATEGI yang mantap untuk menghadapi musuh mereka dalam arena POLITIK.. Lebih memBURUKkan keadaan, UMNO tidak sedar pun bahawa parti ini telah di'HIJACK' dengan unsur-unsur LUARAN yang meROSAKkan asas perjuangan parti dan mengHANCURkan segala pencapaian UMNO selama ini.. UMNO tidak sedar bahawa merekalah yang menCIPTA musuh-musuh mereka sendiri dan merekalah yang memBIARkan musuh dalam SELIMUT bermaharaja-lela dalam parti mereka..
Di dalam dewan persidangan, ahli-ahli UMNO mungkin beranggapan orang luar atau rakyat tidak TAHU dan tidak perlu tahu apa yang mereka perkatakan.. Malah, sudah LUMRAH kita mendengar ucapan para pemimpin UMNO yang menDABIK dada KONONnya merekalah hero, pejuang dan sebagainya.. Namun demikian, apabila media meLAPORkan kepada RAKYAT di luar sana, secara AUTOMATIK rakyat tetap beranggapan sebaliknya.. Bukan kerana laporan MEDIA tidak TELUS, sebaliknya kerana RAKYAT sudah bijak untuk memBUAT peNILAIan sendiri terhadap setiap isi kandungan ucapan para pemimpin UMNO.. Jadi, cukup-cukuplah dengan cubaan untuk memperBODOHkan rakyat!
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1021&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
Seperti BIASA, sudah tentu ucapan 'ANGKUH' dan 'BONGKAK' Ketua Pemuda UMNO yang akan cuba diPUBLISITIkan walaupun isi kandungannya sangat HAMPEH dan boleh dibakul-sampahkan.. Antara petikan 'MENARIK' yang diPUBLISITIkan ialah:-
"Anggaplah kami sebagai harapan dan bukan ancaman, berikanlah juga kami peluang dan kepercayaan, upayakanlah kami untuk memegang dan menggalas tanggungjawab lebih berat. Saya percaya, Pemuda UMNO hari ini bukan golongan yang mengejar jawatan, gila kuasa, tamak projek tetapi kami pendokong harapan, pembela nusa, pencetus semangat, satria setia,"
Sejak dulu lagi golongan muda adalah peWARIS kepada golongan sedia ada untuk menjadi pemimpin.. Ini adalah LUMRAH dan orang tak sekolah pun tahu HAKIKAT ini.. Yang menjadi ANCAMAN ialah apabila segelintir orang muda yang beranggapan sijil OXFORD mereka tu meLAYAKkan mereka melakukan keSALAHan yang meMALUkan seperti MENABUR WANG semasa pemilihan parti untuk mengejar jawatan, menGANGGU pentadbiran NEGARA semasa 'BABAH'nya menjadi PM dan bersekongkol dengan musuh-musuh negara untuk mengaut keKAYAan walaupun diri sendiri tidak ada pekerjaan TETAP.. Malaun macam ni ke yang LAYAK dijadikan pendokong harapan, pembela nusa, pencetus semangat, satria setia? KAH!KAH!KAH!
- JIKA BUKAN KERANA MENGEJAR JAWATAN, APA KATA MALAUN NI MELETAKKAN JAWATAN KETUA PEMUDA UMNO YANG DIMENANGI MELALUI POLITIK WANG SEMASA PEMILIHAN PARTI 2009 LALU?
- JIKA BUKAN KERANA MENGEJAR JAWATAN, APA KATA ARAHKAN SAJA BALACINYA DALAM PEMUDA UMNO HENTIKAN MELOBI DIRINYA UNTUK JAWATAN DALAM KABINET?
Selanjutnya, MALAUN itu berkata lagi..
"Anak-anak muda sekarang lebih gemar disajikan dengan pilihan politik yang menguji daya pemikiran mereka. Penyebaran maklumat melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter sudah menjadi alternatif pilihan kepada media massa tradisi. Pemikiran golongan muda dibentuk bukan melalui kenyataan atau ulasan menteri dalam Buletin Utama TV3 atau Warta Perdana TV1 tetapi melalui apa yang mereka lihat dan dengar dalam YouTube yang tidak boleh dikawal atau dipengaruhi,"
Disebabkan PENGARUH Facebook dan Twitterlah UMNO jangan sesekali CUBA untuk menipu RAKYAT apatah lagi berSIKAP lidah berBELIT seperti Ketua Pemudanya.. Facebook mahupun Twitter bukannya produk graduan Oxford pun.. Dengan KATA lain, bukan orang Oxford sahaja yang BIJAK dalam dunia nih.. Banyak lagi graduan universiti bukan Oxford yang mahu menyumbang kepada NEGARA tetapi naik MELUAT pasal UMNO terlampau 'SAYANG'kan graduan Sains Politik Oxford nih!
Jika anda sering memBACA blog-blog tertentu, anda pasti akan terBACA perihal Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG yang akan men'DELETE' atau mengHALANG mana-mana bloggers yang mengKRITIKnya dalam Facebook dan Twitter terUTAMA sekali apabila blogger tersebut menanyakan tentang bagaimana MALAUN ini boleh beli saham ECM Libra yang NILAInya berjuta-juta RM sedangkan pada masa tuh dia boleh dikatakan takde kerja TETAP pun? Cuba anda tanya soalan sebegini, TENGOK le dia JAWAB ke tidak! KAH!KAH!KAH!
Kita diFAHAMkan bahawa Timbalan Presiden UMNO menyarankan agar Perhimpunan Agung UMNO kali menyuarakan suara AKAR UMBI ahli parti kepada pucuk pimpinan parti.. Untuk itu, apa kata ahli-ahli UMNO atau perWAKILan UMNO berTANYAkan soalan sebegini:-
1) Kenapakah Ketua Pemuda UMNO ini terHEGEH-HEGEH sanggup mengHANTAR passport kepada Penasihat PKR semasa dia diBEBASkan dari jel Sungai Buloh pada tahun 2004 dahulu sedangkan dia bukannya pegawai Imigresen dan semua orang TAHU dokumen seperti passport tidak boleh dipegang oleh orang lain sesuka hati?
2) Apakah hubungan antara Ketua Pemuda UMNO dengan individu bergelar 'The HINDU GOD Muslim Priest'? Adakah sekadar 'KAWAN BIASA' atau lebih daripada itu sedangkan banyak sekali TUDUHAN dan laporan POLIS yang dibuat mengaitkan individu ini dengan percubaan untuk memBURUKkan kepimpinan DS Najib dan jugak mengubah lanskap POLITIK negara?
3) LAYAKkah Ketua Pemuda UMNO ini memperkatakan tentang isu kepimpinan parti sedangkan dia MENANG jawatannya pun setelah diDAPATi berSALAH melakukan keSALAHan POLITIK WANG? Pernahkah ini berlaku dalam sejarah parti sebelum INI?
Jika UMNO kata mereka benar-benar berJUANG untuk RAKYAT, sila kemukakan SOALAN ini semasa Perhimpunan Agung UMNO sedang berLANGSUNG.. Rakyat MAHUkan jawapannya! HE!HE!HE!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan