Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Saturday, January 15, 2011
PRK DUN Tenang - Awal-awal lagi UMNO dah kena 'KENCING', tak nampak lagi ke?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Pada ketika pengundi rata-rata masih MARAH dengan kenaikkan harga BARANG seperti gula dan petrol serta LESAPnya sebahagian besar bekalan minyak MASAK dari pasaran, masih ada para pemimpin UMNO gagal mengHAYATi isu-isu berORIENTASIkan rakyat untuk menghadapi PRK ini.. Isu-isu sebegini sedikit sebanyak telah meletakkan mana-mana parti dalam keadaan 50%-50% untuk MENANG di PRK DUN Tenang.. Untuk itu, pihak-pihak yang bertanding diLIHAT berhati-hati dalam memainkan sesuatu ISU dan diJANGKA isu-isu di PRK DUN Tetang lebih tertumpu kepada isu-isu KAUM masing-masing..
Kita HAIRAN apabila Ketua Penerangan UMNO masih berangapan POSITIF tentang keMAMPUan komponen BN seperti MCA dan Gerakan untuk meRAIH undi kaum Cina di DUN Tenang.. Malah, dia menyatakan sedemikian setelah melihat daripada LAPORAN yang diterima daripada ketua-ketua peti undi, ketua cawangan dan rakan-rakan MCA yang mendapati ada perubahan daripada masyarakat Cina untuk menyokong BN berbanding pada pilihan raya umum 2008..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0114&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm&arc=hive
Kita TIDAK tahu setepat mana pun LAPORAN tersebut tetapi kita YAKIN kita pernah dengar SKRIP yang sama sejak PRK Permatang Pauh lagi! Malah, kecuali di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi yang semua MAKLUM pengundi Cina lebih berORIENTASIkan tempatan, kita TIDAK nampak apa PERUBAHAN yang diMAKSUDkan untuk DUN Tenang.. Mungkin mereka LUPA kot apa yang terjadi terhadap RAMALAN mereka berkenaan pengundi Cina di PRK Bukit Gantang dan PRK Sibu?
Terus-terang KATAlah, jika UMNO gagal menDAPATkan 100% undi daripada pengundi Melayu di DUN Tenang, UMNO boleh KALAH.. Walaupun Johor terkenal sebagai kubu kuat UMNO/BN, tetapi itu bukan JAMINAN yang UMNO akan sentiasa MENANG.. Malah, peratusan pengundi yang menyaksikan Cina + India melebihi sedikit peratusan pengundi Melayu harus diBERI perhatian kerana terBUKTI sebahagian BESAR calon UMNO kalah di kawasan sebegini semasa PRU-12.. Oleh itu kita HARAPlah Ketua Penerangan UMNO janganlah MERAPU berlebihan sangat kerana SEKARANG ni pak cik dan mak cik yang dok di ULU BANAT pun dah RETI pasal STATISTIK!
Tambahan pulak komponen BN seperti MCA dan Gerakan diLIHAT lebih menyukarkan UMNO untuk meraih UNDI tetapi menyenangkan PAS untuk menDAPAT undi.. Kita KATAkan sedemikian kerana MCA sebagai CONTOH menyerang dasar-dasar PAS seperti Negara Islam yang mereka sendiri pun TAK FAHAM..
http://www.bharian.com.my/articles/KajiimplikasinegaraIslam_/Article/
Kita HAIRAN kenapa Presiden MCA beriya-iya berKEMPEN depan pengundi Cina untuk menolak PAS kerana isu Negara Islam? Bukankah lebih BAIK 'The PORNO Man' ini menyerang PAS dengan keLEMAHan penTADBIRan kerajaan PAS di Kedah dan Kelantan? ATAU lebih TEPAT lagi, bukankah lebih BAIK dia menyerang DAP yang diketahui lawan MCA dan dijangka akan berKEMPEN untuk PAS demi meraih undi Cina? Apakah UMNO tidak MAMPU untuk menyerang BALAS kempen PAS hingga memerlukan 'The PORNO Man' INI untuk meWAKILinya? Apakah MUSLIHAT sebenar Presiden MCA ini?
Di sini sahaja kita dah NAMPAK bagaimana UMNO cuba diSABOTAJ di DUN Tenang dengan memecahkan undi Melayu di sana.. Apabila isu Negara Islam diSENTUH oleh orang bukan Melayu terutama sekali pemimpin berMASALAH dengan isu VIDEO lucah seperti Presiden MCA, orang Melayu yang berAGAMA Islam pasti akan jauh HATI.. Mereka akan PROTES semasa pengundian nanti.. JIka ini berlaku, undi Melayu akan berpecah dan meMUSNAHkan harapan untuk calon UMNO menang di DUN Tenang.. Isu Negara ISLAM tidak akan memberi keLEBIHan pun kepada pengundi Cina kerana semua MAKLUM bahawa DAP yang kategori 'HARDCORE' penentangan terhadap Negara ISLAM pun boleh menJADIkan PAS umpama LEMBU dicucuk HIDUNG?
UMNO harus meLIHAT tindakkan 'The PORNO Man' ini sebagai perSEKONGKOLan GHAIB antara MCA dan DAP demi 'ESTABLISHMENT' undi kaum mereka sendiri.. Sampai sekarang kita tak pernah pun NAMPAK mana-mana pemimpin MCA dan Gerakan menyerang pemimpin DAP? Malah, kata-kata "Pi BALIK India" yang disebut oleh pemimpin DAP di Pulau Pinang langsung tidak diBANTAH atau diCEMUH oleh mana-mana pemimpin Gerakan atau MCA atas alasan berbaur perKAUMan? Cuba kalau Melayu yang SEBUT begitu? Apa agaknya REAKSI mereka? Mudah sangat UMNO kena tipu.. Untuk itu, DS Najib jugak harus mempertimbangkan kedudukan Ketua Penerangan UMNO yang MUDAH sangat diTIPU jika calon UMNO kalah di DUN Tenang..
Wallahualam..
Ahli UMNO nampak apa yg tuan katakan. Malah mainan kaum cina pun ahli UMNO dan org melayu nampak. Masalahnya pemimpin UMNO perasaan bijak seperti PM, Nazri dan KP menganggap kaum cina bodoh dan murah. Itu sebablah mereka diperbodohkan oleh puak2 ini. Hati melayu menjadi sakit melihat kebodohan dan sikap perasan mereka
ReplyDelete