Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Monday, November 29, 2010
Api dalam SEKAM, gunting dalam LIPATAN, duri dalam DAGING..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Ketika ini kita dapati PKR sedang RANCAK memperBODOHkan rakyat Malaysia menerusi KONGRESnya.. Daripada mereka yang mengHADIRinya, segala bentuk ucapan semacam memuja Penasihat PKR sampai tahap tak ingat Tuhan.. Mungkin ini agenda ILLUMINATI dan penyokong Dajal akhir ZAMAN seperti yang diperingatkan menerusi banyak hadis nabi, namun kita YAKIN rakyat tak sebegitu MUDAH untuk diperBODOHkan oleh mereka ini.. Sampai satu TAHAP, rakyat akan menolak mereka seperti mana rakyat pernah menolak UMNO kerana melakukan PERKARA yang sama dahulu semasa di bawah PM ke-5.. Oleh itu SEJARAH akan berulang dan kali INI mangsanya adalah PKR..
Namun, yang kita rasakan sedikit RALAT melihat betapa MINIMAnya penglibatan Pemuda UMNO untuk 'MENYERANG' dan menDEDAHkan keBURUKkan PKR ini kepada rakyat.. Rata-rata KOMEN yang kita baca menerusi MEDIA kebanyakkannya diucapkan oleh para pemimpin NGO Melayu dan jika ada pun dari Pemuda UMNO, semuanya KOMEN dari pemimpin tahap 'CAI' aje.. INI menambah lagi keYAKINan kita bahawa sememangnya kepimpinan Pemuda UMNO sebenarnya berSEKONGKOL dengan kepimpinan PKR secara SENYAP untuk menSABOTAJ UMNO di bawah DS Najib dan TS Muhyiddin.. Dengan kata lain, mereka TIDAK mahu UMNO pulih dan kembali menDAPAT sokongan rakyat khususnya orang Melayu.. Kalau TAK, takkanlah Ketua Pemuda UMNO terhegeh-hegeh jadik pemBAWA passport kepada Penasihat PKR dahulu?
Walaupun DS Najib sebagai Presiden UMNO sudah LAMA menyuruh jentera UMNO tidak lagi berTAHAN sebaliknya mula menyerang LAWAN, tetapi Pemuda UMNO tetap bersikap HAMBAR terhadap arahan Presiden UMNO sendiri.. KeSUNGGUHan mereka menyerang lawan pun setakat ala kadar untuk menunjukkan kepada MEDIA bahawa mereka adalah pemimpin UMNO di sesebuah kawasan.. Dengan kata lain, nak cari PUBLISTI murahan aje.. Langsung tidak ada USAHA untuk menSENSASIkan sesuatu ISU hingga tahap menyaksikan lawan mereka boleh TUMBANG kerana keGAGALan mereka menangani sesuatu ISU yang diketengahkan.. NGO-NGO Melayu jauh lebih BERANI berbanding Pemuda UMNO dalam mengetengahkan isu yang meRIMASkan komponen PR khususnya PKR..
Pemuda UMNO hanya berani 'tayang TELOQ' semasa Perhimpunan Agung UMNO(PAU) sahaja.. Semasa PAU, bukan main lagi lantang, bersyarah sampai tak ingat DUNIA.. Malah, PAU jugak menjadi MEDAN mereka mencari PUBLISITI hinggakan ada Ketua Pemuda Bahagian begitu GILAkan PUBLISITI hingga gantung 'BANNER' mukanya di PWTC untuk tatapan para perwakilan.. Begitu sekali tahap gila PUBLISITI para pemimpin Pemuda UMNO semasa PAU mengalahkan PUBLISITI untuk Presiden dan Timbalannya.. Selesai aje PAU, Ketua Pemuda Bahagian ini SEMUA balik kawasan masing-masing terus memperBODOHkan rakyat dengan cerita DEWA-DEWA tentang diri sendiri.. Tinggal Presiden dan Timbalan Presiden parti dok pulun menyerang lawan..
Terus-terang KATAlah, tidak ada yang SIGNIFIKAN untuk UMNO dapat balik kerusi yang mereka TEWAS semasa PRU 12 lalu, apatah lagi untuk menawan kembali negeri-negeri seperti Kedah, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.. Pemuda UMNO telah menjadi BARAH yang meLUMPUHkan semangat perjuangan UMNO akibat SALAH PILIH KETUA.. Jika orang yang SALAH jadi Ketua Pemuda UMNO di peringkat PUSAT, apakah ahli-ahli UMNO mengHARAPkan kepimpinan di peringkat NEGERI, Bahagian dan Cawangan menunjukkan perBEZAan? Jika Ketua Pemuda UMNO diketahui UMUM sebagai GILA PUBLISITI, peSALAH POLITIK WANG dan sering menSABOTAJ asas perjuangan parti, apakah ahli-ahli UMNO menjangkakan kepimpinan peringkat bawahan tidak sepertinya?
Sebab itulah walaupun komponen PR sekarang ini LEMAH akibat masalah dalaman masing-masing dan keGAGALan mereka mengotakan JANJI kepada rakyat, kita langsung tidak nampak UMNO mengambil kesempatan di atas keLEMAHan mereka dan jentera-jentera UMNO khususnya dalam Pemuda UMNO turun padang mengembalikan SOKONGan kepada rakyat.. Semuanya sibuk nak jaga JAWATAN masing-masing kerana di situlah bagaimana mereka dapat memBUAT duit - MASSYUUUKK!! Mungkin sudah TIBA masanya DS Najib sebagai Presiden UMNO menROMBAK kuasa para pemimpin setiap jentera UMNO di kepimpinan peringkat Negeri dan Bahagian yang ENGGAN berundur walaupun terBUKTI mereka GAGAL.. Jawatan parti diperTAHANkan kerana itu punca pendapatan mereka, sebaliknya KHIDMAT kepada rakyat diperSETANkan kerana LETIH aje yang dapat!
Jadik, masihkah UMNO berMIMPI menang MUDAH di PRU 13?
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan