Monday, January 17, 2011

Nak TAHU reaksi pengamal undang-undang terhadap kenyataan Pengerusi DAP sebegini..

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apabila meneliti kisah Ummi Hafilda Ali hendak menyaman Pengerusi DAP yang diDAKWAnya melanggar kepercayaan dirinya sebagai anak guam kerana yang telah bertemunya untuk mendedahkan perilaku buruk Penasihat PKR, kita TIDAK tahu samada wujud satu bentuk 'PEMISAHAN' dari segi ETIKA seorang peguam yang menjadi AHLI POLITIK.. Dengan KATA lain, kita TIDAK tahu samada seorang PEGUAM dapat memisahkan profesionalisma KARIERnya dengan pemahaman POLITIKnya.. Mungkin ada keBENARan bahawa sentimen POLITIK seseorang PEGUAM boleh mempengaruhi dirinya daripada memBUKTIkan kebenaran di mahkamah..

Hari ini kita terbaca petikan akhbar tetang kenyataan Pengerusi DAP seperti berikut:-

"Beliau berkata, hanya selepas dipecat pada 1998, Anwar dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan kes liwat melibatkan Azizan dan beliau kemudiannya membantu Anwar setelah diminta oleh bekas timbalan perdana menteri itu. Katanya, pada 2004 Anwar kemudiannya didapati TIDAK BERSALAH dan dibebaskan dari tuduhan kes liwat itu setelah Mahkamah Persekutuan mendapati keterangan Azizan tidak boleh diterima."


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm


BENARkah begitu? Apakah yang diMAKSUDkan olehnya tetang perkataan 'TIDAK BERSALAH' dalam kenyataannya di atas? 'TIDAK BERSALAH' dari sudut apa? Bukankah semua MAKLUM bahawa pertuduhan terhadap Penasihat PKR pada masa itu ialah tetang kes dirinya 'menJUBOR' pemandu isterinya? Adakah MAKSUD Pengerusi DAP sebenarnya Penasihat PKR tidak 'menJUBOR' pemandunya? Jika demikian, bagaimana pulak dengan kenyataan MAHKAMAH seperti di bawah?

"Even though reading the appeal record, we find EVIDENCE TO CONFIRM that the appellants (Anwar dan Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offences as stated in the charge, beyond reasonable doubt".

http://chedet.tv/2008/07/anwar.php


Untuk lebih menyedapkan CERITA putar BELIT tersebut, bagaimana pulak dengan petikan temubual wartawan dari CNN, Lorraine Hahn kepada Penasihat PKR berkenaan status pembebasannya daripada meliwat oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004.. Semasa temubual, soalan-soalan berikut GAGAL dijawab oleh Penasihat PKR:-




1. Ketiga-tiga hakim Mahkamah Persekutuan (Datuk Abdul Hamid Mohamed, Datin Paduka Rahmah Hussain dan Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud) mempercayai aktiviti homoseksual di antara Anwar, Sukma Darmawan dan Azizan Abu Bakar di Tivoli Villa benar-benar berlaku.

2. Keputusan hakim 2-1. Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamed dan Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud mempertikaikan tarikh sebenar kejadian liwat tersebut, manakala Datin Paduka Rahmah Hussain berhujah pertikaian tarikh bukan lah perkara pokok dalam mensabitkan Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual di Tivoli Villa. Dengan keputusan 2-1 ini, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004.

3. Jadi pembebasan Anwar oleh Mahkamah Persekutuan disebabkan pertikaian hakim-hakim mengenai tarikh kejadian, adakah bermaksud Anwar tidak melakukan aktiviti homoseksual, sedangkan ketiga-tiga hakim menegaskan mereka percaya aktiviti homoseksual antara Anwar, Sukma, Azizan di Tivoli Villa benar-benar berlaku?

http://www.anwaraidc.com/?p=2718

Sila rujuk URL BLOG AIDC di atas.. Bolehkan sesiapa MENAFIkannya?

Jadik, kita KEMBALI kepada petikan akhbar kenyataan Pengerusi DAP yang mengatakan Penasihat PKR didapati 'TIDAK BERSALAH' dan dibebaskan dari tuduhan kes 'menJUBOR' itu setelah Mahkamah Persekutuan mendapati keterangan MANGSA tidak boleh diterima.. Sekali lagi kita TANYA, apakah yang diMAKSUDkan dengan perkataan 'TIDAK BERSALAH' itu? Kita boleh TERIMA kalau ayat yang diGUNAkan ialah 'RAYUAN DITERIMA', namun tidak sesekali perkataan 'TIDAK BERSALAH' terutamanya selepas merujuk kenyataan mahkamah tersebut dan juga temubual wartawan CNN, Lorraine Hahn seperti dinyatakan..

TIDAKkah kenyataan oleh Pengerusi DAP sedemikian rupa boleh diANGGAP mengHINA mahkamah? Mahkamah maksudkan perkara LAIN, dia pergi putar-BELIT ke perkara LAIN? Di manakah KREDIBILITI sistem perundangan NEGARA kita dalam SOAL ini? Kita ingin TAHU:-

Apakah REAKSI Peguam Negara terhadap kenyataan tersebut?

Apakah REAKSI Peguam UMNO Datuk Safarizal terhadap kenyataan tersebut?

Apakah REAKSI Peguam Zulkifli Nordin yang juga peguam Penasihat PKR sendiri pada masa itu terhadap kenyataan tersebut?

Apakah REAKSI 3 Hakim Mahkamah iaitu Datuk Abdul Hamid Mohamed, Datin Paduka Rahmah Hussain dan Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud terhadap kenyataan tersebut?

Apakah REAKSI Hakim Datuk Arifin Jaka terhadap kenyataan tersebut?

Apakah REAKSI Menteri KDN yang juga lulusan GUAMAN terhadap kenyataan tersebut?

SETUJUkah mereka dengan perkataan 'TIDAK BERSALAH' yang dikatakan oleh Pengerusi DAP dalam petikan akhbar tersebut? Jika TIDAK berSETUJU, tidakkah dia boleh dianggap berBOHONG dan seWAJARnya diambil TINDAKkan demi menjaga Sistem Perundangan NEGARA?

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan