Friday, February 25, 2011

EKSKLUSIF PRK DUN Merlimau - Alahai UMNO! Kemaruk sangatkah para pemimpin PARTI ini mahu jadik calon PILIHANRAYA?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Alahai...
Alahai... UMNO...
Alahai... UMNO... Tak tahu MALUkah??...

Apa pun ingin kita TEGASkan di sini kita hanya berSUARA sebagai rakyat BIASA dan bukannya memihak kepada sesiapa pun.. Dalam pada JENTERA-JENTERA pilihanraya UMNO mula berKAMPUNG di DUN Merlimau dan DUN Kerdau untuk memulakan SERANGAN pada esok hari, ada pulak suara seseorang PEMIMPIN yang nadanya berbaur keMARAHan dan keKECEWAan kerana tidak terpilih sebagai calon untuk DUN Melimau.. Malah, keKECEWAannya itu berjaya dipetik oleh pihak MEDIA dan disiarkan pulak dalam akhbar Sinar Harian.. Kenapa jadik begini wahai pemimpin UMNO? ->KLIK<-

"Ketua Wanita UMNO Bahagian Jasin, Zaleha Bujang menDAKWA Wanita UMNO Jasin berasa kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan apabila tidak memilih wakil daripada pergerakan itu sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau seperti diumumkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin. Zaleha yang juga antara tujuh nama calon tersenarai berkata, beliau kecewa kerana calon dipilih bukan pilihan pengundi di kawasan itu."

"Kami menutup Bilik Gerakan Wanita di Taman Merlimau Jaya dan perkara ini sudah dimaklumkan kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil yang berada di luar negara melalui setiausahanya,"katanya.


Kita BACA berkali-kali berita tersebut.. Kita sebagai RAKYAT hanya mampu menggeleng kepala melihat betapa KEMARUKnya seseorang pemimpin UMNO di peringkat Bahagian YAKIN bahawa mereka akan menjadi CALON pilihanraya mewakili partinya.. KONFIDEN gila tu.. Bila tak DAPAT, mula memBERONTAK dan mulalah menyalahkan orang itu dan orang ini sedangkan mereka LUPA bahawa pemilihan seseorang sebagai CALON adalah HAK pucuk pimpinan parti.. Jika pemimpin parti mahukan si polan sebagai CALON, sebagai anggota dan juga pemimpin bawahan, kenalah IKUT dan berikan sepenuh SOKONGAN demi parti..

SIKAP yang diTUNJUKkan seperti di atas sangatlah BONGOK dan meMALUkan seluruh parti UMNO.. Kita nak TANYA, berapa ramaikah pemimpin UMNO peringkat Cawangan dan Bahagian yang beranggapan UMNO ini adalah sebuah SYARIKAT GLC? Berapa RAMAIkah antara mereka ini yang lebih mementingkan PANGKAT atau menjadikan parti sebagai PLATFORM mencari keMEWAHan berbanding memberikan KHIDMAT kepada RAKYAT atas nama parti? Walau APA pun JAWATAN yang dipegang, itu adalah AMANAH untuk berKHIDMAT, bukannya kerana ianya adalah HAK nenek MOYANG PUSAKA turun-temurun! Tak MALUkah? Adakah mereka ini INGAT mereka jadik PEMIMPIN kerana ianya adalah 'ANUGERAH TUHAN' seperti yang ada dalam pemikiran Penasihat PKR?

Kalau INIlah KUALITI kepimpinan yang nak diTONJOLkan oleh UMNO, kenalah fikir 2,3 kali jika nak adakan PRU ke-13 dalam masa terdekat.. Pemikiran seperti ini sudah tidak RELEVAN dan seharusnya diHAPUSkan jika UMNO mahu terus kekal RELEVAN untuk rakyat.. Kepada pemimpin WANITA yang dinyatakan di atas, kita ingin BERITAHU bahawa KAMU patut MALU dengan 'UGUTAN' kamu.. Ketua Wanita UMNO sendiri sebenarnya CALON yang KALAH di Lembah Pantai dan seharusnya tidak begitu MENGADA-NGADA mahukan wanita diberikan penCALONan lebih.. Kita tahu KOMITMEN pihak Wanita UMNO dalams etiap PRK sangat BAIK berbanding Pemuda UMNO yang diKETUAi peSALAH POLITIK WANG dan Puteri UMNO yang semakin LESU.. Namun, WAJARkah KOMEN sedemikian dikeluarkan hanya kerana tidak terpilih sebagai calon pilihanraya?

Sebab itulah kita pernah menyarankan kepada DS Najib agar melakukan pemilhan PARTI semula sebelum mengadakan pilihanraya UMUM! Taik-taik seperti INIlah yang seHARUSnya diBERSIHkan sebab mereka adalah hasil SISA peninggalan PM ke-5 dan MENANTU BABAHnya yang kemaruk nak jadik PM temuda!

Walllahualam..

1 comment:

  1. salam,

    Penyakit lupa diri masih membelengu pemimpun UMNO spt ini, nampaknya barah tst masih tak'dpt di obati lagi oleh DSN. Kalau macam nilah sikap mereka sure bungkus dalam PRU 13. Pengundi melayu mungkin dah berubah menyokong UMNO semula, tapi kalau pemimpin peringkat Bahagian or Cawangan masih tahap ego yang tinggi lagi, susahlah tugas DSN macam mencurah air kedaun keladi

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan