Thursday, January 06, 2011

Isu Menteri ROGOL amah Indon - BLOGGER 'mesra' kerajaan sudah hilang FOKUS?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sejak wujudnya ISU seorang Menteri Kabinet disyakki meROGOL amahnya sendiri 2 minggu lalu dalam beberapa BLOG, kita dapati seolah-olah kumpulan BLOG mesra-kerajaan telah berpecah DUA - Satu pihak mahukan menteri terbabit diSIASAT setelah wujudnya gambar amah dan laporan POLIS sementara satu pihak lagi pula mahukan peNAFIan menteri terbabit bagi meMUDAHkan mereka 'COUNTER' balik isu ini.. Namun demikian, dalam SEDAR tak SEDAR sudah ada pihak dalam Pakatan Rakyat berjaya mengGUNAkan isu ini demi menutup isu-isu yang diTIMBULkan terhadap mereka sebelum ini.. Mereka dengan LICIKnya memanipulasikan pula ISU ini untuk menyerang kerajaan..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

SOALnya, siapakah sasaran sebenar untuk 'PELURU' yang diTEMBAKkan? Kita FAHAM ada BLOGGER yang ingin bersikap tidak MEMIHAK tetapi ingin diLIHAT mesra kerajaan.. Namum demikian, penDEDAHan sekerat-sekerat mengikut CARA para DUNGUan dalam Pakatan Rakyat(PR) hanya akan meMUSNAHkan kedua-dua belah PIHAK iaitu pihak BLOGGER terbabit dan juga kerajaan sendiri.. Setelah selama ini kita menyaksikan KERJASAMA utuh antara BLOGGER dan kerajaan untuk menghadapi puak-puak PR yang ingin meROSAKkan negara, kenapa hendak diROSAKkan semua INI hanya kerana perkara yang belum sesiapa pun YAKIN 100%? Lainla kalau terBUKTI berSALAH tetapi diLEPASkan macam PESALAH POLITIK WANG yang seorang tuh!

Kita TIDAK berMAKSUD untuk mengHARAPkan para BLOGGER setuju 100% dengan kerajaan atau pun kerajaan meNAFIkan sumbangan para BLOGGER.. Pada kita, kedua-dua PIHAK harus bekerjasama untuk menyerang PR jika mahukan keSTABILan negara ini kekal dan sama-sama mendapat FAEDAH.. Sekiranya ada keSALAHan di pihak Menteri, para BLOGGER seharusnya menDEDAHkan dengan segala BUKTI yang KUKUH dan meYAKINkan, bukan MENIRU apa yang dilakukan oleh puak-puak PR yang hanya TAHU buat laporan POLIS kemudian mereka menuntut polis pulak memBUKTIkan tuduhan mereka.. Jika polis tidak dapat memBUKTIkan tuduhan mereka atau polis menutup kes, mereka menuduh pula POLIS dimanipulasi oleh kerajaan.. Adakah kita sendiri sebagai BLOGGER mesra kerajaan ingin meRENDAHkan TAHAP pemikiran kita sama TAHAP dengan mereka?

Sementara pihak kerajaan pulak terutama para Menteri tidak seHARUSnya memandang RENDAH terhadap keBIJAKsanaan dan teguran para BLOGGER.. Para BLOGGER sebenarnya lebih dekat dengan masyarakat dan tahu apa kehendak RAKYAT berbanding para Menteri yang hanya mendapat LAPORAN yang telinga mereka nak DENGAR sahaja! KeEGOan seseorang Menteri yang beranggapan para BLOGGER sebagai penyibuk dalam urusan mereka hanya akan menJARAKkan lagi hubungan antara kerajaan dengan RAKYAT.. BLOGGER jugak rata-ratanya rakyat MARHAEN biasa walaupun mungkin ada sesetengah BLOGGER yang ada 'CABLE' besar dengan pemimpin tertentu.. Namun jangan sesekali diNAFIkan suara BLOGGER adalah suara RAKYAT!

Memang kita SEDAR ada sesetengah BLOGGER tidak puas hati dengan PEMIMPIN tertentu yang kurang BIJAK dan seolah-olah mementingkan POPULARITI sendiri.. Malah, ada jugak Menteri yang tahap DURJANA menindas RAKYAT dan menyalahgunakan KUASA mereka.. Jangan sesekali kita LUPA bahawa para pemimpin Pakatan Rakyat khususnya dalam PKR dulu pun asalnya dari parti yang SAMA iaitu UMNO.. PAS pun pernah berada dalam BN.. Dengan KATA lain, para MENTERI bukanlah semuanya baik-baik belaka.. Namun demikian, untuk memBUKTIkan mereka JAHAT bukannya MUDAH jika hanya ada sehelai dua kertas.. Saiful Bukhari sendiri terpaksa menyimpan kesan AIR MANI Penasihat PKR dalam ANUSnya untuk memBUKTIkan dia dipihak yang BENAR.. Kalau tak cukup BUKTI, kredibiliti pelapor pulaklah yang diperSOALkan..

Akibat peNAFIan Menteri terbabit berhubung isu ROGOL amahnya telah menyebabkan BLOGGER pro-kerajaan saling tuding-menuding jari.. Ada yang SIMPATI dan memBELA menteri terbabit dan TIDAK kurang pula yang masih ingin MENUDUH dan mahukan Menteri tersebut diHUKUM.. Kita memang TIDAK tahu pihak mana yang BENAR.. Malah Menteri terbabit juga dikatakan memBUKA ruang untuk dirinya diSIASAT.. Apa pun, tidak ada mana-mana PIHAK yang beroleh keUNTUNGan dalam ISU ini.. Yang NYATA beroleh keUNTUNGan adalah puak-puak PR kerana mendapat BONUS satu lagi ISU, menambah peluang untuk memBURUKkan kerajaan yang selama ini diperTAHANkan oleh para BLOGGER dan menutup keLEMAHan para pemimpin mereka sendiri.. SALAH SIAPA?

JIKA SEKIRANYA TERBUKTI TIDAK ADA KES, MAHUKAN MENTERI TERBABIT DAN PARA BLOGGER YANG MENETANGNYA DUDUK SEMEJA DAN BERMAAF-MAAFAN SERTA KEMBALI BERSATU MENENTANG KEDURJANAAN PAKATAN RAKYAT?

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan