Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Thursday, November 25, 2010
Ketiadaan pemimpin berwibawa dan berjiwa RAKYAT penyebab UMNO akan GAGAL tawan Selangor..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Apabila meneliti beberapa BLOG milik penyokong UMNO/BN dan jugak penyokong PR, ada beberapa analisa yang mungkin kita RASA kita patut bagitau sejujur-jujurnya jika BN benar-benar berHASRAT mahu menawan Selangor.. Ada RAMAI pendapat mengatakan Selangor akan kembali kepada BN pada PRU 13 nanti.. Malah, pendapat ini jugak turut keDENGARan di kalangan beberapa pemimpin tertinggi UMNO.. Soalnya, setakat MANAkah OPTIMISnya mereka? Benarkah keYAKINan mereka itu berSANDARkan fakta atau sekadar angan-angan KOSONG?
Dulu kita dah MAKLUMkan betapa berTUAHnya Selangor kerana negerinya KAYA dan MAKMUR.. Nilah HARTANAH di Selangor adalah antara yang tertinggi di negara ini.. Pendapatan dan TARAF hidup rakyat mereka juga TINGGI.. Malangnya, Selangor tidak pernah menDAPAT seorang pemimpin yang benar-benar berWIBAWA.. Hampir semua MB Selangor ada KONTROVERSI dan SKANDAL mereka tersendiri.. Malah, mana-mana yang BERJAYA menguasai Selangor boleh diKATAkan hanya berMINAT untuk 'meROMPAK' keKAYAan negeri berbanding berKHIDMAT seperti yang diAMANAHkan oleh rakyat yang mengundi mereka.. Inilah SIAL ayng 'meLEKAT' pada negeri yang KAYA ini..
Kenapakah PR berjaya memBENTUK kerajaan di Selangor selepas PRU 12? Adakah kerana mereka benar-benar KUAT? TIDAK.. Sudah tentu TIDAK.. Jawapannya kerana kepincangan kepimpinan BN khususnya UMNO Selangor sendiri.. Pada masa itu, UMNO Selangor GAGAL membawa kehendak RAKYAT sebaliknya diLIHAT menurut kehendak golongan pemimpin tertentu dalam UMNO.. Malah, kepimpinan UMNO Selangor pada masa itu lebih menjurus kepada mengAGUNGkan seseorang - SAMAlah macam yang Lebai PAS dok puja Pok Nik 'ALAIHISSALAM' di Kelantan.. Ditambah pulak dengan USAHA seseorang dalam UMNO pusat yang berCITA-cita BESAR mahu jadi PM terMUDA lalu dia telah memecah-belahkan UMNO Selangor dengan menabur DUIT sambil meletakkan kuncu-kuncunya.. Maka, caca-merba jadiknya UMNO Selangor hingga menyaksikan Selangor jatuh ke tangan PR..
Apa pun, "DAMAGES already being DONE!".. Tak ada gunanya menangisi perkara yang LEPAS.. Namun, KESANnya hingga hari ini masih keLIHATan.. UMNO Selangor seperti jugak UMNO Kelantan berpecah-belah mengikut kepentingan 'WARLORD' tertentu.. Malah, UMNO Selangor jugak tindak mempunyai seorang pemimpin yang MAMPU menyatu-padukan mereka dan diHORMATi oleh rakyat Selangor.. Pemimpin yang ada hari ini SEMUAnya mengejar PUBLISTI untuk diri sendiri dan tidak mahu BERSATU sesama ahli parti.. Sebut aje nama mana-mana pemimpin UMNO Selangor, pasti akan keDENGARan suara mengejek di kalangan RAKYAT Selangor sendiri.. Tak percaya ke? HE!HE!HE!
http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2010/11/jawatan-kosongblogger-diperlukan-gaji.html
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/11/salam-persaudaraan-gap-hulurkan-kepada.html
PR pula walaupun kelihatan ada keKACAUan dalam PKR yang diketuai oleh MB TS Khalid, tetapi PR menDAPAT sokongan yang amat KUAT dikalangan kaum-kaum bukan Melayu di Selangor.. Dengan kata LAIN, sokongan mereka INI begitu 'SOLID' untuk PR terutamanya untuk DAP.. Manakala sokongan terhadap Lebai PAS pulak diterima daripada orang-orang Melayu yang KECEWA dan MELUAT melihat GELAGAT para pemimpin UMNO Selangor seperti yang diNYATAkan.. Ini sahaja sudah CUKUP untuk memberikan KUASA kepada PR menjadi kerajaan di Selangor walaupun dengan MAJORITI mudah.. Oleh sebab itu, janganlah sebegitu OPTIMIS mengatakan Selangor akan kembali kepada BN.. Mungkin jugak mereka yang SENGAJA menyebarkan perasaan OPTIMIS ini adalah golongan 'LANUN' yang belah UMNO pun dia sapu, belah PR pun dia KEBAS! HE!HE!HE!
Satu-satunya jalan penyelesaian hanyalah dengan UMNO Selangor mencari seorang pemimpin yang BENAR-benar memahami dan kembali kepada ASAS perjuangan parti.. Manakala ahli-ahli UMNO Selangor pulak kenalah seBULAT suara menyokong pemimpin sebegini.. Jangan pulak menyokong kerana mahukan KONTRAK, TENDER, atau PROJEK.. Ahli-ahli UMNO sebeginilah yang membuat TAIK terhadap parti dan WAJIB diSINGKIRkan jika UMNO mahu kekal menjadi kerajaan di negara INI.. UMNO Selangor tidak lebih HEBAT berbanding dengan UMNO Kelantan.. Jika para pemimpin UMNO Kelantan boleh bersatu-padu di DUN Galas untuk meMALUkan REJIM Pok Nik, kenapa pulak UMNO Selangor tidak boleh?
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan