Thursday, February 24, 2011

RESPON terhadap KOMEN artikel BLOG ini yang diSIARkan dalam HOUSE PK..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sebagai PENULIS ASAL artikel INI ->KLIK<-, BIAR kita menJAWAB sendiri tanpa memBEBANkan Encik Parpu yang sangat diHORMATi.. LAGI pun kita rasa tanggung-jawab kita untuk menJELASkan apa yang kita TULIS tanpa memBEBANkan pihak yang berKONGSI untuk beri penjelasan..

Jika anda TELITI sejarah negara-negara ARAB terutamanya selepas keJATUHan Turki Uthmaniyyah oleh Rejim Kamal Attaturk, anda akan dapati betapa negara-negara ARAB semasa itu sangat mudah dipengaruhi oleh negara-negara BARAT.. Lupakah anda SEMUA tentang kisah LAWRENCE of ARABIA? Tahukah anda semua apa KISAH tersembunyi di sebalik nama tersebut? TAHUkah anda bermula dari situlah negara-negara ARAB menjadi seperti apa yang kita LIHAT pada hari ini? Selepas peperangan DUNIA ke-2, apabila timbul IDEA untuk menubuhkan negara Yahudi Israel, Yahudi ZIONIS di US sudah lama merancang untuk menimbulkan ketidakstabilan di negara-negara Arab melalui pengaruh BARAT.. Negara ARAB yang tidak stabil tidak akan menjadi ANCAMAN secara langsung kepada ISRAEL.. Ketika inilah timbul beberapa pemimpin REVOLUSI seperti di Mesir, Syria, Libya dan banyak lagi di negara-negara ARAB.. Dengan KATA lain, keMUNCULan mereka memang diKAITkan dengan tangan-tangan GHAIB dari Barat.. SUDAH lama kepimpinan di negara-negara ARAB diatur oleh mereka ini..

MALANGnya, apabila mereka mendapat KUASA dan bila mereka dah pandai berkawan dengan negara-negara BARAT yang dipengaruhi oleh Yahudi ZIONIS, mereka menjadi DIKTATOR dan telah menjadi penyeksa kepada RAKYAT mereka sendiri.. Sekali lagi Yahudi ZIONIS menerusi pemimpin-pemimpin BARAT berlakon berbuat BAIK dengan mereka walaupun mereka sedar pemimpin-pemimpin ARAB ini ada yang menentang ISRAEL.. Hari ini anda LIHAT mereka diJATUHkan KONONnya kerana ZALIM, DIKTATOR dan sebagainya.. Adakah JAMINAN bahawa yang akan mengGANTIkan mereka kelak TIDAK seperti mereka? Adakah JAMINAN pak-pak ARAB ini akan memilih pemimpin secara MUSYAWARAH atau DEMOKRATIK? Dengan KATA lain, negara-negara tersebut terus tidak akan STABIL tetapi JELAS mereka tidak akan menjadi ANCAMAN kepada Israel.. Anda PERASAN tak sekarang ini ISRAEL bebas membina penempatan HARAM tanpa diTENTANG oleh para pemimpin mana-mana negara ARAB kerana masing-masing SIBUK menangani RUSUHAN di negara masing-masing?

Ya, mereka memang DIKTATOR tetapi adakah JATUHnya DIKTATOR ini akan menJAMIN naiknya seorang PEMIMPIN yang anda RASA akan membela nasib rakyat mereka, membawa keSTABILan seterusnya mampu memberikan TENTANGan kepada keZALIMan ISRAEL? Anda seharusnya TELITI dahulu permainan POLITIK mereka ini yang LICIK dan HALUS untuk meng'KERBAU'kan pak-pak ARAB dan umat ISLAM seperti kita! Anda LIHAT di Afghanistan, Pakistan dan Iraq.. Bukankah RAKYAT mereka sendiri yang menJATUHkan pemimpin dengan sedikit bantuan keTENTERAan oleh kuasa BARAT yang dipengaruhi ZIONIS NEO-CON? Adakah mereka yang diNAIKkan sebagai pemimpin di negara-negara tersebut LEBIH BAIK berbanding daripada pemimpin yang diJATUHkan atau 2X5 jugak? Siapa yang RUGI? Bukankah RAKYAT mereka sendiri? Bukankah umat ISLAM jugak rugi kerana tidak mampu membina negara yang STABIL dan KUKUH?

Tidak ada SIAPA pun yang mampu mengatakan pemimpin yang BAKAL menggantikan mereka tidak mampu dipengaruhi oleh BARAT yang pro-YAHUDI ZIONIS! Atau anda mampu bagi JAMINAN? Anda boleh menJANGKA sedemikian tetapi orang lain jugak berhak untuk menJANGKAkan yang SEBALIKnya! Mereka bukannya ada pemimpin seperti Tun Mahathir.. Pak-Pak ARAB yang PROGRESIF sebenarnya sangat INGINkan Tun menjadi pemimpin mereka tetapi apakan daya itu semua kehendak Tuhan.. Dengan mengatakan REVOLUSI di sana bermula akibat keMISKINan atau keMATIan akibat keZALIMan adalah perkara yang LUMRAH kerana samada ianya berlaku akibat diri terTEKAN atau MANIPULASI pihak tertentu, kot MANA pun tetap akan diPOLITIKkan.. LUPAkah anda bagaimana HINDRAF dan DAP di negara ini jugak melakukan perkara yang SAMA terhadap pihak berkuasa di NEGARA ini?

ARAB sebenarnya bangsa yang diMULIAkan dengan kedatangan ISLAM tetapi anda jangan LUPA bahawa ARAB jugaklah yang memBUNUH cucu Nabi SAW.. Arab jugaklah yang meRUNTUHkan sistem KHALIFAH ISLAM yang terakhir kerana sayangkan LAWRENCE of ARABIA.. Kita tidak pernah mengHINA pak-pak ARAB tetapi anda patut TAHU tindak-tanduk pak-pak ARAB menCERMINkan keHINAan mereka sendiri! Adakah itu yang anda mahu CONTOHi? Setakat manakah anda mengenali dan bergaul dengan Pak-Pak ARAB? Sedarkah anda Pak-Pak ARAB lebih suka berpecah-belah daripada bersatu membantu sesama ISLAM? Lihat di Palestin dan Iraq.. Adakah anda lihat di sana sebagai masalah PEMIMPIN mereka sahaja atau kerana rakyat mereka sendiri ENGGAN bersatu menghadapi MUSUH yang sama?

Dalam KONTEKS Lebai PAS di Malaysia, adakah SUATU hari nanti anda akan menyokong TINDAKkan yang SAMA terhadap kerajaan jika mereka menDAKWA melakukan rusuhan atas alasan yang SAMA dengan Pak-Pak ARAB ini? Sedangkan pemikiran Melayu jauh lebih 'ADVANCE' dari Pak-Pak ARAB yang berpecah-belah, ketinggalan dan tidak PROGRESIF.. Sepatutnya Pak-Pak ARAB tahu cara terbaik untuk menukar pemimpin jika mereka benar-benar berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah.. Semuanya telah diGARISkan di dalamnya.. Bangsa Melayu yang berAGAMA ISLAM sepatutnya mampu menjadi CONTOH kepimpinan dan penyatuan kepada saudara seAGAMA di Arab, bukannya kita menCONTOHi keROSAKkan yang mereka lakukan!

Wallahualam..

2 comments:

  1. Artikel yang amat baik, jahiliah bermula di negara Arab, itu sebab Allah turunkan banyak nabi dan RasulNya disitu. Malangnya Pak-pak Arab menggangap mereka lebih Islam dari yang lain dan penyakit ini sudah pun menular dinegara kita., semoga kita berwaspada.

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    DILEMA bangsa ARAB sebenarnya jauh lebih besar berbanding bangsa Melayu.. Mereka GAGAL menunjukkan sifat kepimpinan yang boleh diCONTOHi umat ISLAM lain dan GAGAL memBANGUNkan kepimpinan sesebuah negara ke tahap yang boleh mengGERUNkan negara-negara MUSUH.. Apa yang tinggal lagi?

    Wallahualam..

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan