Wednesday, December 01, 2010

Penangguhan pemilihan 18 bulan - UMNO takut nak berUBAH kerana 'WARLORD' mereka?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Semalam apabila DS Najib mengUMUMkan penangguhan Pemilihan UMNO selama 18 bulan, ada PIHAK sudah beranggapan bahawa pengumuman itu sebagai INDIKASI untuk PRU-13.. Adakah BENAR anggapan mereka? Adakah UMNO sebegitu KONFIDEN mereka dapat menebus kembali kerusi yang mereka KALAH semasa PRU-12 lalu?

http://agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a

Adakah keputusan ini adalah TEPAT atau siapakah yang mepengaruhi semasa mesyuarat MT untuk keputusan INI? Entah kenapa kita RASA ada yang tak KENA dengan keputusan ini..

Kita beranggapan sedemikian KERANA kita meRASAkan UMNO masih GAGAL untuk meMENANGi hati rakyat jika melalui PRU tanpa melakukan Pemilihan Agung UMNO yang baru.. Semua MAKLUM bahawasanya Pemilihan Agung UMNO yang terbaru pada 2009 adalah antara pemilihan yang paling KOTOR dalam sejarah UMNO.. Dengan KATA lain, kebanyakkan mereka yang terpilih masa tuh khususnya dalam Pemuda UMNO nampak jelas ada 'BAU-BAU DUIT'.. Ye la.. Kalau dah 'BOSS' pun terBUKTI berSALAH melakukan POLITIK WANG, apakah mereka yang di pilih olehnya dalam Pemuda UMNO adalah orang-orang yang 'BERSIH, SUCI lagi MURNI'?

Adakah dengan keMENANGan di DUN Galas, DUN Bagan Pinang, DUN Batang Ai, Parlimen Hulu Selangor dan Parlimen Batu Sapi sudah memBERIkan jaminan UMNO akan MENANG di PRU-13 kelak? Adakah dengan keMENANGan tersebut UMNO beranggapan mereka sudah PULIH dan meLUPAkan keKALAHan pahit mereka di Permatang Pauh, Sibu, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau, DUN Manek Urai, dan DUN Permatang Pasir? Nampak sangat UMNO mudah diLALAIkan dengan keMENANGan dan kita percaya ini berlaku kerana begitu tidak berKUALITInya pemimpin UMNO yang dipilih semasa Pemilihan Agung UMNO yang lalu..

UMNO sudah meminda Perlembagaan Parti untuk memBENARkan pemimpin di peringkat akar umbi memilih sendiri pemimpin di peringkat pusat.. MALANGnya, pindaan tersebut hanya di atas KERTAS kerana UMNO sendiri tidak mahu memBUKTIkan keTELUSan mereka apabila menangguhkan Pemilihan Agung parti selama 18 bulan.. Untuk apa? Untuk memBOLEHkan mereka yang diPILIH khususnya yang terBUKTI melakukan keSALAHan POLITIK WANG bermaharajalela meMUSNAHkan imej UMNO dan pada masa yang SAMA tidak segan silu menDABIK dada mengaku diri sebagai pemimpin walaupun terpilih dengan CARA yang menCURIGAkan dan diBENCI oleh rakyat? Kalau begitu, apa BEZAnya CORAK pemilihan pemimpin dalam UMNO dengan PKR? Tak ke SAMA aje?

Kita cukup yakin UMNO akan tersungkur TERUK jika menghadapi PRU-13 dengan kepimpinan sedia ada.. Rakyat bukan BODOH dan 'MOOD' rakyat boleh berubah sekelip mata.. Malah, rakyat boleh mengubah sokongan mereka sebegitu CEPAT jika mereka meluat dengan GELAGAT pemimpin UMNO seperti yang dinyatakan.. Apakah UMNO mahu itu berlaku? Satu-satunya cara untuk memBERSIHkan UMNO hanyalah dengan mengadakan pemilihan parti sebelum PRU-13 menggunakan pindaan peraturan seperti yang dinyatakan.. INI sahaja cara untuk mengembalikan SOKONGan rakyat kepada UMNO.. Ini jugak dapat mengHAPUSkan POLITIKING para 'WARLORD' UMNO di peringkat negeri..

Memang diketahui UMUM gelagat para 'WARLORD' UMNO di peringkat negeri antara penyebab UMNO kalah di Kedah, Kelantan dan Selangor.. Malah, tidak mustahil UMNO bakal hilang kuasa di Terengganu, Negeri Sembilan dan Perlis kerana masalah yang SERUPA.. INI berlaku kerana terlalu RAMAI mereka yang 'memBUNCITkan' perut sendiri menjadi pemimpin UMNO.. Mereka yang beranggapan UMNO adalah sebuah syarikat KONGLOMERAT yang memberikan pulangan LUMAYAN jika diMANIPULASIkan.. Rakyat sebagai pengundi sudah tentu enggan menyerahkan masa depan mereka terhadap sebuah 'SYARIKAT' yang berorientasikan keUNTUNGan.. Yang rakyat mahukan hanyalah sebuah organisasi yang mampu melindungi dan menJAMIN masa depan mereka di negara ini.. Inilah yang perlu diUBAH oleh UMNO..

Apa pun, kita SERAHkan kepada RAKYAT untuk memikirkan samada penangguhan Pemilihan Agung UMNO selama 18 bulan adalah petanda UMNO takut untuk berUBAH atau sebaliknya.. Rakyat sudah lama BIJAK cuma UMNO belum lagi..

Wallahualam..

2 comments:

  1. Nampak gaya memang UMNO takut untuk berubah.

    Pemilihan dan rombakan kabinet, kita pun maklum, bukan merupakan kacang butir senang dimakan dan ditelan. Walauupun ianya payah dan sukar, ia mesti juga dihadapi, sooner or later.

    PM masih lagi dok main "play safe"?

    Is There An Option To Choose?

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    Kalau kena TUNDUK kepada tekanan WARLORD tertentu, nampak gayanya tak lama la jadik Presiden Parti.. Kenal belajar dari Tun M macam mana nak tangani perangai 'WARLORD' ini..

    Wallahualam..

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan