Tuesday, November 23, 2010

Dana kerajaan untuk Muzium Dr. Sun Yat Sen - mungkin selepas ini ada Muzium General Mao atau Chin Peng pulak?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita PERCAYA ramai rakyat Malaysia terutamanya yang bukan berasal dari BENUA China kenal siapa Dr. Sun Yat Sen.. Kalau sesiapa RAJIN tengok balik filem-filem Once Upon a Time in China II lakonan Jet Li dan Donnie Yen, mungkin anda akan terjumpa pelakon yang membawakan watak TOKOH ini.. Namun, seperti SEJARAHnya, tokoh ini hanya dikenali di BENUA China dan langsung tak ada KAITAN pun dengan negara INI walaupun sekelumit.. Malah, RASAnya kita tak pernah pun terbaca SEJARAH Dr. Sun Yat Sen bersama-sama Yap Ah Loy melombong BIJIH timah di negara INI? Walaupun begitu, kerajaan berMURAH hati memberikan RM150,000 untuk pemBINAan sebuah muzium bagi tokoh ini di Pulau Pinang..

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/11/22/nation/7474596&sec=nation

Kalau kita BACA petikan akhbar The STAR di atas, terdapat AYAT mengatakan

"The miniature exhibits chronicle Dr Sun’s fight against China’s imperialist system."

Kalau kita RUJUK pulak sejarah perjuangan TOKOH ini dalam WIKIPEDIA, kita akan terbaca ayat

"Sun played an instrumental role in inspiring the overthrow of the Qing Dynasty, the last imperial dynasty of China. Sun was the first provisional president when the Republic of China (ROC) was founded in 1912 and later co-founded the Chinese National People's Party or Kuomintang (KMT) where he served as its first leader."

http://en.wikipedia.org/wiki/Sun_Yat-sen

Dengan KATA lain, TOKOH ini berjuang menentang IMPERIALIS Maharaja Dinasti Qing di China dan menjadi Presiden parti Kuomintang (KMT - kini parti di Taiwan) yang pertama.. KITA ingin TANYA kepada pihak-pihak yang terlibat - APAKAH MESEJ TERSIRAT PERJUANGAN DR. SUN YANG INGIN DISAMPAIKAN OLEH MEREKA KEPADA RAKYAT DALAM NEGARA YANG MEMPUNYAI RAJA BERPERLEMBAGAAN SEPERTI MALAYSIA? -> Anda TAHU jawapannya..

Orang Melayu menJUNJUNG tinggi Sistem Raja Berperlembagaan negara INI.. Institusi Kesultanan Melayu sudah WUJUD beratus-ratus tahun walaupun tidak menyerupai sistem DINASTI di China.. Hubungan antara Sultan dengan rakyat sudah terjalin ERAT jauh lebih lama sejak negara belum MERDEKA lagi.. Dengan KATA lain, negara INI tidak akan wujud tanpa jalinan UNIK antara Institusi Kesultanan Melayu dengan rakyat JELATAnya.. Mungkinkah ada cubaan untuk pihak-pihak tertentu di negara INI cuba memadamkan jalinan UNIK sebegini dengan mengIKTIRAF perjuangan TOKOH asing yang berjuang menentang keZALIMan Maharaja di BENUA asalnya?

Yang lebih PELIKnya tuh, cuba kita LIHAT pula di negara-negara beRAJA lain seperti Thailand, Jepun atau UK.. Ada TAK mereka yang mengaku sebagai seorang warganegara di negara-negara tersebut mengIKTIRAF tokoh asing yang menentang keZALIMan sistem beraja di negara asalnya hingga sampai TAHAP nak bina MUZIUM? Malah, di BENUA China sendiri pun menyaksikan selepas Dr. Sun meninggal dunia, perang saudara tercetus antara pengganti Dr. Sun iaitu General Chiang Kai Shek dengan General Mao hingga menjaksikan Taiwan berpisah dari China.. JADIK, apakah MESEJ yang cuba disampaikan oleh pihak-pihak yang mahukan muzium TOKOH ini diBINA di negara ini?

Dah tak ada ke tokoh tempatan untuk diBANGGAkan hinggakan terpaksa 'MEMINJAM' tokoh negara asing untuk diIKTIRAF sedemikian rupa? Adakah ini WAJAR dilakukan oleh mereka yang mengaku sebagai WARGANEGARA negara ini dan enggan dipanggil sebagai 'PENDATANG' sebaliknya telah diIKTIRAF oleh PM sendiri sebagai 'LOYAL CITIZEN'?

http://www.mmail.com.my/content/51773-najib-chinese-not-pendatang-loyal-citizens-malaysia

Mungkin peribahasa "Di mana BUMI dipijak, di situ LANGIT dijunjung" terpakai hanya untuk orang Melayu sahaja GAMAKnya..

Wallahualam..

2 comments:

  1. Mohon izin untuk link dan c&p beberapa bahagian artikel saudara untuk blog saya ... esok saya post.

    entahlah, dimana letaknya priority kerajaan dalam memupuk nasionalisma kepada negara SENDIRI. Agaknya kalau sejarah CHINA di wajibluluskan diperingkat sekolah, puji melangitlah pemimpin2 cina.

    ReplyDelete
  2. salam,
    lebih baik la muzium 13 mei 1969 didirikan dan diberi dana. ada juga kaitan dgn Malaysia dan rakyatnya. muzium yang ini utk rakyat cina pendatang atau rakyat cina Malaysia ? kalu utk melayu dan UMNO, rasanya tak ada langsung kaitannya. tak tau la ada sejarah lubang kunyit yang kita tak ketahui.

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan