Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Monday, February 14, 2011
Generasi MUDA Melayu - Ke manakah keCENDERUNGan pemikiran POLITIK mereka?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Memang dikeTAHUi UMUM bahawa generasi MUDA akan memBENTUK kempulan pengundi paling RAMAI semasa PRU ke-13 kelak.. Dengan RUMUSAN sedemikian, parti-parti POLITIK baik dipihak UMNO/BN mahu pun di pihak lawan dalam Pakatan Rakyat berLUMBA-LUMBA cuba menarik SOKONGan generasi MUDA dan masing-masing menDAKWA undi generasi MUDA memihak kepada mereka setiap kali KEMPEN pilihanraya KECIL.. Malah, ada jugak 2, 3 kerat tokoh POLITIK samada dalam UMNO mahu pun di kalangan Lebai PAS menDAKWA mewakili suara generasi MUDA sedangkan pada HAKIKATnya mereka memperBODOHkan generasi MUDA untuk kepentingan POLITIK sendiri..
SOALnya, sejauh manakah ahli-ahli POLITIK memahami suara-suara generasi MUDA? Di pihak UMNO, kita sering dengar suara beberapa TOKOH mereka yang bertaraf HAPRAK menJADIkan isu-isu tidak RELEVAN dan MENGARUT sebagai apa yang dipanggil KONONnya 'SUARA GENERASI MUDA'.. Sebagai CONTOH, kita masih ingat beberapa TOKOH dalam UMNO yang mahukan para SISWAZAH di IPT melibatkan diri sepenuh masa dalam POLITIK.. Sedangkan RAMAI para SISWAZAH sedang bergelut dengan peRANCANGan masa depan mereka ketika iklim EKONOMI masih tidak menentu ketika ini.. Apa FAEDAHnya jika belajar pun belum HABIS tapi sibuk nak berPOLITIK? Adakah besok bila mereka keluar IPT mereka inilah yang akan mengGUNAkan platform POLITIK dalam UMNO untuk mengejar keKAYAan seperti mana Ketua Pemuda UMNO dan KONCO-KONCOnya?
Dipihak Lebai PAS pulak, mereka meMOMOKkan kepada generasi MUDA KONONnya kerajan ini ZALIM, tidak ISLAMIK, menyeleweng dan banyak lagi tuduhan sesedap hati mereka.. Generasi MUDA khususnya pelajar IPT yang tidak berpegang TEGUH kepada asas-asas agama ISLAM mudah diPESONGkan oleh Lebai PAS ini.. DAKYAH Lebai PAS sebenarnya langsung tidak membantu pemBENTUKkan SAHSIAH generasi MUDA yang rata-ratanya masih menuntut ILMU.. Malah, Lebai PAS yang jadi penyebar DAKYAH seperti ini patut meNILAI samada LAYAKkah MP Pokok Sena yang satu DUNIA tahu tak ada sijil SPM pun menDAKWA dirinya mewakili suara generasi MUDA? Sebab itulah cuma dalam PAS aje orang yang berkeLULUSan sebegini diLANTIK dalam Lembaga Pengarah GLC di Kedah!
Apabila Pemuda UMNO Kelantan meLANCARkan Gelombang Merah KONONnya untuk menarik sokongan daripada generasi MUDA di Kelantan kepada UMNO/BN, kita GELAK berguling-guling.. ->KLIK<-
Kita bukan sahaja berSETUJU dengan Blog KICKDAFELLA berhubung isu ini, malah kita langsung tak yakin Gelombang Merah ini akan menCAPAI objektifnya.. Mungkin Pemuda UMNO Kelantan buat-buat LUPA dengan SLOGAN 'Pade Doh' semasa PRU ke-12 lalu.. Malah, rata-rata generasi MUDA Kelantan meLIHAT Pemuda UMNO Kelantan dengan pendangan MELUAT.. Bukankah Pemuda UMNO Kelantan inilah yang paling banyak menCALONkan PESALAH POLITIK WANG sebagai Ketua Pemuda UMNO? Kalau bukan kerana adanya TOKOH-TOKOH besar seperti Ku-Li dan Tok Pa, memang UMNO tinggal NESAN aje di Kelantan..
UMNO/BN akan GAGAL membawa suara generasi MUDA kerana mereka sebenarnya hanya berSUARA bila terasa nak FULUS dari UMNO Pusat.. Di Kelantan, Pemuda UMNO gagal sama sekali dalam bab menDEKATi rakyat.. Pemuda UMNO Kelantan tidak pernah TAMPIL bersuara bagi pihak peniaga-peniaga KECIL, pesawah, penternak, pekerja bawahan dan ramai lagi warga MARHAEN yang begitu ramai di Kelantan.. Begitu juga semasa rakyat dilanda MUSIBAH seperti banjir dan sebagainya, ada ke KELIBAT Pemuda UMNO? Yang banyak nampak KELIBAT cuma Tok Pa dan Ku-Li aje? Jadik, YAKIN sangat ke Gelombang Merah atau apa-apa WARNA pun akan mendapat SOKONGAN rakyat?
Malah, kita PERCAYA senario yang sama turut diKONGI oleh generasi MUDA di negeri-negeri lain.. Walaupun kita TIDAK mengatakan 100% generasi MUDA berpihak kepada Pakatan Rakyat, tetapi amat RAMAI yang memilih untuk meLIHAT apa yang UMNO/BN mampu SUARAkan bagi pihak mereka.. UMNO patut menilai kembali siapa KREDIBILITI mereka yang KONONnya mendakwa meWAKILi suara generasi MUDA dalam partinya.. Setakat ini semuanya KAKI KELENTONG dan berniat untuk cari PUBLISITI MURAHAN.. Dulu lagi kita dah cakap UMNO patut ROMBAK kembali kepimpinan Pemuda UMNO agar benar-benar berkesan.. Tengok? Apa dah jadik?
Generasi MUDA Melayu jugak patut KONSISTEN dengan pendirian mereka.. Merek sepatutnya ada JATIDIRI dan tidak begitu terikut-ikut dengan fahaman POLITIK yang keBODOHan seperti yang cuba diTERAPkan oleh Pakatan Rakyat.. INI kerana jika mereka diperBODOHkan, yang UNTUNGnya puak-puak RASIS yang menjadi SEKUTU Lebai PAS dan PKR.. Hari ini kita meLIHAT bagaimana puak-puak RASIS ini berMATI-MATIan menDAFTARkan pengundi muda mereka demi menafikan kuasa POLITIK orang Melayu.. Seharusnya NGO-NGO Melayu seperti PERKASA, MPM, Prowaris dan banyak lagi TAMPIL dan memBERIkan keSEDARan kepada generasi MUDA Melayu agar mereka menjaga dan tidak keHILANGan kuasa POLITIK mereka.. Jangan diHARAPkan pada Pemuda UMNO atau Pemuda PAS kerana kedua-duanya dah jadik HAPRAK untuk membela orang Melayu!
Wallahualam..
Salam.
ReplyDeleteSaya sangat bersetuju dengan pandangan tuan. Maaf kalau tersinggung, Pemuda masih lagi tenggelam dalam kepompong dan dunia mereka sendiri kecuali hal PITIH dan PROJEK saja. Mereka mesti bijak bertindak dan mencari isu-isu yang releven dengan situasi sekarang. Generasi muda kini semakin bijak dan berilmu hasil dari produk kerajaan yang membina IPTA/IPTS.
Wahai pemuda umno Kelantan, berfikirlah selangkah kedepan baru lah dapat menghasilkan keputusan yang baik. Ingat, masih ramai golongan ibu bapa yg mengharapkan bantuan anak2 mereka memberi rezki bulanan, dan TIDAK MUSTAHIL mereka lebih banyak mendengar pandangan ANAK-ANAK MEREKA dalam memileh kerajaan kelak.
Sam PPuteh
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteEn.Sam,
Penyakit Pemuda UMNO nih hanya boleh diUBATi bila ahli-ahli mereka menDESAK agar Ketua mereka dan KONCO-KONCOnya diHALAU keluar dari UMNO..
Kalau tidak, memang UMNO tak akan MENANG bukan sahaja di Kelantan, malah di mana-mana pun.. UMNO bukannya PLATFORM untuk mencari keMEWAHan sebaliknya UMNO adalah platform untuk berKHIDMAT dan berJASA kepada rakyat!
Wallahualam..