Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Saturday, November 20, 2010
Negara tidak akan MAJU jika unsur-unsur POLITIK menguasai GLC yang memberikan perkhidmatan kepada RAKYAT..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
KALI ini kita tak MAU cerita pasal perkembangan POLITIK semasa.. Lantaklah apa nak jadi dengan UMNO, PKR nak HANCUR di'FETISH'kan oleh Penasihat partinya sendiri ke atau Lebai PAS pakat naik ke LANGIT beramai-ramai ke atau DAP pakat berLUMBA dengan MCA siapa paling BANYAK markah SEJARAH benua China ke apa ke LANTAKlah.. CUMAnya kali ini kita nak ajak pembaca RAMAI-RAMAI pakat JENGOK dan TENUNG dengan KUALITI perKHIDMATan atau SERVIS yang dilakukan oleh GLC bagi pihak kerajaan terhadap RAKYAT macam kita.. Adakah anda berPUAS hati dengan perKHIDMATan GLC-GLC ini?
SENARIO 1:
Di KL SENTRAL, anda boleh melakukan 'CHECK-IN' di sana terutamanya bagi para penumpang 'FLIGHT' yang membawa banyak barang dan tak mahu mengusung barang-barang tersebut ke hulu ke hilir sedangkan MASA penerbangan masih jauh lagi.. Namun demikian, jika anda mahu 'CHECK-IN' di sana, anda diWAJIBkan memBELI tiket TREN ke KLIA.. Walaupun mungkin ada PILIHAN kenderaan lain dari segi 'BUDGET' untuk ke KLIA termasuklah dari segi 'CONVINIENT' kerana tidak mahu memBIMBIT banyak barang menyebabkan anda 'CHECK-IN' awal di KL SENTRAL, tetapi pilihan yang ADA hanya setakat itu.. 'NO TRAIN TICKET, NO CHECK-IN FROM KL SENTRAL'.. Sebagai pengguna, anda tidak diberikan banyak PILIHan servis..
SENARIO 2:
Anda mahu menyambung GAS ke rumah anda untuk bekalan melalui PAIP GAS sedia ada.. Apabila anda mengHUBUNGi syarikat perkhidmatan tersebut, anda diKENAkan DEPOSIT dan bayaran KONTRAKTOR untuk pemasangan PAIP GAS tersebut.. Malangnya, tanpa dijangka, PAIP GAS sedia ada di rumah anda terSUMBAT dan anda dikehendakki mencari KONTRAKTOR lain untuk menCUCInya.. KONTRAKTOR pemasangan yang diLANTIK hanya bertanggung-jawab untuk pemasangan SAHAJA (buka METER PAIP GAS).. Mahukah anda menambah lagi KOS untuk memBOLEHkan dapur berasap sedangkan penyedia peKHIDMATan seharusnya menyediakan SERVIS dari A -> Z?
SENARIO 3:
Anda mahu menaiki KERETAPI balik kampung sempena cuti hari raya.. Petugas di KAUNTER tiket meMAKLUMkan bahawa tiket masih belum dijual pada hari itu.. 'BOOKING' pula tidak diBENARkan sama sekali.. KeESOKkannya, apabila anda datang kembali ke KAUNTER tiket yang SAMA (kurang daripada 24 JAM), anda diBERITAHU bahawa tiket telah pun HABIS dijual untuk semua KELAS.. Sedangkan MALAM tadi anda melihat makluman di TV bahawa tiket masih ada? Ke mana agaknya TIKET-TIKET tersebut diSONGLAP? Untuk keluarga kakitangan KERETAPI sendiri ke?
SENARIO 4:
Anda menerima NOTIS penerimaan barangan KIRIMAN POS semasa ketiadaan anda di rumah.. Apabila anda meneliti pejabat POS yang menyimpan barangan tersebut, anda dapati JARAKnya begitu JAUH daripada rumah anda sedangkan terdapat pejabat POS yang lebih dekat dengan rumah anda.. ALASAN yang diberikan mereka ialah kerana mereka telah menetapkan 'BOUNDARY' untuk perkhidmatan pengHANTARan mereka.. Tak TAHUlah dari mana mereka belajar GEOGRAFI tetapi yang NYATAnya anda kenalah berPELUH KETIAK untuk ke pejabat POS yang jaraknya lebih jauh..
SENARIO 5:
Anda telah meLANGGAN perkhidmatan jalur LEBAR dengan sebuah GLC.. Pada 'BROCHURE' mereka, anda berkeYAKINan mereka dapat memberikan kepuasan dalam perkhidmatan mereka.. Malangnya, setiap kali 'LINE DOWN', mereka GAGAL memberikan penjelasan sewajarnya dan HABIS cerdik pun mereka meMINTA pengguna buat 'TEST CONNECTIVITY'.. Yang lebih MALANG pulak bila 'LINE DOWN' ketika melakukan TRANSAKSI secara 'ONLINE'.. Apabila diminta DISKAUN akibat keGAGALan mereka memberikan perkhidmatan seperti yang diJANJIkan, anda pasti TAHU hasilnya..
Walaupun pada awal TULISAN kita katakan kita tak mahu berCERITA pasal POLITIK, tetapi jika anda TELITI mereka yang di sebalik TABIR dalam setiap GLC yang menyediakan perKHIDMATan seperti dalam SENARIO tersebut, anda pasti akan terJUMPA nama-nama TOKOH POLITIK tertentu samada sebagai 'SHAREHOLDER' atau pun 'CHAIRMAN' GLC tersebut.. Malah, kita percaya tanpa unsur-unsur POLITIK sambil MENYAMUN rakyat, tidak mungkin GLC-GLC diBENARkan mengadakan SERVIS sedemikian untuk RAKYAT..
Adakah ini pra-SYARAT untuk menjadi negara MAJU? Adakah mengHADkan rakyat terhadap pilihan atau 'OPTION' untuk perkhidmatan lebih BAIK dapat menjadikan negara ini MAJU? Sampai BILAkah keadaan ini akan berterusan? Sampai BILAkah pulak unsur-unsur POLITIK akan mempengaruhi KUALITI perkhidmatan sesebuah GLC terhadap RAKYAT? Sampai bila RAKYAT akan diperBODOHkan demi kepentingan POLITIK mereka yang berelindung di sbealik GLC-GLC ini? Bolehkah RAKYAT diMOMOKkan seperti ahli-ahli UMNO KONONnya lulusan 'OXFORD' sahaja yang BIJAK mengendalikan urusan negara? HE!HE!HE!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan