Wednesday, October 20, 2010

Anugerah Tokoh Usahawan untuk cari SPONSOR kekalkan jawatan dalam parti la tu...


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Pemuda UMNO memBUKTIkan sekali lagi mereka hanya mengikut segala kemahuan peSALAH POLITIK WANG hinggakan tanpa disedari mereka turut sama menJATUHkan maruah parti sendiri.. Adakah Pemuda UMNO tidak ada OTAK untuk berfikir sendiri hinggakan apa sahaja yang diSOGOKkan oleh graduan Oxford dianggap BIJAK dan wajar dituruti 100%? Kenyataan ini adalah merujuk Anugerah Usahawan 1Malaysia kelas Master yang dianjurkan oleh Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BEPU) Pergerakan Pemuda UMNO dengan kerjasama majalah The Leaders..


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1018&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm&arc=hive


Pertama SEKALI, adakah Pemuda UMNO faham apakah maksud perkataan 'USAHAWAN'? Dengan merujuk kepada istilah 'USAHAWAN' dalam Kamus Dewan, ianya berMAKSUD:-

Orang yg mengusahakan sesuatu perusahaan, pengusaha; keusahawanan (segala-gala) yg berkaitan dgn usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=usahawan

Dengan kata lain, 'USAHAWAN' adalah orang yang berUSAHA atau mengUSAHAkan sesuatu kegiatan berbentuk tambah nilai atau sesuatu yang baru untuk dijual atau dipersembahkan kepada masyarakat.. Mereka yang berGELAR 'USAHAWAN' adalah mereka yang telah berUSAHA dari SIFAR atau daripada tahap tidak ada apa-apa pun hinggalah mereka meniti keJAYAan sedikit demi sedikit.. Bak kata pepatah Inggeris "NO PAIN NO GAIN"..

Berbalik pula kepada Anugerah Usahawan 1Malaysia kelas Master yang dianjurkan oleh Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BEPU) Pergerakan Pemuda UMNO.. Kita HAIRAN apabila melihat senarai beberapa penerima ANUGERAH adalah bukannya mereka yang benar-benar sepatutnya dipanggil 'USAHAWAN' mengikut definisi Kamus Dewan seperti yang dinyatakan.. Adakah INI satu lagi kerja BODOH Pemuda UMNO untuk memperBODOHkan diri mereka sendiri di hadapan rakyat?

Kita TIDAK kisah jika mereka yang dipilih diANUGERAHkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) terBAIK atau tokoh perniagaan terbaik.. Mereka memang LAYAK.. Namun, jika mereka menerima anugerah sebagai 'USAHAWAN', kita ingin TAHU apakah yang 'TELAH DIUSAHAKAN' oleh mereka sehingga BERJAYA?

- Adakah CIMB itu diUSAHAkan sendiri oleh CEOnya dari awal-awal lagi atau CIMB itu pada asalnya adalah Bank Bumiputra yang digabungkan dengan Commerce Asset Holdings dan Southern Bank?

http://ms.wikipedia.org/wiki/CIMB

- Adakah Air Asia itu yang dahulunya hanyalah memilikki dua buah kapal terbang dan dan pernah dimilikki oleh DRB Hicom itu diUSAHAkan sendiri oleh CEOnya? Dapatkah CEO yang dimaksudkan membeli Air Asia daripada DRB Hicom jika tidak dibantu oleh kerajaan? Inikah yang dikatakan 'USAHAWAN'?

http://ms.wikipedia.org/wiki/AirAsia

Begitu juga dengan para penerima daripada beberapa konglomerat terkemuka.. Kebanyakkan daripada mereka adalah PEWARIS kepada bapa atau generasi terdahulu yang sebenarnya mengUSAHAkan konglomerat tersebut hingga berjaya.. Dengan kata lain, bapa-bapa merekalah yang LAYAK dipanggil sebagai 'USAHAWAN' dan menerima ANUGERAH tersebut.. Adakah Pemuda UMNO tidak tahu memBEZAkan perkara ini atau sememangnya diperBODOHkan oleh 'BOSS' mereka, si PESALAH POLITIK WANG?

Siapakah yang sebenarnya LAYAK dipanggil 'USAHAWAN' dan layak diberikan anugerah? Kita ada dua CONTOH.. TS Syed Mokhtar AlBukhary yang asalnya hanyalah peniaga LEMBU di Kedah sebelum berjaya sedikit demi sedkit hingga memilikki perniagaan BERAS, pelabuhan, bank dan syarikat pembinaan.. Seorang lagi yang LAYAK dipanggil usahawan ialah allahyarhamah Datuk Soosilawati Lawiya yang semua maklum beliau asalnya seorang penoreh GETAH sebelum berjaya menjadi pemilik jenama alat solek terkemuka.. Mereka inilah yang LAYAK dipanggil 'USAHAWAN' dan layak menerima ANUGERAH sebagai 'USAHAWAN'..

Pemberian ANUGERAH Usahawan 1Malaysia kepada mereka yang diRAGUi status 'USAHAWAN'nya patut diLIHAT sebagai cubaan Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG untuk mencari SPONSOR bagi dia memperTAHANkan jawatan atau SPONSOR untuk dia bertanding jawatan lebih TINGGI dalam Pemilihan UMNO akan datang.. Bukankah itu yang dipanggil 'SETIAKAWAN'(SETIA-KAT-WANG)? Adakah Pemuda UMNO mengHARAPkan rakyat dan penyokong UMNO sebegitu BODOH hingga buat-buat tak NAMPAK apa yang mereka lakukan? Rakyat hanya KAGUM dengan mereka yang berUSAHA untuk kejayaan dan Ketua Pemuda UMNO bukanlah jenis yang ber'USAHA'..

Wallahualam..

4 comments:

  1. Sangat setuju. Semua tu bukan usahawan. semua tu cendawan

    ReplyDelete
  2. kadang2 aku rasa,kitol nih adalh trojan horse yg dihantar oleh aljub untuk musnahkan umno,,,,,

    ingatlah org umno,klu tuan2 mudah dibeli dengan wang (setiakatwang),satu hari nnti,anak cucu tuan2 akan jadi seperti 'ayam d kepuk,mati kelaparan,itik d air mati kehausan'

    masa tuh,menangis sampi kuar air mata darah pn dah tak guna......

    ReplyDelete
  3. Biasa larrr!!! UMNO & Wang berpisah ada...... kalau tak, PA YB Dato Khaled Nordin baru setahun jaggung dah boleh pakai Porsche Cayenee

    ReplyDelete
  4. sekali sekala ingin juga bersantai dengan makna bersantai "PEMUDA UMNO" seperti di sini:-

    KaBel In My Mind

    he..he..he..

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan