Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Sunday, January 16, 2011
Tuntutan agar SPRM kena siasat KTMB habis-habisan bukan sekerat-sekerat..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Sistem Pengakutan Awam di NEGARA ini hanya MAJU daripada segi INFRASTRUKTUR, bukannya dari segi KUALITI perkhidmatan mereka.. Jika anda ke negara-negara Eropah, US dan Jepun, anda akan DAPATi perbandingan sistem pengangkutan mereka dengan KITA umpama langit dan BUMI.. Mungkin kita boleh berDALIH dengan mengatakan Sistem Pengangkutan Awam mereka sudah 'ESTABLISH' sejak beratus-ratus TAHUN lagi berbanding dnegan KITA, namun demikian, KUALITI perkhidmatan mereka sentiasa diperBAHARUi selaras dengan peredaran ZAMAN.. Jadi, kenapa pulak tidak dengan KITA?
Apa yang diKESALkan, kita masih lagi keTINGGALan dalam sistem pengangkutan REL kita terutamanya yang diURUSkan oleh KTMB.. Malah, KTMB masih tidak lekang dengan masalah PENGURUSAN era 80an yang sepatutnya tidak lagi WUJUD ketika INI.. Patutlah baru-baru INI diLAPORkan SPRM pun dah rajin 'MELAWAT' KTMB berhubung dengan siasatan pemberian tender mencurigakan di syarikat itu yang bernilai jutaan ringgit..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm
Memang kita MAKLUM, badan kerajaan yang diSWASTAkan seperti KTMB memang menjadi sasaran LANUN-LANUN korporat untuk meROMPAK atas nama pembangunan.. Ini berlaku bukan sahaja semasa era penswastaan 20 tahun dulu.. Malah ianya semakin KETARA selepas peralihan pemimpin dari PM ke-4 ke PM ke-5.. Banyak LANUN-LANUN korporat ini berjaya MASUK ke GLC-GLC untuk meROMPAK dan memeras hasil kerajaan bagi keGUNAan POLITIK pihak-pihak tertentu.. Sepatutnya era PM ke-6 menjadi era pemBERSIHan GLC daripada masalah-masalah sebegini..
Apabila LANUN-LANUN korporat ini menyelinap dalam GLC, biasanya mereka akan mengubah POLISI-POLISI syarikat agar ianya memihak kepada mereka dan meMUDAHkan kerja mereka untuk meLANUN.. Dengan KATA lain, kegiatan mereka mestilah terlindung dan di'COVER' baik punya oleh beberapa TOKOH politik yang mungkin memegang jawatan dalam 'BOARD OF DIRECTOR'.. Dah nama pun LANUN, takkan meLANUN sorang-sorang? Mestilah beramai-ramai.. Kesan kegiatan LANUN ini dalam jangka masa panjang ialah KUALITI perkhidmatan merudum tidak seperti yang diJANJIkan kepada pengguna..
Sebab itulah kalau kita tengok KTMB, uniform petugas bertukar selalu tetapi KUALITI perkhidmatan takde beza pun? Apa yang diSIASAT oleh SPRM di KTMB tu rasanya baru sedikit.. Sebagai pengguna, kita rasa SEDIH melihat KUALITI perkhidmatan KTMB tidak selari dengan peredaran ZAMAN.. Sepatutnya KTMB sudah menjadi sebuah syarikat pengakutan awam yang berKUALITI dan diCONTOHi.. Namun, banyak perkhidmatan mereka mengecewakan dan menyusahkan pengguna sendiri.. Contohnya, pengguna masih terpaksa beratur panjang di KL Sentral untuk membeli TIKET sedangkan sepatutnya sudah ada mesin TIKET automatik untuk tujuan tersebut.. Yang PALING naya tu ialah pengguna ke Pantai Timur yang rasanya 100% terpaksa bergantung kepada perkhidmatan di KAUNTER..
Di zaman serba canggih ini, KTMB juga GAGAL mengAPLIKASIkan perkhidmatan 'ONLINE' mereka secara berKESAN.. Laman sesawang mereka tidak membantu pun PENGGUNA untuk meRANCANG perjalanan mereka.. Nak DAFTAR pun susah.. RASAnya pengguna boleh menilai sendiri perkhidmatan menerusi laman sesawang mereka..
http://www.ktmb.com.my/
PERCAYA tak anda jika kita KATAkan sebarang perkhidmatan yang diTAWARkan menerusi laman sesawang tersebut AKHIRnya akan menyebabkan anda beratur di KAUNTER tiket mereka di KL Sentral jugak? INIkah KUALITI terbaik yang mampu diTAWARkan selepas berpuluh tahun KTMB di SWASTAkan?
Di KAUNTER pulak anda akan beratur panjang berjam-jam sebelum dapat membeli TIKET.. Kalau TAK kena cara, TIKET dan KELAS yang anda mahu sudah TIADA.. Sebagai CONTOH, anda mahu membeli TIKET ke Kelantan semasa cuti Tahun Baru Cina.. Anda ke KAUNTER dan mendapati TIKET pada tarikh perjalanan anda untuk KOC tempat TIDUR akan diJUAL pada keESOKkan harinya.. Esoknya, tak sampai 24 JAM selepas anda ke KAUNTER tersebut seMALAM, anda dapati tiket untuk KOC yang diMAKSUDkan sudah habis diJUAL.. Kemudian, apabila anda hendak BELI tiket perjalanan BALIK (sekiranya perjalanan anda pergi-balik), anda kena ke KAUNTER tersebut pada HARI yang lain.. Ini kita ALAMI sendiri semasa membeli tiket untuk ke Kelantan baru-baru ini.. Adakah ini ANGKARA 'ORANG DALAM' yang meMANIPULASI penjualan TIKET bagi kepentingan mereka dan keluarga mereka?
Oleh itu, ada BAIKnya SPRM tidak menumpu kepada satu-satu SEKTOR jika menyiasat KTMB ini.. Kita harap SPRM menyiasat kesemua SEKTOR yang ada.. Tarik keluar semua LANUN-LANUN korporat di dalam organisasi seperti ini yang bermaharajalela menyusahkan RAKYAT.. Cuba kita fikir, bagaimana sebuah organisasi yang sudah diSWASTAkan sekian LAMA masih mempunyai masalah seperti yang diNYATAkan? Pengangkutan REL merupakan satu-satunya pengangkutan yang MURAH dan SELAMAT bagi rakyat MARHAEN.. Namun, adakah ini menjadi ALASAN untuk menafikan hak RAKYAT sebagai pengguna bagi mendapatkan perKHIDMATan yang berKUALITI?
Wallahualam..
orang2 dalam ktm ni lah yang mensabotaj ktm.
ReplyDeletemereka kaut keuntungan dan rakyat salahkan kerajaan.